OVERSTEPPED CAFE, SG PETANI | PERSONAL REVIEW


OVERSTEPPED CAFE, SG PETANI | Cafe yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu kini telah menjadi viral dan popular di kalangan penggemar-penggemar makanan western dan juga hispter. Cafe ini terletak di Sungai Petani, Kedah berdekatan dengan parkson dan kfc Sg Petani. Cafe hipster yang mana dekorasi dalaman dan perabutnya adalah bercirikan kejuruteraan dan juga arkitek. Zya mengetahui mengenai cafe ini melalui sahabat sekolah zya di dalam facebook miliknya. Jadi terus zya teruja nak dinner di sini sambil merasai sendiri pengalaman berada di cafe yang unik ini.

Sebenarnya senang sahaja nak cari cafe ni tapi kalau korang terlepas pandang memang akan terlajak dan pusing-pusing juga satu kawasan parkson tu. Cafe nie terletak di bahagian atas dan di bawahnya juga ada kedai makan cina. Korang cari jer dalam waze Overstepped cafe mesti jumpa sebab cafe dia berada di atas dan signboard dia terpapar besar seperti di dalam gambar bawah ni. 


Mai zya nak tunjuk menu apa yang ada dekat OS ni. Rambang mata nak pilih menu dekat sini dan kalau korang tak tahu nak buat pilihan jangan risau dalam menu nie ada dituliskan menu yang diaorang recommend dan menjadi makanan special dekat situ la. Kalau korang tak tahu atau tidak faham setiap menu yang ada bkorang boleh terus tanya pada pelayan di situ dan pasti mereka akan melayan anda dengan sebaiknya. 




Masa dinner nie zya pilih menu yang simple sahaja sebab takut tidak habis pula memandangkan badan pun agak tidak sihat masa ni. Zya pilih Burger Pub Strawbery yang mana burger nie ada rasa pati strawberi beserta dengan burger homemade. Memandangkan zya nie peminat buah strawberi nampak saja ada menu strawberi terus order dan memang tidak rugi la zya order menu nie ternyata sedap. Selain itu, zya juga pilih the chocolate thing, fresh oren serta kawan zya pilih Nasi Ayam Kapitan dan honey lemon. Jom kita tengok rupa paras menu yang sebenarnya di bawah nie.








Untuk menu yang buat zya tertarik dekat OS nie adalah dessert yang di hias comel serta unik nie. Tapi hari tu zya tidak berkesempatan lagi nak order so nanti nak pergi lagi dan yang pasti zya akan pilih salah satu antara gambar di bawah ini. 






Selain itu, apa yang menariknya di sini ialah susun atur perabut yang sangat unik dan jarang-jarang sekali kita jumpa di mana-mana cafe. Apabila pertama kali korang langkah sahaja masuk cafe ini korang akan terpenggun dengan suasana cafe yang menarik serta di para staff yang sangat ramah dan meriah. Apa yang meriah dan ramah tu? Ha zya langkah saja masuk terus staff dia secara ramai-ramai ucap selamat datang, dah terasa macam cikgu masuk kelas dan anak murid bagi ucapan salam serentak. hehehe Tapi hakikatnya begitulah suasana dan adat di dalam cafe ini dan apabila korang ingin meninggalkan cafe juga di akan ada ucapan terima kasih daripada staff OS ramai-ramai serentak. Wah best hebat sangat cafe nie dan ini pengalaman pertama zya masuk cafe meriah macam nie. 



Inilah kawan zya yang perkenalkan pada zya berkenaan Overstepped cafe nie. Kawan sekolah masa form 1 2 dulu. Lepas tu masing-masing bertukar sekolah terus dan berjumpa lama.Jejak kasih la kononnya hahaha Pinjam gambar kejap yer dayah. hehehe













Testing testing hehehe muka tak bermaya dah tu tapi ada hati nak keluar makan juga hari tu. Tapi berbaloi la kenyang dan sedap makanan di situ. Oh sebelum terlupa korang juga boleh buat event atau birthday party di sini tapi korang kena tempah dulu dengan diaorang supaya diaorang boleh aturkan majlis tu supaya berjalan dengan lancar. 


Cafe ini dibuka dari pukul 12 tengahari sehingga 12 tengah malam dan kalai nak buang sebarang appointment untuk apa-apa event boleh hubungi di sini atau terus ke Overstepped Cafe di


C97&98 Tkt 1, Jln indah 2, 
Tmn sejati indah 08000 SP Kedah
04-430 0187 / 014-740 4028 / 017-743 8328




Sekian sahaja review zya mengenai Overstepped Cafe ni dan kesimpulannya makanan serta layanan di sini sangat memuaskan hati zya dan rasa nak pergi lagi lepas ni. . Sebarang pertanyaan korang boleh terus ker Oversstepped Cafe.







SEKIAN!!!!!






CABUTAN KE-2 PEMENANG SEGMEN : FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA

ASSALAMUALAIKUM!!!!

Hai semua tengok pada tajuk tu macam akan ada pemenang terbaru nampak. Ok zya dan yana akan membuat undian random.org semula oleh kerana pemenang untuk Random C untuk SEGMEN : FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA tidak memberi respon dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Jadi dengan ini pemenang untuk random C sebelum ini terbatal dengan serta merta. Sebarang bantahan tidak akan dilayan dan tanpa berlengah mari kita tengok sapa yang bertuah kali ini. 



Tahniah kepada peserta no.31 kerana telah menjadi pemenang bertuah untuk cabutan kali ke- 2. jadi segera pm details anda seperti di bawah ke emel zyaakma21@gmail.com sebelum 1 March 2016 untuk urusan penghantaran hadiah. Jika pihak kami tidak mendapat sebarang respon daripada anda maka pemenang untuk kategori random c akan terbatal dengan serta merta. Terima Kasih.

Tajuk emel: CABUTAN KE-2 PEMENANG SEGMEN : FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA
Nama Penuh:
Alamat:
No phone:
Link url:
Kategori pemenang :








SEKIAN!!!!!







BERMULANYA SEMESTER BARU | PENCARIAN UNTUK "INCUBATOR PROGRAMME"



ASSALAMUALAIKUM!!!!

Hai lama betul zya tak update entry sini. Sempat join segmen saja kalau nak tulis entry baru memang tak sempat nak perah otak dan mengarang bila mai badan dah letih-letih nie. Alhamdulillah sekarang nie zya dah mula semester baru iaitu semester 4 untuk tahun 2 di UniMAP nie.  Selesai semua add & drop subjek jadi doakan zya dapat meneruskan semester baru nie dengan sebaiknya. 



Dalam gambar nie kami on the way nak pergi dengar penerangan pasal Incubator Programme yang bakal kami buat pada cuti semester nanti. Alahai semester nie memang double busy gayanya sebab kena cari tempat untuk buat incubator. Ramai tertanya apa itu incubator programme, adakah ianya incubator yang baby tu.hahaha sebenarnya incubator programme tu sama saja dengan praktikal cuma yang nie rumit sikit nak cari sampai zya pun pening nak cari. Kena cari syarikat yang lebih kepada teknologi yang menjalankan perniagaan dan berdaftar di bawah incubator programme. Ha susah kan dengar sebab tak banyak syarikat yang ada macam nie. Korang ada tahu tak syarikat mana? Kalau ada cadangan korang dialu-alukan sangat untuk membantu zya yang dah sedia kusut pikir nie. 

Incubator programme nie tujuan dia adalah untuk melatih seseorang dari kosong kepada usahawan yang berjaya dan berinovatif dan kreatif. Itu yang diberi nama incubator sebab lebih kurang macam kita training baby yang baru lahir yang tinggal dalam incubator sampailah dia dewasa. Ha begitulah ceritanya. hehehe 

Setakat nie dulu entry zya sebab esok ada kelas pagi. Tunggu next entry zya yang tengah dok loading untuk publish tu. hehehe




Sekian!!!!!





Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

ASSALAMUALAKUM!!!!Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA


KLIK BANNER


1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

2.Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist anda sepanjang GA berlangsung.


3. Dah siap? Sila tinggalkan link entry GA korang diruangan komen ini. Tq :)

Tarikh GA  22.02.2016-29.02.2016

Semoga berjaya







First Giveaway By Nadia Syamimi

ASSALAMUALAIKUM!!!!


KLIK BANNER



Syarat-syarat penyertaan

1. Follow blog Nadia

2. Follow insta shop ini dan ini.

3.Buat satu entry bertajuk "First Giveaway By Nadia Syamimi" . Tempek banner kat atas tu dan back link kan ke entry ini.

4. Dah siap semua tu ? Tinggalkan link penyertaan anda di kotak komen







Giveaway ini bermula pada 14 February 2016 dan tamat pada 27 February 2016 .




Jom ajak ramai-ramai support first giveaway yaa. Harap mendapat sambutan la. Huhu.















































MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK


♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-

Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas). 
 
Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda - [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung. 
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK " 
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML 
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016 
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam 
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

UniMAP MEMILIKI PANEL SOLAR JANA ELEKTRIK YANG PERTAMA DI DALAM IPT AWAM.

solar

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam pertama di negara ini memiliki panel solar dengan kuota tarif pemasangan yang mampu menjana 1.0 megawatt (MW) tenaga elektrik. Panel solar tersebut dipasang di sebuah bangunan Univation di kampus tetap universiti itu di sini, dilaksanakan dengan kerjasama GetSol Sdn Bhd (GetSol), sebuah syarikat tempatan berkaitan pemasangan panel solar.

Menurut Naib Canselornya, Datuk Brig Jen Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin UniMAP menerima kuota berkenaan pada 12 Mac tahun lepas dan pemasangan kabel telah mencapai 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Jun depan. Beliau menyifatkan pencapaian itu memberi makna besar buat diri beliau kerana terpaksa melalui banyak proses dan prosedur panjang untuk memperoleh kuota tersebut. 

Katanya tenaga yang dihasilkan akan dikumpul dan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdasarkan konsep Tarif Galakan (FiT), antara inisiatif untuk menjana pendapatan bagi menjimatkan kos bil eletrik setiap bulan. "Ini adalah projek terakhir saya sebagai Naib Canselor setelah menerajui UniMAP selama 14 tahun yang penuh dengan suka dan duka," kata Kamarudin ketika berucap pada pra-pelancaran Panel Solar tersebut di sini, Rabu. Turut hadir Pengarah Eksekutif GetSol, Todd Morath; Pengarah Urusan GetSol, Dr Gabriel Peter Salgo; Ketua Pegawai Ekesekutif UniMAP Holdings Sdn Bhd, Baharuddin Abdul Majid dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Kamarudin berkata pemasangan solar panel itu akan membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka lebih mendalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dan sekali gus membolehkan kaedah pembelajaran amali dipraktikkan di UniMAP. Selain menjana kewangan melalui sewaan tapak (bumbung bangunan) selama 21 tahun, melalui projek pemasangan panel, Getsol turut memberi kontrak penyelenggaraan kepada UniMAP Holdings, katanya.

Katanya Getsol juga memperuntukkan satu sistem solar bagi tujuan akademik dan penyelidikan yang membolehkan UniMAP menawarkan latihan amali dan sijil dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi program pemasangan solar yang diperakui dan penyelenggaraan solar.

Beliau berkata projek ini secara tidak langsung membuka peluang kepada UniMAP menjadi Pusat Kecemerlangan Tenaga Boleh Diperbaharui selain menjadi wadah bagi pelawat dan industri ke arah inisiatif memperkenalkan Kampus UniMAP Pauh Putra sebagai Kampus Alam. Dr Gabriel pula berkata UniMAP dipilih kerana inisiatif dan kesungguhan Naib Canselornya mempratikkan amalan kampus hijau termasuk penglibatan aktif beliau sejak perbincangan bermula.-- SUMBER
This entry was posted in

PEMENANG SEGMEN : FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA

ASSALAMUALAIKUM!!!

Alhamdulillah pada 10 Februari baru-baru ini berakhirnya segmen pertama selama sebulan yang dianjurkan oleh kami. Terima kasih untuk semua peserta yang dah menyertainya. Sekarang tiba masanya untuk zya dan yana umumkan peserta bertuah yang dah join dalam 



Tahniah kepada 5 pemenang bertuah berikut dan kami ada 1 kejutan iaitu penambahan hadiah misteri. Jom kita lihat siapa yang kena.


Random A : 



Random B :



Random C : 




SAGUHATI 2 PEMENANG (TOPUP RM10)



HADIAH MISTERI :



Harap kepada para pemenang dapat pm details anda seperti di bawah ke emel zyaakma21@gmail.com sebelum 25 Februari 2016 untuk urusan penghantaran hadiah. 

Nama Penuh:
Alamat:
No phone:
Link url: 
Kategori pemenang :

Tahniah kepada para pemenang dan keputusan yang dibuat adalah muktamad sebarang bantahan tidak akan dilayan. Kepada yang tidak menang jangan kecewa atau bersedih insya Allah jika diziinkan lagi kami akan anjurkan giveaway yang kedua pula. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami. 




SEKIAN!!!!!









KEISTIMEWAAN KEM HERBA SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT SELANGOR.

ASSALAMUALAIKUM!!!!






Keistimewaan Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor | Sebenarnya ramai masih tidak mengetahui akan kewujudan kem herba ini. Kerana kem ini tidaklah secanggih tapak-tapak kem yang sedia ada. Kem Herba ini mempunyai keistimewaannya tersendiri sepertimana pada namanya iaitu herba, Ini adalah kerana terdapat pelbagai fasiliti yang Top Notch seperti dorm dan chalet yang dilengkapi kemudahan katil tilam dan bantal serta kipas angin sedia untuk diduduki. Tumbuh-tumbuhan herba serta pokok buah-buahan malah pokok-pokok hutan menjadikan suasana dingin dan sejuk, Sesuai untuk lokasi penenang jiwa yang kacau akibat hiruk pikuk kota yang meresahkan. Sekitar tapak kem ini terdapat pelbagai jenis pokok herba yang kita sendiri tidak pernah tahu dan tengok serta pemilik kem mengekalkan tema dengan suasana kampung yang nyaman, segar dan tenteram. Oleh itu, zya nak kongsi dengan korang semua tentang kem Herba yang pernah suatu ketika dahulu zya dan sahabat mengadakan aktiviti di sini.



Kem Herba ini bukan setakat boleh dijadikan sebagai tempat rekreasi tapi boleh jugak dijadikan sebagai tempat perkhelahan untuk pelbagai aktiviti luar serta aktiviti bersama keluarga di hujung minggu atau cuti persekolahan. Apabila korang rasa hendak beristirehat serta menenangkan fikiran zya cadangkan korang datang ke sini dan rasai sendiri keseronokan dan ketenangannya. Sebenarnya kewujudan kem nie zya tahu daripada mak sedara zya sendiri. Semasa zya dan kawan-kawan tengah mencari tapak kem yang paling murah sekitar Selangor dan dia cadangkan Kem Herba Sungai Congkak yang mana pengusaha Kem ini adalah bekas pensyarahnya sendiri di UPM dulu iaitu Dr Mohd Noor Shamsudin bersama isterinya.


Dr Mohd Noor Shamsudin ini membahasakan dirinya sebagai atuk dan Herba merupakan tarikan utama pelanggan dan para tetamu yang berkunjung di Kem Herba ini. Pelbagai pokok herba yang menjadi khazanah negara tumbuh segar di sini. Pengalaman merasai Buah Ajaib, melihat Daun Menari, menimbang Kayu Teringan, menghidu Pokok Busuk dan memakan Daun Manis antara aktiviti yang harus dicuba oleh pengunjung di sini. Sesi penerangan dan lawatan herba diberikan secara percuma oleh atuk kepada kami. 

Pada mula kami sampai atuk terus membawa kami mengelilingi kawasan tapak kem dan perkara yang wajib dia buat adalah mengenalkan kesemua pokok-pokok herbanya. Teruja sangat sebab banyak pokok herba yang pelik-pelik dan zya sendiri tidak pernah tahu. Pokok herba yang paling menarik minat zya adalah pokok buah ajaib dan atuk akan beri korang makan sebelum dia menunjukkan pokok yang lain. Buah tu rasanya manis sangat dan apabila korang minum air kosong pun korang akan rasa minum air manis. Buah limau yang masih muda pun bila korang makan akan terasa manis begitu juga makan daun terasa manis.

Ini buah ajaib yang zya katakan tu. 


Pokok buah limau yang ditanam sendiri oleh atuk di sekitar tapak kem. Terdapat banyak lagi pokok-pokok herba yang unik dan menarik jadi korang boleh datang sini sendiri dan sudah pasti atuk akan memperkenalkan pokok-pokok herba serta tanaman dia. Selesai mengenai pokok-pokok baru kita boleh beralih arah kepada keadaan tapak kem yang mengekalkan ciri-ciri berada di kampung. Terdapat kawasan padang serta tapak parking kereta yang luas. 


Amboi Subaru kak Long kawasan yang tersergam indah kat tengah halaman.hehe
Halaman rumah serta dijadikan padang untuk membuat pelbagai aktiviti sukaneka dan sebagainya. Seterusnya adalah kawasan yang korang boleh lakukan aktiviti mandi-manda serta sukan air. Serius cakap airnya sejuk sangat tetapi apabila tiba musim hujan air akan jadi sedikit keruh dan bertambah kedalaman air tu. Jadi rancanglah cuti anda sebaik-baiknya.  



wah bahagianya korang dapat main air yer.


Gambar ni diambil semasa kami membuat tinjauan tempat dan tapak sebelum mengadakan kem. 9 orang nie la AJK yang ditugaskan untuk terjah masuk hutan dengan keadaan hujan redah hutan, sungai, kampung, jalan raya. Siap pengalaman tidak boleh lupa zya tergelungsur atas bukit masa buat jungle trekking tu. hehe Korang jangan tak tahu selain aktiviti di sekitar tapak kem korang juga boleh membuat jungle trekking di sekitar hutan lipur sungai congkak nie. Hutannya agak besar dan sangat best walaupun kami pada mulanya sesat . Tapi pastikan korang bawa seseorang yang boleh guide korang di dalam sana sebab atuk tidak guide korang nanti. Tapi kita sendiri yang kena pandai bawa diri di dalam sana. Jadi dalam kalangan kami ada salah sorang yang menjadi pemandu arah untuk kami. 


Ini adalah semasa aktiviti sukaneka di dalam air. Memang seronok buli budak-budak nie hahaha..

Seterusnya adalah kawasan dorm dan chalet yang boleh menjadi penginapan para peserta yang dianggarkan dalam 150 orang penghuni di dalamnya. Terdapat kemudahan tilam, kipas dan bantal disediakan. Korang jangan risau pasal tiada penghawa dingin kerana di sini sangat sejuk dan anda tidak memerlukan kipas langsung. 








 







Kemudahan dorm serta chalet yang disediakan oleh Kem Herba yang masih mengekalkan suasana kampung. Di bawah ini adalah dewan terbuka yang korang boleh adakan pelbagai aktiviti yang memerluka dewan.


Semasa aktiviti Love Charity Camp dijalankan oleh kami di dalam dewan terbuka ini, Siap boleh bermain bola lagi diaorang ni.



Aktiviti senaman pun boleh dilakukan ramai-ramai dalam ni memang agak luas dan terbuka dapat kita hirup udara segar serta kedengaran bunyi cengkerik sangat menenangka






Selain itu, di atas kawasan yang agak berbukit terdapat satu lagi dorm 2 tingkat sekiranya jumlah peserta melebihi 150 orang korang boleh juga menyewa dorm ini tetapi mungkin bayaran harganya adalah sedikit berbeza. 

Bagi yang cintakan alam semula jadi dan jugak herba-herba dengan buah-buahan tempatan ini adalah tempat memang sesuai sangat. Disini zya senaraikan beberapa kemudahan dan kesitimewaan yang terdapat di Kem Herba.

KEMUDAHAN:
# Penginapan secara dorm untuk kapasiti maksimum 150 orang.
# chalet-chalet untuk para guru dan fasilitator
# Dewan-dewan ceramah dan surau
# Padang luas untuk aktiviti sukaneka
# Kawasan perkelahan di tepi sungai
# Hutan simpan pensendirian.
# Taman sayur-sayuran dapur.
# Nursery pokok-pokok herba.
# PA system.

PERKHIDMATAN
# Catering.
# Ceramah - ceramah ethnobotany dan pokok-pokok yang unik dari segi botani.
# Nature study.
# Jungle trekking.
# River crossing

Bagi bayaran harga pula adalah sangat berpatutan. Semasa zya buat aktiviti ini bayaran harga adalah RM55/pax bagi 3 hari 2 malam termasuk makan dan minum untuk 3 hari tersebut. Yang terbaru zya dimaklumkan bahawa harga sudah naik menjadi RM70/pax untuk 3 hari 2 malam termasuk makan dan minum. Sekarang zaman gst dah mula mahal semua barang tapi kalau korang cari tempat lain mungkin akan lebih mahal dari harga ini. 

Bagi chalet yang berada di tepi sungai yang sesuai untuk 3 ke 4 orang menginap harganya mungkin lebih murah yang ini kerana ini adalah pakej untuk harga berkumpulan. Aktiviti kami pada mulanya tidak mendapat banyak penaja jadi kami terpaksa bertungkus lumus untuk mencari kem yang murah dan ini adalah kem terbaik yang kami dapat dan dekat sehari dua sebelum kami memulakan kem kami mendapat panggilan dari pelbagai syarikat dan orang persendirian untuk menaja aktiviti kami. Alhamdulillah rezeki kami dan semua aktiviti kami di sini tidak menggunakan wang kami langsung. 


Nampak tak chalet dekat belakang zya tu. Itulah chalet yang boleh muat dalam 3 atau 4 orang bagi yang datang dalam kumpulan kecil Seronok sangat sebab betul-betul tepi sungai.Lokasinya untuk datang ke sini korang boleh buka waze jer. sebab zya sendiri pun tidak tahu maklumlah sebab orang yang bawakan. Tapi sebelum pergi pastikan korang buat tempahan dulu yer.

UNTUK TEMPAHAN:-

DR MOHD NOOR - 012-3057161 @ PUAN ZALINAH - 012-9025852 
@ EN. HAFIZ (Pengurus Pemasaran) 013-2563630 (whatsapps sahaja)


Dari Shah Alam bertolak ker Hulu Langat kami mengambil masa 30 minit sahaja kerana aktiviti kami bermula pada hari jumaat selepas solat jumaat jadi sah-sah jalan raya akan jadi jem dan alhamdulillah kami di excort oleh abam-abam polis Bukit Aman sampai ke Kem Herba untuk perjalanan pergi dan balik. Jadi jadual yang kami rancang dapat berjalan dengan lancar dan bermula serta tamat pada waktu yang sepatutnya. Pertama kali seumur hidup di escort terasa macam VVIP semua kereta berhenti memberi laluan kepada pasukan konvoi kami. Wahhh serius rindu kenangan paling manis, suka duka nie. Rasanya setakat ini sahaja entry zya sebelum tu mari la cuci mata sikit lagi tengok gambar aktiviti kami di sini. 


Masing-masing kepenatan tak cukup tidur tapi masih mampu bergelak ketawa kerana sangat enjoy dengan aktiviti di sini. Nampak depan zya air tin bertin-tin. Rezeki dari pihak penaja untuk aktiviti kami.



Ini pula adalah barisan fasilitator merangkap classmate zya. 



Jambatan untuk membawa korang ke tapak kem. 


 Banner Love Charity Camp kami



Para peserta bersama barisan fasilitator, para penaja serta pensyarah-pensyarah fakulti perniagaan Unisel Shah Alam.


##Terima kasih di atas segala kenangan yang telah tercipta di sini dan kita mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita dan harap kita semua dapat membuat reunion seperti ini dan di sini.










SEKIAN!!!!