LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE

ASSALAMUALAIKUM!!!!


Hye mesti ramai peminat hindustan kat sini kan dan terbaru cerita Dilwale yang telah meletup-letup dipawagam akhir-akhir ini. Zya pun tidak ketinggalan sempat juga menonton walaupun bukanlah peminat filem-filem hindustan nie. Tapi sebab dah kecoh satu facebook pasal cerita nie jadi zya pun pulun tengok juga.hehehe. (kuat terpengaruh) Tapi sebelum zya tengok cerita nie pun zya dah tertarik dengan lagu dalam filem tersebut yang bertajuk Gerua tu.


Baru-baru nie masa on the way balik kampung zya ada terdengar lagu nie dekat radio tapi versi melayu. Dinyanyikan secara berduet oleh penyanyi Aliff Aziz dan juga Kilafairy. Hokey jom kita hayati lagu Gerua yang telah diberi nafas baru dalam versi melayu dan diberi tajuk Warna Cinta. Anda rasa berapa bintang untuk lagu versi melayu nie???





Sinar mentari menusuk maya
Pertemuan kita menghenti masa
Langit pun murung umpama kaca
Lalu bersebati mengukir wajahmu

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kau pemula kau hujungnya
Bagaikan sufi keasyikan
Aku karavan engkau tujuan
Setiap haluan kepadamu

Ikatan kita menghubung segala
Kabus dalam jiwa lenyap kernanya

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kehidupan keasingan
Suran kelam tanpa dikau
Aku bukan hanya raga
Namun kini punya jiwa

Semua ikatan menjadi lemah
Berdepan ikatan yang kita ada

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya 
This entry was posted in

2 comments:

  1. Ni lagu gerua bukan janam janam

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe