TRIP HOLIDAY KE PULAU LANGKAWI (DAY 2)

by - 04:25

ASSALAMUALAIKUM
Hye semua banyak hari zya tak menghupdate blog zya ni kan.Maaf la busy sikit dengan semester baru. So kena curi-curi masa yang lapang baru dapat buat entry baru. Actually kali nie zya nak buat sambungan kepada trip holiday zya ke Pulau Langkawi untuk hari yang ke-2. Maaf sekali lagi sebab mengambil masa yang begitu lama untuk buat entry baru. Ok berbalik kepada entry zya yang dulu ada menceritakan tentang  percutian zya hari pertama so sekarang meyh baca sambungan kepada cerita SINI.

Pada hari kedua kitaorang amik pakej island hoping dan ini termasuk dalam pakej yang pernah zya cerita dulu. Island hoping nie dorang akan bawa kita pusing 3 pulau di sekitar Pulau Langkawi. Antara pulau-pulau yang dilawati adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang, dan Pulau Beras Basah. Jom kita terjah gambar zya dan sahabat zya menaiki bot ke pulau-pulau tersebut. Wah seronok betul kena angin laut nie memang sejuk nyaman dan tenag tengok laut.



wah seronok jer diaorang selfie errkkk


Pulau pertama yang kami berhenti adalah Pulau Dayang Bunting yang mana  pulau ini merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Cerita ni zya dapat hasil dari Mr Google kalau salah tu maaf yer tapi bentuk pulau nie memang seakan seorang wanita yang mengandung. Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak sedangkan sekelilingnya air laut masin. Menarik kan selain itu korang boleh bermandi-manda, bermain kayak dan sebagainya. 

Korang cuba tengok nampak mcm perempuan mengandung x

yeeaahhh kitaorang dah sampai
selfie dulu sambil jemur panas
Jom mandi-manda

Kawan-kawan zya naik kayak zya pemerhati jer
Jom berkayak (zya kena paksa naik kayak oleh kengkawan)
Sebelum beredar dari pulau kita selfie dulu.Nyaris2 kena tinggal dgn bot.haha
Setelah beredar dari Pulau Dayang Bunting kami dibawa ke Pulau Helang yang mana terdapat banyak helang yang berterbangan. Actually kat sini kita tak boleh turun pun hanya tengok dari atas bot sahaja. 

Nie la tempat dia cantik juga pemandangan dia

Selepas itu, kami dibawa ke Pulau Beras Basah yang mana pulau ini terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi Kedah, Malaysia. Pantai dan pemandangan dekat sini memang cantik giler. Kalau buat photoshoot weeding memang kebaboomm cantik la.hehehe. Meh tengok sikit gambar yang sempat ditangkap. Actually tak tangkap banyak gambar dekat sini sebab cuaca terlalu panas terik dan orang ramai plus zya ang the geng kena kejar dengan kera sebab nak kan makanan kami. hahaha    


Pemandangan Pulau Beras Basah dari atas bot (sumber google)

amboi mesra gitu..hahaha

Nampak kepala jer
Persisiran pantai Pulau Beras Basah

Setelah kesemua pulau dah dialawati makanya masa untuk balik ke tempat asal.hehehe Seronok sangat naik bot nie tapi bagi yang pertama kali naik ada juga yang aku tengok takut-takut. Kira-kira dalam setengah jam macam kami pun sampai dan selamat mendarat.Cewah macam kau naik kapal terbang.haha Jadi kami balik ker chalet untuk berehat dan setelah agak petang dalam pukul 6 lebih kami bersiap dah keluar ke Pantai Chenang untuk menghirup udara segar dan berjalan-jalan di persisiran pantai dan tanpa disangka dan diduga kawan-kawan zya ajak naik jet ski. OMG zya memang takut air sebab tak pandai berenang dan inikan pula naik jet ski pergi sampai ke tengah laut. Memang zya tak nak la tapi dorang tetap nak naik juga. Surver punya survey dapat juga cari jet ski yang murah harga RM110 dengan kuasa CC dia yang tinggi sebab kalau CC rendah takut kita boleh terbalik nanti. Kalau korang tak kisah dan nak yang murah boleh jer nak amik yg CC rendah dalam RM90 ke RM 100 dah boleh dapat. Akhirnya setelah dipikir-pikir zya menyahut cabaran untuk naik juga jet ski nie. So kami share naik sorang 15 minit. Mula-mula amal naik jet ski yang dipandu Erin selama 15 minit dan setelah itu zya pula naik jet ski yang sama dengan dipandu oleh amal selama 15 minit. Ternyata pengalamannya sangat menakjubkan dan teruja bila orang yang pertama kali naik jet ski macam zya nie kan. Rasa macam nak repeat naik lagi tapi apakan daya tak cukup bajet dah.hehehe Meyh usha sikit gambar zya dengan kengkawan naik jet ski ni.


bersemangat diaorang tunggu jet ski sampai (sory guna kamera hp cap ayam jer)

wah best Erin possing sorang2 yer

akhirnya zya naik juga.hahhaha amal yang drive
sebelum balik meh kita tengok matahari terbenam.cantiknyaaa

Setelah selesai aktiviti jet ski ni kami kembali ker chalet dan sebelah malamnya pula kami keluar lagi menghabiskan sisa-sisa hari yang ada di Pulau Langkawi nie. Kami keluar mencari cenderahati lagi di Night Market Pantai Chenang sehingga lewat malam kami balik semula ker chalet untuk mengemas barang sebab keesokkan paginya kami akan bertolak balik ker Perlis. Yer la hari isnin tu dah mula kelas kan takkan nak skip plak. hehehe Serius pengalaman zya ke Langkawi kali ni sangat best sebab zya mencuba banyak pengalaman baru yang mana zya sendiri tak jangka selama ni bukan apa sebab zya nie penakut.hehehe Sekian entry untuk kali nie maaf sebab teralalu panjang pula entry zya jenuh korang nak scroll kan. Hope korang tak bosan membaca cerita-cerita yang zya paparkan di page zya nie. Terima Kasih sudi melawat dan membaca entry zya. Sebelum zya tamatkan entry zya kali ni jom kita tatap kali terakhir gambar-gambar zya di Pulau Langkawi sebelum balik. 


shopping lagi kat Night Market Pantai Chenang

Dah nak balik dah. Bubye Pulau Langkawi
Masa untuk balik. On the Way ker jeti Pekan Kuah, Langkawi



 Sekian, Bubye






You May Also Like

4 Comments