HELLO KITTY DIGITAL CLOCK UCCW

ASSALAMUALAIKUM!!!!
Hye kali nie zya nak share dengan korang pasal widget digital clock versi hello kitty yang super duper cute hokey. Kalau korang berminat untuk letak dalam henset kesayangan korang tu dipersilakan amik free jer zya nak bagi nie. Zya kan baik hati nak kongsi dengan korang pasal Hello Kitty nie.hehehe (suka perasan sendiri tau) Ok kalau korang tak tahu macam mana widget tu meyh usha sikit gambar dekat bawah nie. 




Hokey korang tengok dalam gambar tu yang ada tulis jam pukul 3.35pm tu. Ha widget tu la yg zya maksudkan. Kalau korang berkenan nak letak dekat wallpaper henset korang boleh la amik n klik gambar download dekat abwah tu yer. Widget nie transparent yer so xder nak mengganggu wallpaper korang pun. Nampak cute jer dan senang nak tengok jam sebab besar kan. heheheheh so tunggu apa lagi cepat download and apply. Good Luck....

https://www.dropbox.com/s/0opkpra5ydcy353/hk%20digital%20clock.uzip

Dah download tapi tak tahu macam mana nak install dalam henset korang. Hokey jangan gelabah meyh tengok tutorial kat SINI. Kalau masih tak paham juga boleh tanya dekat zya. Insya Allah zya sedia membantu korang.

Sekian. 





credit to Pretty Droid

GIVEAWAY Ketiga : HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana

ASSALAMUALAIKUM!!!!
Hye uolss tengah buat apa tu. Dah banyak hari rasanya zya menyepikan diri kan, terasa rindu sangat nak menaip. Memandangkan hari raya Aidiladha tak lama lagi apa kata kita join  GIVEAWAY Ketiga : HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana nie mana tahu ada rezeki kita kan.Kali nie zya terpaksa pulang ke kampung sehari sebelum hari raya disebabkan zya masih mempunyai kelas lagi disebelah paginya sebelum bertolak pulang ke Penang. Sedih sangat tak dapat pulang awal untuk tolong mak buat persediaan apa yang patut. Tapi memandangkan tanggungjawab sebagai pelajar jadi terpaksa la berkorban sikit lagipun tak jauh sangat Perlis ke Penang tu kan.hehehe ok la jom kita tengok banner giveaway by yana cendana nie.Jom kita join ramai-ramai bagi memeriahkan lagi suasana.hehehe



http://www.yayacendana.com/2015/09/giveaway-ketiga-hari-raya-aidiladha-by.html

(KLIK BANNER UNTUK JOIN)


GOOD LUCK!!!!





YESSS SAYA MENANG

Assalamualaikum
Memandangkan zya tak ada kelas untuk sabtu pagi jadi sengaja zya curi masa untuk berblogwalking di blog sahabat-sahabat zya. Masa tengah scroll blog satu-persatu tetiba zya ternampak blog theyanaonly dengan entry bertajuk Tahniah Yang Bertuah






Zya tak sedar pula yang tarikh segmen yang zya join DISINI dah tamat tempoh dan bila buka zya lagi terkejut tengok link blog zya berada pada tangga yang teratas sekali. Wahhh i'm so excited you know. Rasa macam nak melompat-melompat tapi memandangkan dah lewat malam nanti orang kata kena sampuk pula kan. Zya macam tak percaya blog zya boleh menang sebab blogger yang join segmen nie seramai 69 blogger. Tapi syukur alhamdulillah random.org pilih number zya, rasa bertuah sangat.  Sebelum nie dah berjaya join bloglist bulan september di blog lyssa faizureen. Syukur sangat blog yang baru zya bina ini telah banyak membawa tuah dalam masa sebulan lebih sahaja.



Terima kasih theyanaonly bagi saya peluang untuk join sekaligus menjadi pemenang yang bertuah dalam segmen yang kamu anjurkan. 

Sekian, Bubye. 







Giveway Women Desire By Intan


"Women Desire Giveaway!
Due Date 24 September 2015
Berita Baik buat Wanita yang PENTINGKAN Kecantikan Diri secara Dalaman & juga Luaran tentunya..... Kami di Intan Beauty Centre telah menganjurkan 1 Giveaway buat anda bermula dari 10th - 24th September 2015 ....


Hadiah yang kami tawarkan adalah seperti di bawah
Jom cuci mata sikit

5 x Pemenang Bertuah
FREE Combo Women Desire
Jom ramai-ramai kita join bagi memeriahkan lagi GIVEAWAY ini...

Ini merupakan 1st Giveaway ini dilancarkan oleh Intan Beauty Centre dan di sponser oleh Women Desire Kuala Lumpur


** Untuk lihat senarai peserta kat SINI

*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI

*Nota Kecil : Please tag and ajak kawan-kawan korang join sekali tau 


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanks korang. Harap Giveaway kali ni mendapat sambutan 
I love u all 
 
Terima kasih kepada Sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Intan Beauty Centre ini








TRIP HOLIDAY KE PULAU LANGKAWI (DAY 2)

ASSALAMUALAIKUM
Hye semua banyak hari zya tak menghupdate blog zya ni kan.Maaf la busy sikit dengan semester baru. So kena curi-curi masa yang lapang baru dapat buat entry baru. Actually kali nie zya nak buat sambungan kepada trip holiday zya ke Pulau Langkawi untuk hari yang ke-2. Maaf sekali lagi sebab mengambil masa yang begitu lama untuk buat entry baru. Ok berbalik kepada entry zya yang dulu ada menceritakan tentang  percutian zya hari pertama so sekarang meyh baca sambungan kepada cerita SINI.

Pada hari kedua kitaorang amik pakej island hoping dan ini termasuk dalam pakej yang pernah zya cerita dulu. Island hoping nie dorang akan bawa kita pusing 3 pulau di sekitar Pulau Langkawi. Antara pulau-pulau yang dilawati adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang, dan Pulau Beras Basah. Jom kita terjah gambar zya dan sahabat zya menaiki bot ke pulau-pulau tersebut. Wah seronok betul kena angin laut nie memang sejuk nyaman dan tenag tengok laut.



wah seronok jer diaorang selfie errkkk


Pulau pertama yang kami berhenti adalah Pulau Dayang Bunting yang mana  pulau ini merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Cerita ni zya dapat hasil dari Mr Google kalau salah tu maaf yer tapi bentuk pulau nie memang seakan seorang wanita yang mengandung. Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak sedangkan sekelilingnya air laut masin. Menarik kan selain itu korang boleh bermandi-manda, bermain kayak dan sebagainya. 

Korang cuba tengok nampak mcm perempuan mengandung x

yeeaahhh kitaorang dah sampai
selfie dulu sambil jemur panas
Jom mandi-manda

Kawan-kawan zya naik kayak zya pemerhati jer
Jom berkayak (zya kena paksa naik kayak oleh kengkawan)
Sebelum beredar dari pulau kita selfie dulu.Nyaris2 kena tinggal dgn bot.haha
Setelah beredar dari Pulau Dayang Bunting kami dibawa ke Pulau Helang yang mana terdapat banyak helang yang berterbangan. Actually kat sini kita tak boleh turun pun hanya tengok dari atas bot sahaja. 

Nie la tempat dia cantik juga pemandangan dia

Selepas itu, kami dibawa ke Pulau Beras Basah yang mana pulau ini terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi Kedah, Malaysia. Pantai dan pemandangan dekat sini memang cantik giler. Kalau buat photoshoot weeding memang kebaboomm cantik la.hehehe. Meh tengok sikit gambar yang sempat ditangkap. Actually tak tangkap banyak gambar dekat sini sebab cuaca terlalu panas terik dan orang ramai plus zya ang the geng kena kejar dengan kera sebab nak kan makanan kami. hahaha    


Pemandangan Pulau Beras Basah dari atas bot (sumber google)

amboi mesra gitu..hahaha

Nampak kepala jer
Persisiran pantai Pulau Beras Basah

Setelah kesemua pulau dah dialawati makanya masa untuk balik ke tempat asal.hehehe Seronok sangat naik bot nie tapi bagi yang pertama kali naik ada juga yang aku tengok takut-takut. Kira-kira dalam setengah jam macam kami pun sampai dan selamat mendarat.Cewah macam kau naik kapal terbang.haha Jadi kami balik ker chalet untuk berehat dan setelah agak petang dalam pukul 6 lebih kami bersiap dah keluar ke Pantai Chenang untuk menghirup udara segar dan berjalan-jalan di persisiran pantai dan tanpa disangka dan diduga kawan-kawan zya ajak naik jet ski. OMG zya memang takut air sebab tak pandai berenang dan inikan pula naik jet ski pergi sampai ke tengah laut. Memang zya tak nak la tapi dorang tetap nak naik juga. Surver punya survey dapat juga cari jet ski yang murah harga RM110 dengan kuasa CC dia yang tinggi sebab kalau CC rendah takut kita boleh terbalik nanti. Kalau korang tak kisah dan nak yang murah boleh jer nak amik yg CC rendah dalam RM90 ke RM 100 dah boleh dapat. Akhirnya setelah dipikir-pikir zya menyahut cabaran untuk naik juga jet ski nie. So kami share naik sorang 15 minit. Mula-mula amal naik jet ski yang dipandu Erin selama 15 minit dan setelah itu zya pula naik jet ski yang sama dengan dipandu oleh amal selama 15 minit. Ternyata pengalamannya sangat menakjubkan dan teruja bila orang yang pertama kali naik jet ski macam zya nie kan. Rasa macam nak repeat naik lagi tapi apakan daya tak cukup bajet dah.hehehe Meyh usha sikit gambar zya dengan kengkawan naik jet ski ni.


bersemangat diaorang tunggu jet ski sampai (sory guna kamera hp cap ayam jer)

wah best Erin possing sorang2 yer

akhirnya zya naik juga.hahhaha amal yang drive
sebelum balik meh kita tengok matahari terbenam.cantiknyaaa

Setelah selesai aktiviti jet ski ni kami kembali ker chalet dan sebelah malamnya pula kami keluar lagi menghabiskan sisa-sisa hari yang ada di Pulau Langkawi nie. Kami keluar mencari cenderahati lagi di Night Market Pantai Chenang sehingga lewat malam kami balik semula ker chalet untuk mengemas barang sebab keesokkan paginya kami akan bertolak balik ker Perlis. Yer la hari isnin tu dah mula kelas kan takkan nak skip plak. hehehe Serius pengalaman zya ke Langkawi kali ni sangat best sebab zya mencuba banyak pengalaman baru yang mana zya sendiri tak jangka selama ni bukan apa sebab zya nie penakut.hehehe Sekian entry untuk kali nie maaf sebab teralalu panjang pula entry zya jenuh korang nak scroll kan. Hope korang tak bosan membaca cerita-cerita yang zya paparkan di page zya nie. Terima Kasih sudi melawat dan membaca entry zya. Sebelum zya tamatkan entry zya kali ni jom kita tatap kali terakhir gambar-gambar zya di Pulau Langkawi sebelum balik. 


shopping lagi kat Night Market Pantai Chenang

Dah nak balik dah. Bubye Pulau Langkawi
Masa untuk balik. On the Way ker jeti Pekan Kuah, Langkawi



 Sekian, Bubye






GIVEAWAY CHOCOLATE VOCHELLE BY DYAN ZAKHI

ASSALAMUALAIKUM....
Hye uollss jom ramai-ramai kita join giveaway nie sebelum terlambat. Mana tahu chocolate vochelle tu menjadi milik anda.



Tamat : 13 September 2015 , 11.59pm (1 minggu shj)

Keputusan : 14 September 2015




Syarat-syarat

1. Follow blog dyan

2. Tepek banner (copy je kat atas tu ) & buat entri 

“Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi”
3. Letak url entry kat komen
**komen anda akan diapprove
Sekian...






WANITA DAN SUKAN PERMOTORAN

ASSALAMUALAIKUM...
Hye semua tengah buat apa tu.Sekarang zya dah sampai dekat hostel Unimap tengah bosan tak da kerja apa lagi yang nak dibuat, kelas pula belum bermula lagi. So terasa ringan jer tangan nak menaip buat entry baru. Zya tertarik dengan satu perkara nie yang zya rasa zya tak sehebat tu dan tak berani nak menyahut cabaran sebegini. Hanya sesetengah wanita yang berani sahaja akan lakukan aktiviti nie. Korang mesti dah tahu kan aktiviti apa, tengok tajuk pun dah dapat agak kan permotoran apakah yang zya maksudkan nie.


Inilah aktiviti yang zya maksudkan tadi tu, menarik dan hebat bukan jika seorang perempuan mampu menunggang motosikal yang berkuasa tinggi nie. Bukan semua wanita mampu dan berani melakukan aktiviti sebegini. Tapi si gadis yang comel molek menunggang kawasaki nie berani untuk menyahut cabaran ini dan dia bukan asing lain bagi zya tapi sahabat zya sendiri masa diploma dulu. Tengok la dia mampu menunggang kawasaki yang berkuasa tinggi dalam 250 cc dan ke atas. 





Siapa sangka aktiviti permotoran yang selalunya diwakili oleh semua lelaki tetapi mampu dilakukan oleh orang wanita. Zaman serba moden serba canggih pelbagai aktiviti mampu untuk diceburi dan dilakukan oleh semua orang tidak mengira lapisan masyarakat jantina, umur dan sebagainya. Pada zaman sekarang lelaki pun banyak menceburi bidang wanita khususnya bidang masak-memasak dimana mereka menjadi chef yang hebat-hebat di semua hotel serta ada yang menjadi pereka fesyen, mak andam pun ada hokey. Jadi mengapa wanita tidak boleh untuk menceburi bidang dan melakukan aktiviti yang lelaki buat. 


Ok berbalik pada aktiviti yang sahabat zya sertai ini adalah kelab kawasaki "Kawasaki CKD  Ride 2015" yang mana event ini dianjurkan oleh HQ Kelab kawasaki dan setiap ahli yang join mesti mempunyai lesen B full atau lesen B2. So kalau korang berminat untuk join boleh la cepat-cepat pergi amik lesen dan boleh la ikut serta dalam setiap event yang diaorang lakukan. Setiap event yang diaorang lakukan akan disediakan service percuma untuk ahli kelab permotoran ini dan juga terdapat hadiah-hadiah yang menarik dan lain-lain lagi aktiviti yang diaorang lakukan. Macam seronok saja dengar sahabat zya cerita tapi apakan daya zya tak sehebat dia. Lemah lembut sangat orang kata zya nie,hahaha (puji diri sendiri ke cik hakak oi hahaha). 

Aktiviti sebegini sebenarnya sangat bagus untuk para remaja pada zaman sekarang daripada membuat aktiviti yang membuang masa serta tidak berfaedah. Jadi luangkanlah masa anda dengan aktiviti seperti ini yang dapat memberi anda ilmu permotoran serta dapat mengeratkan silaturrahim di antara setiap ahli-ahlinya. Sekian sedikit cerita serta kupasan zya untuk entry kali ini berkenaan aktiviti permotoran di kalangan golongan wanita. Kalau korang ada pertanyaan mengenai kelab ini boleh terus bertanya terus ke facebook sahabat zya SARA. Rasanya setakat nie sahaja dulu entry zya kali nie sebab dah lewat malam esok awal pagi zya dah mula kuliah. Sebelum zya mengakhiri entry zya nie jom singgah tengok gambar nie dulu.












Sekian Bubye.










This entry was posted in

GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

ASSALAMUALAIKUM...
SHEHANZSTUDIO.COM ada buat giveaway yang bertajuk mudahnya nak menang hello kitty. Apa kata kita semua pakat-pakat join. Zya memang takkan lepaskan peluang nie, sebab zya nie peminat fanatik kepada barangan Hello Kitty nie. Jom kita tengok apa syarat-syaratnya.

SANGAT MUDAH

1. BUAT ENTRI
  • Buat satu entri dan letak banner di bawah dengan tajuk "GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM"



Letak link entri di banner ini


4. HADIAH KETURUNAN HELLO KITTY
  • Contoh hadiah seperti di bawah (p/s : TERTAKLUK KEPADA TUAN TANAH UNTUK TUKAR HADIAH YANG SAMA NILAI)













5. Tinggalkan link anda di bahagian komen.

6. Pilihan pemenang adalah secara RAWAK.
7. Hanya 3 pemenang sahaja yang akan dipilih!