ALAM UNIVERSITIKU

by - 07:33

 ASSALAMUALAIKUM
Hye korang hari nie zya nak buat satu entry dan lebih kurang pengumuman la jugak.Ha pengumuman apa pula nie? zya nak kawen ka? Oh tidak sama sekali.Sebenarnya zya nak bagitahu yang hari ni genap setahun zya menjadi student kat Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Mesti korang pelik eh masa bila zya masuk belajar nie bukan ker zya baru lepas konvokesyen hari tu. Hehehe jangan terkejut semasa zya konvokesyen diploma hari tu zya dah pun masuk belajar. Zya dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah nie selepas sebulan zya tamat latihan industri. Alhamdulillah rezeki sebelum konvokesyen katakan. Semua nie berkat doa mak dan abah zya juga. 




Hari ni 1 September dan hari ni UNIMAP bakal menerima pelajar baru.Cehhh dah jadi hakak senior sekarang kan.Sedar tak sedar sebenarnya dah cukup pun setahun zya dekat UNIMAP nie. Zya sambung belajar dalam kos Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan Kejuruteraan. Nampak tak dengar nama kos ni pun dah rasa takut tau sebab apa bidang ni dah lari banyak dari bidang zya masa diploma dulu.Puas zya bertanya bekas pensyarah, kawan-kawan, keluarga mengenai bidang ni.Semua memberi semangat dan kata-kata yang positif yang membuatkan zya yakin untk meneruskan pengajian ini. Alhmdulillah sampai sekarang zya masih dapat meneruskan pengajian dalam bidang ni. Nak menimba ilmu dalam dunia nie mana ada senang dan mudah. Dengan berkat usaha,gigih, rajin dan berdoa semuanya akan menjadi mudah dan juga dipermudahkan. Insyallah. Jom kita tengok sikit gambar-gambar zya bersama teman-teman selama setahun ni.




Eh ni gambar apa berkumpul ramai-ramai kat padang nie. Kalau korang nak tahu masa nie tengah diadakan minggu suai kenal untuk pelajar baru dan semestinya zya turut terlibat dan yang ramai-ramai kat padang nie kitaorang kena buat satu human domino untuk memecahkan Book Of Records. Seramai 2ribu orang yang terlibat dalam jangka masa yang sangat singkat.Hebat kan dan nie pengalaman pertama zya dan memang sangat excited  hokey walaupun penat dan letih. Gambar bawah tu pula zya dengan roomate zya. Comey tak comey tak.heheheh mestilah comey kan.




Lastly zya nak possing cikit ala-ala model of the year yang tak kesampaian. haha. Actually seronok tau bila dapat masuk ke zaman belajar ni sebab bila kita dah kerja nanti mesti akan jadi rindu zaman belajar, buat asignment yang bertimbun, dah sebagainya. So hargailah zaman belajar dengan sebaik-baiknya hokey. Doakan zya dapat menempuhi alam belajar kali ni dengan baik dan membawa segulung ijazah buat mak dan abah zya. Wish me luck. Sekian.

Bubye



You May Also Like

0 Comments