Tea Boss Perlis | Drink Tea Like A Boss


Tea Boss Perlis | Drink tea like a boss itulah trademark yang digunakan oleh mereka dalam mempromosikan minuman "Tea" serta campuran dengan pelbagai jenis perisa lain. Tea Boss ini sudah mempunyai 10 oulet di semenanjung Malaysia dan di Repoh, Perlis adalah yang pertama di buka dan diuasahakan oleh pasangan suami isteri yang mana suaminya berasal dari Perlis dan isteri daripada Sungai Petani, Kedah. Ini adalah inovasi anak muda meayu yang berpengalaman dalam bidang perhotelan.


Pasangan suami isteri yang menguasahakan Tea Boss Perlis. 

Pada hujung minggu baru-baru ini zya sempat berkumpul dengan beberapa blogger utara dan juga seorang blogger jemputan sofie adie. Walaupun tidak semua yang dapat hadir tapi meriah juga dikalangan kami bila sesekali berkumpul ini. Jadi korang kalau datang Perlis dengan musim panas ini agak sesuai kalau singgah dahulu basahkan tekak dengan tea boss yang mana ada pelbagai jenis perisa mengikut citarasa anda sendiri. 


Bersama Zumal, Arz Moha, Pha Is, Zya dan Sofie Adie serta beberapa rakan dan ahli keluarga masing-masing.

Antara menu yang ada di sini adalah strawbery boss, ice milk green tea vanilla, ice milk coco, apple boss, passion strawberi, ice milk blueberry, ice special coffee latee dan banyak lagi dan semestinya harga di bawah RM10 sahaja dengan gelas yang sangat besar. 


Senarai menu minuman yang ada di TEA BOSS PERLIS


Ini minuman Tea Boss yang kami pilih mengikut citarasa masing-masing.


Ini menu pilihan zya namanya baby berry boss sebab apa zya pilih yang ini sebab warna dan corak dia menarik perhatian zya.hehehe. Gambar credit kepada abg long arz sebab ambil gambar candid nie hahaha. Kalau korang nak tahu apa rasa air ini apa kata korang datang dan rasa sendiri. Zya nak cakap rasa apa pun tak tahu tapi rasa macam ais krim pelangi yang paddle pop tu pun ada juga. hehehe entahlah korang datang rasa sendiri ok. 


Pha is ni nak minum ke nak cari gaduh. hahaha adoi gemuknya orang kat belakang tu.hihihihi



Coffee dengan arz memang tidak boleh dipisahkan. 



Zumal bersama dengan menu pilihan ice milk coco boss. Amboi sakan selfie zya sendiri pun tak ada gambar selfie macam ini.hihihihi

Selain minuman, Tea Boss juga ada menyediakan beberapa menu seperti chicken chop, laksa dan juga soto yang pasti harganya tidak melebihi RM10 ok. 




Laksa pilihan zya sedap woooo bila dah lama zya tidak menghadap laksa utara ni.


 Gambar soto yang mana rasa rempah ratus dalam sup soto dia nie terasa sangat-sangat. 


Chicken Chop bersama dengan sos black paper


Menu sampingan sesuai untuk bagi anak-anak makan

Selain korang dapat minum tea boss, korang juga boleh kumpul 10 cop bagi mendapatkan 1 cawan percuma air tea boss untuk mana-mana perisa pilihan anda. Oleh kerana jumlah kami yang hadir dalam 10 orang jadi kami diberikan air percuma dan zya sendiri yang memilih tea boss sling. Sebab owner tu sendiri yang mengatakan dia selalu rekeman pelanggan dia untuk cuba air nie. Tea boss sling ni adalah gabungan mango, lime dan juga tea memang sedap air ni. Menurut owner tu ramai yang datang akan repeat order air yang sama ni.


Kad untuk korang dapatkan 10 cop dari Tea Boss Perlis.


Tea Boss Sling (mango, lime, tea)


Kalau korang nak datang sini boleh follow alamat kat bawah sini atau sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh cari di sini. 

Alamat Tea Boss Perlis
KM 3, Tanjung Gorah, Repoh
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar Perlis
(Selepas Auto Car Wash dan sebelum Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2)
017-422 7517/ 017-572 0635 Puan Fadzilah
Facebook : tea boss perlis
Instagram : TEABOSSPERLIS


Masa Beroperasi
12.00 PM - 9.00 PM SETIAP HARI
(Delivery sekitar Kangar dan Arau untuk sabtu dan ahad sahaja)



Nanti bila korang dah follow alamat yang diberi cari kedai yang dihadapan dia macam ni dan ianya terletak disebelah car wash dan dekat dengan kedai makan Aura Steamboat. Senang saja nak cari sebab kedai ni tepi jalan sahaja. 



Sebelum balik bergambar dulu dengan blogger utara dan disebelah zya blogger sofie adie yang berasal dari Sarawak. Selalu tengok dia komen blog zya tapi masa ni baru dapat bersua muka. Terima kasih kepada pihak Tea Boss Perlis kerana menjemput kami dan semoga kita dapat berjumpa dan lepak ramai-ramai lagi lepas ni.


Jemput follow review Tea Boss Perlis dari geng blogger Zumal, Sofie Adie, Arz Moha dan Pha Is.







SEKIAN!!!!!






This entry was posted in

8 comments:

  1. Rasa macam nak pi lagi. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  2. uu, dap2 tgh2 pnas ni pekena secawan..

    ReplyDelete
  3. Haha lawak gambar tu - nak minum ke cari gaduh xD

    ReplyDelete
  4. insyaAllah akan ke sana untuk merasa air yang lain lagi....nak chicken chop dia.....sodap!!

    thanks zya...and nice to meet u... :)

    ReplyDelete
  5. panas-panas kena Tea Boss memang lega....

    katanya sebelah malam lebih menarik....

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe