BERMULANYA SEMESTER BARU | PENCARIAN UNTUK "INCUBATOR PROGRAMME"



ASSALAMUALAIKUM!!!!

Hai lama betul zya tak update entry sini. Sempat join segmen saja kalau nak tulis entry baru memang tak sempat nak perah otak dan mengarang bila mai badan dah letih-letih nie. Alhamdulillah sekarang nie zya dah mula semester baru iaitu semester 4 untuk tahun 2 di UniMAP nie.  Selesai semua add & drop subjek jadi doakan zya dapat meneruskan semester baru nie dengan sebaiknya. 



Dalam gambar nie kami on the way nak pergi dengar penerangan pasal Incubator Programme yang bakal kami buat pada cuti semester nanti. Alahai semester nie memang double busy gayanya sebab kena cari tempat untuk buat incubator. Ramai tertanya apa itu incubator programme, adakah ianya incubator yang baby tu.hahaha sebenarnya incubator programme tu sama saja dengan praktikal cuma yang nie rumit sikit nak cari sampai zya pun pening nak cari. Kena cari syarikat yang lebih kepada teknologi yang menjalankan perniagaan dan berdaftar di bawah incubator programme. Ha susah kan dengar sebab tak banyak syarikat yang ada macam nie. Korang ada tahu tak syarikat mana? Kalau ada cadangan korang dialu-alukan sangat untuk membantu zya yang dah sedia kusut pikir nie. 

Incubator programme nie tujuan dia adalah untuk melatih seseorang dari kosong kepada usahawan yang berjaya dan berinovatif dan kreatif. Itu yang diberi nama incubator sebab lebih kurang macam kita training baby yang baru lahir yang tinggal dalam incubator sampailah dia dewasa. Ha begitulah ceritanya. hehehe 

Setakat nie dulu entry zya sebab esok ada kelas pagi. Tunggu next entry zya yang tengah dok loading untuk publish tu. hehehe




Sekian!!!!!





6 comments:

  1. selamat mencari yer..hehe..dan selamat penempuh sem baru~

    ReplyDelete
  2. sama la kita baru masuk sem baru.. selamat menjalani sem baru ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tasha. good luck utk tasha juga :)

      Delete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe