AWAS! STROK HABA BOLEH MEMBAWA MAUT


Strok Haba | Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Fenomena ini adalah disebabkan oleh matahari terletak secara langsing di atas garisan khatulistiwa.

Ulasan dalam akhbar sinar harian 1 Mac, Dr Noor Hisham telah berkata suhu yang tinggi juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan membawa kepada kematian. Terbaru zya mendapat maklumat seorang pelajar diploma di tempat zya belajar meninggal dunia disebabkan strok haba. Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. 

Strok haba atau dikenali sebagai "Heat Stroke" berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41darjah celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah, strok haba sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau kehilangan nyawa.

Oleh itu, penting untuk kita mengambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara merawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda awal strok haba:
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa strok haba:
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen





SEKIAN!!!!




SUMBER : SINAR HARIAN & THE VOCKET

5 comments:

  1. tu baru kesan haba yang melampau..Cubalah kita bayangkan hari Khiamat kelak..Matahari lagi dekat dengan kepala kita..Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. salam, hyee! salam kenal & done follow

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe