ASUS ZENFONE GO MURAH DAN MAMPU MILIKI

ASSALAMUALAIKUM!!!!

Hye korang lama kan zya tak update entry terbaru pasal cerita-cerita zya. Memandangkan final exam semakin dekat jadi terlalu busy dengan assignment dan segala presentation yang datang serentak.Tapi busy macam mana pun xlengkap rasanya kalau dalam seminggu langsung tak buka page kesayangan zya nie. Jadi kali nie zya nak cerita kisah seminggu yang lepas punya. Seminggu yang lepas kau,nampak bukan main busy lagi kan.huhuhu

Minggu lepas masa tengah mid semester break mak zya ajak keluar shopping. Hai la orang perempuan nie kalau dengar shopping time busy pun boleh jadi tak busy.Iyer dokkkk.(zya la tu orangnya). Nak tahu apa yang mak zya ajak pergi shopping tu???? Ha meyh usha meh....... 

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Jeng-jeng nie la barangnya.Hahaha padahal tengok 
pada tajuk pun dah tahu apa barangnya kan.



Kami keluar pergi cari handphone baru untuk adik zya. Haishhh setahun pakai tukar baru. Zya juga dok pakai yang lama selagi dia tak buat hal selagi tu la dok pulun pakai. Adik zya nie tiap tahun tukar handphone entah macam mana dia pakai pun tak tahu la. Tahun lepas hakak dia nie dah sponsor untuk handphone lenovo dia tu.Tapi setahun guna lingkup terus.Kali nie untung mak nak sponsor pula. Suruh cari jenama lain tapi yang nie juga yang dia berkenan. So layankan jer la. 

Setelah survey punya survey mak pilih kedai handphone di Sunshine Bertam dengan harga yang ditawarkan lebih rendah dari kedai lain. Nak tahu harga dia berapa??? Harganya RM555.00  Haaaa menarikkan number dia n hope boleh la bertahan 5 tahun kot nanti.hahahha. Harga tu dah termasuk full set siap dengan casing dan tempered glasses sekali. Ewahh bukan main tersenyum bahagia orang tu kan dapat handphone baru. Almaklumlah sorang tu ja adik zya tu manja lebih dan lagi-lagi dia akan terbang gi jauh lepas nie. Sob sob sob kita layankan jer kerenah dia. 



Pandangan skrin hadapan Asus zenfone go


Pandangan belakang.Merah pilihannya

So korang kalau yang bajet tak berapa nak menimbun tu boleh la pergi usha handphone ni mana tahu berkenan di hati ka kan. Boleh rembat satu.hahaha Okey sebelum zya akhiri entry kali nie meyh kita tengok spesifikasi apa yang ada dalam Asus Zenfone Go nie.






  • Jaringan 2G-GSM


  • Jaringan 3G-HSDPA


  • Dual Sim


  • Layar 5.0″ IPS capacitive touchscreen 


  • Resolusi 720×1280 piksel, 16 juta warnaSistem operasi Android 5.1 Lollipop


  • Chipet : Mediatek MT6582


  • CPU : Quad-core


  • Gpu : Mali 400MP2


  • Kamera utama : 8 MP, auto fokus LED flash


  • Video : 1080@30fps


  • Kamera sekunder : 2 MP


  • RAM 2 GB


  • Memori internal : 8 GB


  • Memori eksternal : Up to 32 GB


  • Wifi, GPS, Bluetooth V 4.0


  • micro USB v2.0








  • SEKIAN!!!!!














    This entry was posted in

    2 comments:

    1. bestnya dapat fon baru...
      ngeee...
      kita msih guna samsung Y..
      T_T

      ReplyDelete
    2. Jemput jawab 10 soalan dari Meeya Techik :)

      http://akutechikmolek.blogspot.my/2015/11/tag-by-leya-yeolly-10-questions.html

      ReplyDelete

    Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe