KELEBIHAN SERBUK PENAIK PADA KULIT

by - 08:35

ASSALAMUALAIKUM!!!!


Hye uollsss entry kali nie zya nak share tip mengenai kelebihan serbuk penaik pada kulit serta penjagaan diri kita. Korang tahu tak serbuk penaik tu apa atau dalam bahasa english dipanggil Baking Powder. Serbuk penaik ini sering kita gunakan dalam masakan terutamanya pembuatan kek dan pastri. Tahukah anda, selain itu terdapat banyak manfaat lain yang boleh digunakan dengan menggunakan serbuk penaik ini. Selain menjadikan makanan lebih enak dan gebu, serbuk penaik juga dapat memberi peranan dalam kecantikan wajah dan penjagaan dir seseorang itu. Ha korang mesti tak tahu kan ker ada yang dah tahu mengenai petua ini. Kalau belum tahu meyh ikuti tip nie sampai habis. Zya sendiri pun dah cuba tau. 

Berikut adalah cara yang boleh kita gunakan bersama-sama dengan serbuk penaik :- 

1. Mencerahkan Kulit Wajah

Campurkan serbuk penaik dengan satu sudu besar jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah korang terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran berkenaan pada kulit. Bilas selepas 10 minit. Untuk hasil yang lebih maksimum, bilaskan wajah korang dengan air suam.




2. Skrub Muka

Campur satu sudu besar serbuk penaik dengan pembersih wajah korang. Urutkan ke wajah dalam gerakkan membulat untuk menanggalkan kulit mati dan bintik hitam.




3. Ubat Jerawat

Buat campuran madu dengan serbuk penaik. Sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah sama seperti penggunaan bedak sejuk dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas. Korang juga boleh menggantikan madu dengan jus lemon.





4. Rawatan Kaki

Campurkan dua hingga tiga sudu serbuk penaik ke dalam air untuk rendaman kaki yang menyamankan. Korang juga boleh memasukkan beberapa titik minyak pati dan lakukan rendaman selama 20 minit. Buang kulit kasar pada kaki dengan pes skrub hasil campuran serbuk penaik dan air.

5. Pemutih Gigi

Ambil sedikit serbuk penaik dan campurkan dengan jus lemon atau strawberi untuk menggantikan ubat gigi. Selain itu, campurkan sedikit serbuk penaik dengan ubat gigi dan gosok gigi tersebut seperti biasa. Ianya dapat menghilangkan kesan kuning pada gigi dan mengurangkan bau mulut.




6. Pemutih Ketiak

Penggunaan deodoran secara kerap akan membuatkan ketiak gelap kerana ia mengandungi bahan kimia. Untuk membuat ketiak kembali putih, campurkan empat sudu serbuk penaik dengan air dan gosokkan pada ketiak. Selain mencerahkan, ia juga dapat menghilangkan bau ketiak.

7. Perawatan Tangan

Campurkan serbuk penaik ke dalam air atau sabun cair. Gosok campuran itu pada tanagn korang untuk mengelupas kulit mati dan menghaluskan kulit.  Teruskan dengan menggosok pada siku untuk menghaluskan kulit kasar dan menghaluskannya. Cara lain untuk menggunakannya untuk perawatan badan adalah dengan membuat mask menggunakan 1/2 serbuk penaik, 1/2 tepung jagung. Adun rata. Campuran ini juga berkesan sebagai lulur mandi yang berkesan dalam mengatasi gatal pada kulit.


8. Melembutkan Kuku

Korang ingin kuku kelihatan berkilat dan bercahaya? Cuba gosok kuku-kuku korang dengan berus kuku yang sebelumnya dicelupkan ke dalam serbuk penaik. Rawatan ini dapat melembutkan kuku dna juga membersihkan kotoran yang bersembunyi di bawah kuku. 




Sekian saja tip yang dapat zya kongsikan dengan korang semua. Harap ianya bermanfaat untuk korang kerana ianya sangat mudah untuk didapati dan menjimatkan wang korang lagi-lagi zaman GST macam sekarang nie. 
Semuanya memerlukan wang dalam setiap urusan.  




SEKIAN!!!!!

You May Also Like

7 Comments