ROAD SHOW FILEM LOVE SUPERMOON DI UNIMAP




 Assalamualaikum!!!!

Berjumpa lagi kita pada entry kali ini mengenai Road Show Filem Love Supermoon. Ha korang dah pergi tengok ker belum? Rugi kalau korang tak tengok filem nie. Filem nie dah keluar dekat pawagam 22 October baru-baru nie. Pergi cepat-cepat tengok sebab apa zya suruh pergi cepat-cepat tengok. Ha nie nak cerita dalam entry kali nie. Memang super duper superb best la filem yang berunsur romentik komedi nie. Dari mula cerita dia sampai habis memang tak bosan dan tak kering gusi asyik gelak saja.

Pada hari ini diaorang buat roadshow dekat kampus zya belajar nie, jadi tak nak lepaskan peluang zya dengan kawan-kawan pun join memandangkan tiada sesi kuliah pada hari ini. Dari Kangar kitaorang bertolak ke kampus Pauh perjalanan dalam setengah jam. Bila kami sampai saja, sedia elok majlis dimulakan dengan persembahan oleh artis Yuka Kharisma dengan menyanyikan lagu Hati Berbisik untuk ost lagu dalam filem Love Supermoon. Kecik comel jer orangnya dan zya sempat juga bergambar dengan dia.hehehehe


Yuka diapit oleh kedua-dua MC


Yuka mempersembahkan hati berbisik


jeng jeng kita bersama Yuka.


Selepas saja persembahan oleh Yuka terus filem Love Supermoon ditayangkan. Memang gawat satu dewan dengan gelak ketawa para penonton yang menyaksikan gadingan ideal pelakon utamanya Farid Kamil dan Nadia Nisa serta barisan artis lain seperti Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid serta Azhar Sulaiman dan diarahkan oleh pengarah Wan Hasliza dan diterbitkan oleh syarikat Grand Brilliance. Yang mana zya adalah peminat setia kepada setiap filem yang dikeluarkan oleh syarikat ini.

Meyh sini zya cerikan sedikit jalan cerita Love Supermoon nie. Filem ini berkisarkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu dengan pasangan hidup serta mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Zain Hamid) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.


Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru. Begitulah sedikit jalan cerita yang dapat zya kongsi dengan korang dan kalau korang nak tahu lebih lanjut cepat-cepat la pergi terjah pawagam yang berdekatan dengan anda. 



Selesai sahaja tayangan filem ini terus kami dikejutkan dengan kehadiran Pelakon utamanya iaitu Farid Kamil dan Nadia Nisa yang telah sedia lama menunggu dibelakang dewan. Zya dengan kawan-kawan memang duduk di barisan belakang sekali tapi langsung tak sedar kehadiran diaorang. Memang best sangat la dapat berjumpa dengan diaorang. Tapi zya tak sempat nak bergambar dengan diaorang sebabnya terlalu sesak ramai sangat. Tapi dapat tengok macam nie pun dah ok dah.hehehe 





Apa pun tahniah Grand Brilliance filem anda kali ini memang memang sangat best dan zya bagi 10 bintang. Ha nampak tak dah terlebih 5 bintang kat sini. So rasanya setakat ini sahaja zya dapat berkongsi dengan korang mengenai road show filem Love Supermoon. Sebelum zya tamatkan entry zya meyh la usha dulu gambar-gambar sepanjang roadshow nie. Sumber gambar-gambar nie adalah dari koleksi zya sendiri dan ig Grandbrilliance. So kalau korang nak tengok lebih banyak lagi gambar sepanjang roadshow boleh la terjah ig nie dan jangan lupa follow sekali.hehehe




























Sekian!!!!!!!!

This entry was posted in

2 comments:

  1. tu gambar kiteee. baju terqois tudung grey tuuu

    ReplyDelete
  2. yer ker? awak student unimap juga ker?

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe