TROPICAL SPICE GARDEN, PENANG


sory gambar nie hasil google jer.terlupa nak snap.hihi

Tropical Spice Garden itulah tajuk entry zya kali ini. Pada hari sabtu yang lalu tanpa ada arah tuju kami pusing-pusing pulau. Cadangnya nak melepak-lepak tenangkan fikiran tapi hakikatnya jalan jem pula so terkandas la kami hampir sejam lebih dekat atas jalan raya. Sambil tu sempat juga berbincang arah tuju kami menghala ke mana dan terus terdetik dalam fikiran apa kata kita pergi Tropical Spice Garden sebab selama 24 tahun zya hidup di Penang nie belum pernah lagi jejak masuk dalam tu.hahahaha nama ja anak jati Penang tapi Penang pun tak habis jelajah lagi.kih3. 

 
pemandangan pertama bila masuk.

Kami sampai sini dalam lingkungan pukul 3 petang dan waktu terakhir yang dibenarkan masuk adalah pukul 5.30 petang. Kalau korang masuk sini dia tiada had masa, jadi korang boleh duduk bertapa dalam tu sesuka hati sampai tempat ni ditutup.hahaha Kalau nak masuk lama korang datang la awal yer. Nak masuk nie dorang sediakan 2 pakej iaitu 1 pakej sekali dengan tour guide so harga dia dalam RM33 seorang dan pakej ke-2 kita guide sendiri dalam tu dengan harga RM27. Zya pilih pakej yang ke-2 dan kebetulan zya student lagi so dapat la harga RM21 dengan syarat kena tunjuk kad matrik korang tu. Ok kalau korang pilih guide sendiri kita akan diberi satu alat yang mana akan memberi maklumat tentang tumbuhan-tumbuhan yang ada di situ. Cara nak guna alat tu just tekan number yang tertera pada pokok so automatik alat tu akan menerangkan dengan terperinci berkenaan tumbuhan di situ.

 
benda dekat tangan zya tu la alat dia. abaikan tudung sememeh tu.

Serius cakap masuk sini memang best sebab sejuk, nyaman, tenang. Manusia yang pencipta alam hijau macam zya nie memang jadi teruja la tapi last last pancit juga sebab dah lama tak hiking masuk hutan nie. Zaman diploma dulu jer last join jungle trekking nie. hik3. So kalau masuk sini berhati-hati juga yer sebab takut ada seranggan yang berbisa. Tapi korang jangan risau kena gigit nyamuk or apa-apa serangga sebab sebelum masuk korang akan disembur dulu dengan minyak serai yang perlu dilumur pada tangan korang.

 
siap ada signboard lagi so jangan risau takkan sesat punya.


air terjun juga terdapat dalam nie.tapi amaran keras tak boleh mandi sini yer.

Zya nak cerita sikit pasal tempat nie yang mana ia dibuka pada bulan November 2013 menampilkan lebih 500 spesies flora dan fauna yang eksotik. Tropical Spice Garden yang indah merupakan muzium hidup dengan keajaiban botani yang tersebar lebih lapan hektar tanah pemuliharaan alam yang subur. Ia mempunyai  11 laluan taman dan lintasan sungai, air terjun dan struktur yang diperbuat daripada bahan organik kitar semula. Selain itu, tempat ini juga adalah menjadi daya tarikan pelancong yang memenangi anugerah di mana terdapat muzium rempah. 
  
Bawah nie muzium rempah yang mana terdapat pelbagai jenis rempah ditunjukkan serta sejarah mengenai rempah ratus yang kita gunakan.


dekat sini ada ditunjukkan pelbagai jenis rempah ratus serta sejarahnya.


kononnya tengah menikmati udara segar
 
Selain itu, korang juga boleh menghayati pemandangan penuh Teluk Bahang sambil menghirup teh herba di teres bukit. Disini juga terdapat kedai cenderahati yang mana kita boleh membeli barangan organik sebagai hadiah seperti rempah segar, penghalau nyamuk citronella, sabun kayu cendana, minyak urut, dan minyak wangi. Korang kalau datang ke Penang jangan lupa lepaskan peluang singgah ke Tropical Spice Garden untuk menikmati keindahan yang segar sambil mengenali beberapa jenis tumbuhan dan rempah ratus yang kita sendiri tidak pernah lihat bentuk dan rupa pokoknya. Korang takut sesat errrkk jangan risau korang akan diberi 1 peta yang akan guide korang sepanjang dalam hutan kecil nie. Rasanya setakat ini sahaja entry zya yang panjang lebar membebel nie dan sebelum tu meyh la cuci mata gambar-gambar yang sempat zya ambil. Disebabkan penat letih dan semput sepanjang hiking jadi gambar yang sempat diambil tidak la berapa banyak.hehehe.meyh usha dulu meyhh

nie peta kawasan dalam Tropical Spice Garden nie,

zya yg semakin gemuk. jgn tanya kenapa gemuk mybe hati senang.haha



Pemandangan yang mendamaikan

Besar gila daun tu boleh buat kipas utk pengantin atas pelamin.hahaha








Sekian!!!!!!!!!















1 comment:

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe