Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

ASSALAMUALAIKUM 

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Jom semua kita pakat-pakat join Giveaway ni tidak kira anda blogger dari selatan, timur, utara dan barat. Zya adalah salah seorang sponsor untuk Giveaway nie dan semua boleh join dan insya Allah ada rezeki mungkin anda pemenang yang bertuah tu. Good Luck!!!!!


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Tea Boss Perlis | Drink Tea Like A Boss


Tea Boss Perlis | Drink tea like a boss itulah trademark yang digunakan oleh mereka dalam mempromosikan minuman "Tea" serta campuran dengan pelbagai jenis perisa lain. Tea Boss ini sudah mempunyai 10 oulet di semenanjung Malaysia dan di Repoh, Perlis adalah yang pertama di buka dan diuasahakan oleh pasangan suami isteri yang mana suaminya berasal dari Perlis dan isteri daripada Sungai Petani, Kedah. Ini adalah inovasi anak muda meayu yang berpengalaman dalam bidang perhotelan.


Pasangan suami isteri yang menguasahakan Tea Boss Perlis. 

Pada hujung minggu baru-baru ini zya sempat berkumpul dengan beberapa blogger utara dan juga seorang blogger jemputan sofie adie. Walaupun tidak semua yang dapat hadir tapi meriah juga dikalangan kami bila sesekali berkumpul ini. Jadi korang kalau datang Perlis dengan musim panas ini agak sesuai kalau singgah dahulu basahkan tekak dengan tea boss yang mana ada pelbagai jenis perisa mengikut citarasa anda sendiri. 


Bersama Zumal, Arz Moha, Pha Is, Zya dan Sofie Adie serta beberapa rakan dan ahli keluarga masing-masing.

Antara menu yang ada di sini adalah strawbery boss, ice milk green tea vanilla, ice milk coco, apple boss, passion strawberi, ice milk blueberry, ice special coffee latee dan banyak lagi dan semestinya harga di bawah RM10 sahaja dengan gelas yang sangat besar. 


Senarai menu minuman yang ada di TEA BOSS PERLIS


Ini minuman Tea Boss yang kami pilih mengikut citarasa masing-masing.


Ini menu pilihan zya namanya baby berry boss sebab apa zya pilih yang ini sebab warna dan corak dia menarik perhatian zya.hehehe. Gambar credit kepada abg long arz sebab ambil gambar candid nie hahaha. Kalau korang nak tahu apa rasa air ini apa kata korang datang dan rasa sendiri. Zya nak cakap rasa apa pun tak tahu tapi rasa macam ais krim pelangi yang paddle pop tu pun ada juga. hehehe entahlah korang datang rasa sendiri ok. 


Pha is ni nak minum ke nak cari gaduh. hahaha adoi gemuknya orang kat belakang tu.hihihihi



Coffee dengan arz memang tidak boleh dipisahkan. 



Zumal bersama dengan menu pilihan ice milk coco boss. Amboi sakan selfie zya sendiri pun tak ada gambar selfie macam ini.hihihihi

Selain minuman, Tea Boss juga ada menyediakan beberapa menu seperti chicken chop, laksa dan juga soto yang pasti harganya tidak melebihi RM10 ok. 




Laksa pilihan zya sedap woooo bila dah lama zya tidak menghadap laksa utara ni.


 Gambar soto yang mana rasa rempah ratus dalam sup soto dia nie terasa sangat-sangat. 


Chicken Chop bersama dengan sos black paper


Menu sampingan sesuai untuk bagi anak-anak makan

Selain korang dapat minum tea boss, korang juga boleh kumpul 10 cop bagi mendapatkan 1 cawan percuma air tea boss untuk mana-mana perisa pilihan anda. Oleh kerana jumlah kami yang hadir dalam 10 orang jadi kami diberikan air percuma dan zya sendiri yang memilih tea boss sling. Sebab owner tu sendiri yang mengatakan dia selalu rekeman pelanggan dia untuk cuba air nie. Tea boss sling ni adalah gabungan mango, lime dan juga tea memang sedap air ni. Menurut owner tu ramai yang datang akan repeat order air yang sama ni.


Kad untuk korang dapatkan 10 cop dari Tea Boss Perlis.


Tea Boss Sling (mango, lime, tea)


Kalau korang nak datang sini boleh follow alamat kat bawah sini atau sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh cari di sini. 

Alamat Tea Boss Perlis
KM 3, Tanjung Gorah, Repoh
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar Perlis
(Selepas Auto Car Wash dan sebelum Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2)
017-422 7517/ 017-572 0635 Puan Fadzilah
Facebook : tea boss perlis
Instagram : TEABOSSPERLIS


Masa Beroperasi
12.00 PM - 9.00 PM SETIAP HARI
(Delivery sekitar Kangar dan Arau untuk sabtu dan ahad sahaja)



Nanti bila korang dah follow alamat yang diberi cari kedai yang dihadapan dia macam ni dan ianya terletak disebelah car wash dan dekat dengan kedai makan Aura Steamboat. Senang saja nak cari sebab kedai ni tepi jalan sahaja. 



Sebelum balik bergambar dulu dengan blogger utara dan disebelah zya blogger sofie adie yang berasal dari Sarawak. Selalu tengok dia komen blog zya tapi masa ni baru dapat bersua muka. Terima kasih kepada pihak Tea Boss Perlis kerana menjemput kami dan semoga kita dapat berjumpa dan lepak ramai-ramai lagi lepas ni.


Jemput follow review Tea Boss Perlis dari geng blogger Zumal, Sofie Adie, Arz Moha dan Pha Is.







SEKIAN!!!!!






This entry was posted in

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

AGIHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA BB1M 2016 DI UNIMAP


AGIHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA BB1M 2016 | Semua pelajar tahun 2 untuk fakulti perniagaan telah menerima baucer buku hari ini Alhamdulillah terima kasih di atas pemberian ini dan ini kali ke-5 zya mendapat baucer sejak dari zaman diploma dulu sampai masuk zaman degree. Korang tahu apa syarat untuk mendapatkan baucer buku ini? Tak tahu kan, jadi zya nak cerita sikit mengenai baucer buku 1 Malaysia ini siapa sebenarnya yang layak untuk dapat.

Pelajar yang layak menerima BB1M 2016 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2016
  3. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2015Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
  4. Menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah selian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawak akta-akta yang berkuatkuasa
  5. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa
Tempoh Sah BB1M 2016 Dan Kadar Nilai :-

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2016 (tarikh akhir adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan semasa. Sila dapatkan maklumat lanjut melalui institusi pengajian yang terlibat). Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M berjumlah RM250

Cara Mendapatkan Dan Tanggungjawab Menggunakan BB1M RM250:-

  • Setiap pelajar yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan tidak perlu mengemukakan permohonan secara individu, sebaliknya layak menerima BB1M 2016 secara automatik serta akan dimaklumkan mengenai agihan BB1M oleh Institusi Pengajian atau pelajar boleh membuat tuntutan dengan berurusan melalui pihak institusi terbabit jika belum menerima BB1M tahun 2016
  • Sebaik sahaja menerima BB1M tersebut pelajar dikehendaki mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M
  • Pelajar perlu menggunakan BB1M di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M dan kad pengenalan



Baucer buku 1 Malaysia pun sudah berada di tangan sekarang. Jadi tunggu apa lagi jom kita terjah kedai-kedai yang berdekatan anda sekarang dan pastikan kedai itu  menerima baucer buku. Cepat cepat sebelum tamat tempoh dan sah laku baucer buku ni kalau tidak nanti rugi sahaja. 




Sekian!!!!!!





HAPPY BIRTHDAY TO ME | MISS ZYAROSES


Happy birthday to me

Happy birthday to me

Happy birthday to miss zyaroses

Happy birthday to me 

Eh eh nyanyi untuk diri sendiri plak.hahaha 



Alhamdulillah hari nie genap la umur zya yang ke- 25 tahun. Hari ini birthday zya dan hari ini juga demam. Tapi apapun zya bersyukur sangat masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Alhamdulillah masih diizinkan Allah S.W.T untuk bernafas hari ini. Terima kasih kepada ayahanda dan bonda sebab melahirkan dan membesarkan saya. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi zya baik susah atau pun senang. Fuhhh tahun nie zya dapat banyak ucapan cepat-cepat bertemu jodih dan kahwin. Nampak sangat yang kita ni dah semakin tua bila orang doa macam nie.hihihi 

Sebenarnya orang pertama yang sambut birthday zya ini adalah kawan-kawan serumah zya semasa kami bercuti ke Penang seminggu yang lepas. Alahai sweet sangat korang ni buat kejutan dekat air terjun tu. Kenangan yang terindah yang tidak akan zya lupakan. 


Inilah kawan-kawan serumah zya sekarang. Happening sangat bila dengan diaorang ni.

Sebenarnya bukan setakat dapat kejutan dekat Penang saja tapi sehari sebelum birthday pun zya ada dapat hadiah dan kek lagi. Kek yang zya dapat macam gambar yang atas sekali tu dan bunganya di sini.hehehe


Gabungan bunga ros berwarna pink dan kuning. Warna kegemaran dan kena dengan nama zyaroses. hehehe

Sedikit ucapan dan kata-kata untuk diri sendiri :-

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri hihihi...

Doaku di hari lahir ini
Semoga taat dengan perintahNya
Semoga menjadi anak yang baik
Semoga menjadi kakak dan adik yang baik

Semoga menjadi sahabat yang baik

Semoga menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang




Sekian!!!!!








AWAS! STROK HABA BOLEH MEMBAWA MAUT


Strok Haba | Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Fenomena ini adalah disebabkan oleh matahari terletak secara langsing di atas garisan khatulistiwa.

Ulasan dalam akhbar sinar harian 1 Mac, Dr Noor Hisham telah berkata suhu yang tinggi juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan membawa kepada kematian. Terbaru zya mendapat maklumat seorang pelajar diploma di tempat zya belajar meninggal dunia disebabkan strok haba. Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. 

Strok haba atau dikenali sebagai "Heat Stroke" berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41darjah celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah, strok haba sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau kehilangan nyawa.

Oleh itu, penting untuk kita mengambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara merawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda awal strok haba:
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa strok haba:
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen





SEKIAN!!!!




SUMBER : SINAR HARIAN & THE VOCKET

PENCURI HATI | MISSZYAROSES

||

PENCURI HATI | Siapakah gerangan yang telah mencuri hati zya? Jeng jeng semua ini hanya propa saja gara-gara mendengar lagu terbaru dari Ayda Jebat yang bertajuk Pencuri Hati. Zya memang minat si gadis comel nie semua lagu dan lakonan dia zya tengok dan dengar. Pernah jumpa dengan dia sekali masa dekat Stadium tertutup Alor Setar. Ok jom kita hayati lirik lagu pencuri hati dari Ayda Jebat nie.


LIRIK LAGU PENCURI HATI - AYDA JEBAT 


Jam di dinding terus berdetak
Kakiku juga terus berjalan
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti


Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me


Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me


Tak kuasa ku menahan rasa
Hatiku makin semakin berdebar
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti


Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me


Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me yeah


Satu, dua senyum manismu
Tiga, empat mirip matamu
Dengan tawa tawa riangmu
Bikin hatiku jadi rapuh
Si pencuri hatiku
Kau pencuri hatiku


Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me


Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me


Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Say you love me


Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby please don't hate me


Love me, love me oh
Love me, love me (hey close your eyes)
Love me, love me oh
Love me, love me ah


Love me, love me oh
Love me, love me (love me)
Love me, love me oh
Love me, love me


Love me, love me oh ah ah ah




This entry was posted in

Bags Giveaway By Penselduabee


Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 March 2016 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 March 2016. Hanya 8 atau 9 orang pemenang bertuah akan memenangi giveaway ini dan pemilihan dibuat oleh random.org. Dah hadiah pula dihantar kepada para pemenang mengunakanposlaju Malaysia.

Senarai Hadiah

1st Prize
Foldable Versatile Shopper Travel Bag


2nd Prize
Clinique Floral Tote Bag


3rd Prize
Deuter Pouch Bag


4th Prize
Jelita Red Makeup Bag


5th Prize
Vietnamese Flower Embroidered Clutch Bag


6th Prize
Indonesian Foldable PVC Bag


7th Prize
Cadbury Animation Clutch Bag


8th Prize
Turquoise Sequin Coin Bag 

Top Referral
Hadiah Misteri
(Walaupun peserta ada memenangi hadiah di atas, masih boleh dapat hadiah misteri jika dinobatkan sebagai top referral)


Hope peserta jujur & boleh follow semua syarat GA ini. Kalau ada syarat yang tak boleh buat, inform di komen. Jika penyertaan ini tidak melebihi 40 orang, GA ini akan terbatal yea. Dan jika bilangan peserta melebihi personal target saya, saya akan tamatkan GA sebelum tarikh tutup & akan announce pemenang a.s.a.p.


Apapun, wish all of you the best of luck.