KEISTIMEWAAN KEM HERBA SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT SELANGOR.

ASSALAMUALAIKUM!!!!






Keistimewaan Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor | Sebenarnya ramai masih tidak mengetahui akan kewujudan kem herba ini. Kerana kem ini tidaklah secanggih tapak-tapak kem yang sedia ada. Kem Herba ini mempunyai keistimewaannya tersendiri sepertimana pada namanya iaitu herba, Ini adalah kerana terdapat pelbagai fasiliti yang Top Notch seperti dorm dan chalet yang dilengkapi kemudahan katil tilam dan bantal serta kipas angin sedia untuk diduduki. Tumbuh-tumbuhan herba serta pokok buah-buahan malah pokok-pokok hutan menjadikan suasana dingin dan sejuk, Sesuai untuk lokasi penenang jiwa yang kacau akibat hiruk pikuk kota yang meresahkan. Sekitar tapak kem ini terdapat pelbagai jenis pokok herba yang kita sendiri tidak pernah tahu dan tengok serta pemilik kem mengekalkan tema dengan suasana kampung yang nyaman, segar dan tenteram. Oleh itu, zya nak kongsi dengan korang semua tentang kem Herba yang pernah suatu ketika dahulu zya dan sahabat mengadakan aktiviti di sini.



Kem Herba ini bukan setakat boleh dijadikan sebagai tempat rekreasi tapi boleh jugak dijadikan sebagai tempat perkhelahan untuk pelbagai aktiviti luar serta aktiviti bersama keluarga di hujung minggu atau cuti persekolahan. Apabila korang rasa hendak beristirehat serta menenangkan fikiran zya cadangkan korang datang ke sini dan rasai sendiri keseronokan dan ketenangannya. Sebenarnya kewujudan kem nie zya tahu daripada mak sedara zya sendiri. Semasa zya dan kawan-kawan tengah mencari tapak kem yang paling murah sekitar Selangor dan dia cadangkan Kem Herba Sungai Congkak yang mana pengusaha Kem ini adalah bekas pensyarahnya sendiri di UPM dulu iaitu Dr Mohd Noor Shamsudin bersama isterinya.


Dr Mohd Noor Shamsudin ini membahasakan dirinya sebagai atuk dan Herba merupakan tarikan utama pelanggan dan para tetamu yang berkunjung di Kem Herba ini. Pelbagai pokok herba yang menjadi khazanah negara tumbuh segar di sini. Pengalaman merasai Buah Ajaib, melihat Daun Menari, menimbang Kayu Teringan, menghidu Pokok Busuk dan memakan Daun Manis antara aktiviti yang harus dicuba oleh pengunjung di sini. Sesi penerangan dan lawatan herba diberikan secara percuma oleh atuk kepada kami. 

Pada mula kami sampai atuk terus membawa kami mengelilingi kawasan tapak kem dan perkara yang wajib dia buat adalah mengenalkan kesemua pokok-pokok herbanya. Teruja sangat sebab banyak pokok herba yang pelik-pelik dan zya sendiri tidak pernah tahu. Pokok herba yang paling menarik minat zya adalah pokok buah ajaib dan atuk akan beri korang makan sebelum dia menunjukkan pokok yang lain. Buah tu rasanya manis sangat dan apabila korang minum air kosong pun korang akan rasa minum air manis. Buah limau yang masih muda pun bila korang makan akan terasa manis begitu juga makan daun terasa manis.

Ini buah ajaib yang zya katakan tu. 


Pokok buah limau yang ditanam sendiri oleh atuk di sekitar tapak kem. Terdapat banyak lagi pokok-pokok herba yang unik dan menarik jadi korang boleh datang sini sendiri dan sudah pasti atuk akan memperkenalkan pokok-pokok herba serta tanaman dia. Selesai mengenai pokok-pokok baru kita boleh beralih arah kepada keadaan tapak kem yang mengekalkan ciri-ciri berada di kampung. Terdapat kawasan padang serta tapak parking kereta yang luas. 


Amboi Subaru kak Long kawasan yang tersergam indah kat tengah halaman.hehe
Halaman rumah serta dijadikan padang untuk membuat pelbagai aktiviti sukaneka dan sebagainya. Seterusnya adalah kawasan yang korang boleh lakukan aktiviti mandi-manda serta sukan air. Serius cakap airnya sejuk sangat tetapi apabila tiba musim hujan air akan jadi sedikit keruh dan bertambah kedalaman air tu. Jadi rancanglah cuti anda sebaik-baiknya.  



wah bahagianya korang dapat main air yer.


Gambar ni diambil semasa kami membuat tinjauan tempat dan tapak sebelum mengadakan kem. 9 orang nie la AJK yang ditugaskan untuk terjah masuk hutan dengan keadaan hujan redah hutan, sungai, kampung, jalan raya. Siap pengalaman tidak boleh lupa zya tergelungsur atas bukit masa buat jungle trekking tu. hehe Korang jangan tak tahu selain aktiviti di sekitar tapak kem korang juga boleh membuat jungle trekking di sekitar hutan lipur sungai congkak nie. Hutannya agak besar dan sangat best walaupun kami pada mulanya sesat . Tapi pastikan korang bawa seseorang yang boleh guide korang di dalam sana sebab atuk tidak guide korang nanti. Tapi kita sendiri yang kena pandai bawa diri di dalam sana. Jadi dalam kalangan kami ada salah sorang yang menjadi pemandu arah untuk kami. 


Ini adalah semasa aktiviti sukaneka di dalam air. Memang seronok buli budak-budak nie hahaha..

Seterusnya adalah kawasan dorm dan chalet yang boleh menjadi penginapan para peserta yang dianggarkan dalam 150 orang penghuni di dalamnya. Terdapat kemudahan tilam, kipas dan bantal disediakan. Korang jangan risau pasal tiada penghawa dingin kerana di sini sangat sejuk dan anda tidak memerlukan kipas langsung. 








 







Kemudahan dorm serta chalet yang disediakan oleh Kem Herba yang masih mengekalkan suasana kampung. Di bawah ini adalah dewan terbuka yang korang boleh adakan pelbagai aktiviti yang memerluka dewan.


Semasa aktiviti Love Charity Camp dijalankan oleh kami di dalam dewan terbuka ini, Siap boleh bermain bola lagi diaorang ni.



Aktiviti senaman pun boleh dilakukan ramai-ramai dalam ni memang agak luas dan terbuka dapat kita hirup udara segar serta kedengaran bunyi cengkerik sangat menenangka






Selain itu, di atas kawasan yang agak berbukit terdapat satu lagi dorm 2 tingkat sekiranya jumlah peserta melebihi 150 orang korang boleh juga menyewa dorm ini tetapi mungkin bayaran harganya adalah sedikit berbeza. 

Bagi yang cintakan alam semula jadi dan jugak herba-herba dengan buah-buahan tempatan ini adalah tempat memang sesuai sangat. Disini zya senaraikan beberapa kemudahan dan kesitimewaan yang terdapat di Kem Herba.

KEMUDAHAN:
# Penginapan secara dorm untuk kapasiti maksimum 150 orang.
# chalet-chalet untuk para guru dan fasilitator
# Dewan-dewan ceramah dan surau
# Padang luas untuk aktiviti sukaneka
# Kawasan perkelahan di tepi sungai
# Hutan simpan pensendirian.
# Taman sayur-sayuran dapur.
# Nursery pokok-pokok herba.
# PA system.

PERKHIDMATAN
# Catering.
# Ceramah - ceramah ethnobotany dan pokok-pokok yang unik dari segi botani.
# Nature study.
# Jungle trekking.
# River crossing

Bagi bayaran harga pula adalah sangat berpatutan. Semasa zya buat aktiviti ini bayaran harga adalah RM55/pax bagi 3 hari 2 malam termasuk makan dan minum untuk 3 hari tersebut. Yang terbaru zya dimaklumkan bahawa harga sudah naik menjadi RM70/pax untuk 3 hari 2 malam termasuk makan dan minum. Sekarang zaman gst dah mula mahal semua barang tapi kalau korang cari tempat lain mungkin akan lebih mahal dari harga ini. 

Bagi chalet yang berada di tepi sungai yang sesuai untuk 3 ke 4 orang menginap harganya mungkin lebih murah yang ini kerana ini adalah pakej untuk harga berkumpulan. Aktiviti kami pada mulanya tidak mendapat banyak penaja jadi kami terpaksa bertungkus lumus untuk mencari kem yang murah dan ini adalah kem terbaik yang kami dapat dan dekat sehari dua sebelum kami memulakan kem kami mendapat panggilan dari pelbagai syarikat dan orang persendirian untuk menaja aktiviti kami. Alhamdulillah rezeki kami dan semua aktiviti kami di sini tidak menggunakan wang kami langsung. 


Nampak tak chalet dekat belakang zya tu. Itulah chalet yang boleh muat dalam 3 atau 4 orang bagi yang datang dalam kumpulan kecil Seronok sangat sebab betul-betul tepi sungai.Lokasinya untuk datang ke sini korang boleh buka waze jer. sebab zya sendiri pun tidak tahu maklumlah sebab orang yang bawakan. Tapi sebelum pergi pastikan korang buat tempahan dulu yer.

UNTUK TEMPAHAN:-

DR MOHD NOOR - 012-3057161 @ PUAN ZALINAH - 012-9025852 
@ EN. HAFIZ (Pengurus Pemasaran) 013-2563630 (whatsapps sahaja)


Dari Shah Alam bertolak ker Hulu Langat kami mengambil masa 30 minit sahaja kerana aktiviti kami bermula pada hari jumaat selepas solat jumaat jadi sah-sah jalan raya akan jadi jem dan alhamdulillah kami di excort oleh abam-abam polis Bukit Aman sampai ke Kem Herba untuk perjalanan pergi dan balik. Jadi jadual yang kami rancang dapat berjalan dengan lancar dan bermula serta tamat pada waktu yang sepatutnya. Pertama kali seumur hidup di escort terasa macam VVIP semua kereta berhenti memberi laluan kepada pasukan konvoi kami. Wahhh serius rindu kenangan paling manis, suka duka nie. Rasanya setakat ini sahaja entry zya sebelum tu mari la cuci mata sikit lagi tengok gambar aktiviti kami di sini. 


Masing-masing kepenatan tak cukup tidur tapi masih mampu bergelak ketawa kerana sangat enjoy dengan aktiviti di sini. Nampak depan zya air tin bertin-tin. Rezeki dari pihak penaja untuk aktiviti kami.



Ini pula adalah barisan fasilitator merangkap classmate zya. 



Jambatan untuk membawa korang ke tapak kem. 


 Banner Love Charity Camp kami



Para peserta bersama barisan fasilitator, para penaja serta pensyarah-pensyarah fakulti perniagaan Unisel Shah Alam.


##Terima kasih di atas segala kenangan yang telah tercipta di sini dan kita mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita dan harap kita semua dapat membuat reunion seperti ini dan di sini.










SEKIAN!!!!






4 comments:

  1. hai Zya..salam singgah dari komunitibloggerutara=))

    ReplyDelete
  2. sesuai tuk camping reramai tau family day ni

    ReplyDelete
  3. best tmpt mcm ni.. santai dan tenang.. tringt time study dlu..aktif ke sana sni..hee

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe