TRIP HOLIDAY KE PULAU LANGKAWI (DAY 1)

by - 02:06

 ASSALAMUALAIKUM
Hye semua kali nia zya nak cerita tentang trip holiday zya ke Pulau Langkawi bersama dua orang sahabat zya. Wah mesti gempak kan student pergi bercuti ke pulau dengan bajet ala-ala student ni..hehehe 

Kami dah sampai. Erin, zya, amal.

Actually bagi zya memang la bajet sebab dari kampus zya nak ke jeti Kuala Perlis dekat sangat. Dalam 15 minit dah boleh sampai hokey. So memang jimat la dari segi masa dan tambang. Kitaorang naik teksi dari Kolej Kediaman ker jeti tambang dalam RM15 dan share 3 orang hokey.  Lepas tu tiket untuk sorang harga pergi balik dalam RM30. Ha korang jangan ingat kami pergi terjah jer hokey. Sebenarnya kami dah tempah semua lengkap 1 pakej dengan harga yang sangat-sangat berbaloi. 

RM150 pakej yang zya amik.Nie kira mahal sikit.Nak tahu sebab apa, ha sebab kami pergi 3 orang sahaja. Kalau kami pergia lebih ramai boleh dapat lagi murah dan silap-silap RM100 jer sorang full pakej tau. Nak tahu tak apa pakej dia.Ha meyh sini zya nak terangkan. Pakej yang disediakan adalah kereta sewa untuk 3 hari 2 malam, island hopping (pusing 3 pulau seharian), dan chalet tepi pantai dan memang kami dapat betul-betul tepi pantai dan pemandangan apa lagi memang cantik. 





Nie gambar tempat zya dan kawan-kawan menginap selama 3 hari 2 malam. Chalet nie nama dia Chalet Charlie.hehe unik nama dia dan siap dengan restaurant dia sendiri tau so korang tak perlu pergi jauh-jauh untuk cari makan plus tepi laut memang tenang jiwa la. Lupa nak bagitahu harga makan kat restaurant nie tak termasuk dalam pakej RM150 tadi yer. makan sendiri. hehehe tapi jangan risau tempat makan sangat banyak dan paling best chalet nie dekat sangat dengan pantai chenang dan night market pantai chenang dan paling best sangat dekat untuk pergi ke jeti untuk island hopping. 
Hari pertama kami bertolak dalam pukul 10 pagi dan sampai jer ke jeti Langkawi terus owner kereta sewa datang amik dan kami terus diberi sewa kereta viva selama 3 hari 2 malam plus tiada charge jika lambat pulangkan kereta. Memang sempoi la kan.Hari pertama kami pergi check in chalet rehat sekejap dan terus keluar untuk shopping di pekan kuah. Ha shopping apa lagi kan mesti la borong coklat banyak-banyak dekat Ismail Group. Memang rambang mata tengok kalau boleh nak borong satu kedai bawa balik.hahahaha tamak kan.
Banyakkan coklat.rambang mata.
Hai si amal nie sampai tak nak balik.
Coklat yang sempat zya borong tadi.hehehe
Nie sebahagian kedai coklat yang ada di Ismail Group.Sebenarnya Ismail Group buka banyak cawangan di sekitar sini.So korang pandai-pandai la cari sebab semuanya terletak berdekatan saja. Zya ada la borong sikit coklat untuk keluarga dan kawan-kawan. Selepas selesai borong kami pergi melawat tempat helang bersitirehat. Hahaha semestinya di Dataran Helang la tempat yang wajib pergi jika berkunjung ke Pulau Langkawi ni. Kitaorang jalan-jalan dan apa lagi mesti la sesi bergambar kan. Oh ya lupa zya nak bagitahu, masa zya datang Langkawi nie dorang tengah buat persediaan untuk Le Tour De Langkawi. So memang ramai orang dan chalet pun penuh sesak dan nasib zya sempat tempah awal-awal kan.

Tempek gambar zya sorang-sorang saja.hehe

Selepas dah penat bergambar kami jalan-jalan sambil cuci mata dekat night market pantai chenang. Memang bertambah rambang mata semua zya nak beli kan.Tapi kalau korang yang bajet ciput cukup sekadar cuci mata saja hokey jangan tiru gaya zya nie.hehehee Dekat night market nie bermacam-macam barangan cenderahati dijual dan boleh dibawa pulang untuk diberi sebagai buah tangan.
Cenderahati yang unik dan menarik

Haishh apa yang budak ni cari sebenarnya
Selesai untuk hari pertama percutian zya di Pulau Langkawi. Kalau nak cerita semuanya memang jenuh la korang nak scroll sampai kebawah kan. hehehe nanti zya buat entry untuk hari kedua dan ketiga zya kat sana plak hokey. Tunggu hokey semua.



Sekian, Bubye.









You May Also Like

0 Comments