WANITA DAN SUKAN PERMOTORAN

ASSALAMUALAIKUM...
Hye semua tengah buat apa tu.Sekarang zya dah sampai dekat hostel Unimap tengah bosan tak da kerja apa lagi yang nak dibuat, kelas pula belum bermula lagi. So terasa ringan jer tangan nak menaip buat entry baru. Zya tertarik dengan satu perkara nie yang zya rasa zya tak sehebat tu dan tak berani nak menyahut cabaran sebegini. Hanya sesetengah wanita yang berani sahaja akan lakukan aktiviti nie. Korang mesti dah tahu kan aktiviti apa, tengok tajuk pun dah dapat agak kan permotoran apakah yang zya maksudkan nie.


Inilah aktiviti yang zya maksudkan tadi tu, menarik dan hebat bukan jika seorang perempuan mampu menunggang motosikal yang berkuasa tinggi nie. Bukan semua wanita mampu dan berani melakukan aktiviti sebegini. Tapi si gadis yang comel molek menunggang kawasaki nie berani untuk menyahut cabaran ini dan dia bukan asing lain bagi zya tapi sahabat zya sendiri masa diploma dulu. Tengok la dia mampu menunggang kawasaki yang berkuasa tinggi dalam 250 cc dan ke atas. 





Siapa sangka aktiviti permotoran yang selalunya diwakili oleh semua lelaki tetapi mampu dilakukan oleh orang wanita. Zaman serba moden serba canggih pelbagai aktiviti mampu untuk diceburi dan dilakukan oleh semua orang tidak mengira lapisan masyarakat jantina, umur dan sebagainya. Pada zaman sekarang lelaki pun banyak menceburi bidang wanita khususnya bidang masak-memasak dimana mereka menjadi chef yang hebat-hebat di semua hotel serta ada yang menjadi pereka fesyen, mak andam pun ada hokey. Jadi mengapa wanita tidak boleh untuk menceburi bidang dan melakukan aktiviti yang lelaki buat. 


Ok berbalik pada aktiviti yang sahabat zya sertai ini adalah kelab kawasaki "Kawasaki CKD  Ride 2015" yang mana event ini dianjurkan oleh HQ Kelab kawasaki dan setiap ahli yang join mesti mempunyai lesen B full atau lesen B2. So kalau korang berminat untuk join boleh la cepat-cepat pergi amik lesen dan boleh la ikut serta dalam setiap event yang diaorang lakukan. Setiap event yang diaorang lakukan akan disediakan service percuma untuk ahli kelab permotoran ini dan juga terdapat hadiah-hadiah yang menarik dan lain-lain lagi aktiviti yang diaorang lakukan. Macam seronok saja dengar sahabat zya cerita tapi apakan daya zya tak sehebat dia. Lemah lembut sangat orang kata zya nie,hahaha (puji diri sendiri ke cik hakak oi hahaha). 

Aktiviti sebegini sebenarnya sangat bagus untuk para remaja pada zaman sekarang daripada membuat aktiviti yang membuang masa serta tidak berfaedah. Jadi luangkanlah masa anda dengan aktiviti seperti ini yang dapat memberi anda ilmu permotoran serta dapat mengeratkan silaturrahim di antara setiap ahli-ahlinya. Sekian sedikit cerita serta kupasan zya untuk entry kali ini berkenaan aktiviti permotoran di kalangan golongan wanita. Kalau korang ada pertanyaan mengenai kelab ini boleh terus bertanya terus ke facebook sahabat zya SARA. Rasanya setakat nie sahaja dulu entry zya kali nie sebab dah lewat malam esok awal pagi zya dah mula kuliah. Sebelum zya mengakhiri entry zya nie jom singgah tengok gambar nie dulu.












Sekian Bubye.










This entry was posted in

8 comments:

  1. Kita hanya ada B2 jea, Full B xde sebab kaki tak sampai nak naik motor, huhuhu ...

    ReplyDelete
  2. terbaikla ..hehe... jarang jumpa wanita minat permotoran :)

    btw, snggah blogwalking dan follow :)

    ReplyDelete
  3. shikin ok la tu ada juga lesen dari xda kan.tapi boleh jer nk join kelab nie kalau dah minat.

    ReplyDelete
  4. minat...tapi kurang yakin dengan ketinggian..

    kah!kene pendam jer..

    ReplyDelete
  5. betul tu wawa xramai wanita ada minat yg mcm nie sebab tu zya tertarik dengan hobi sahabat zya nie.

    sis hanim kena ada keyakinan baru boleh asah minat yg ada tu..cuba follow event yg dorang buat dulu.

    yer Eintan sahabat zya nie mmg berani

    ReplyDelete
  6. Wahhh hebat-hebat. Kalo mummy bawak xtau sapa yg bawak sapa kang..hehhehe

    notachentamummy.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. mummy julia sama la mcm zya juga kalau bawak xtau mcm mana jadinya kan.hihi

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe