10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA




10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA | Pada zaman sekarang semakin tinggi pendidikan semakin tinggi perbelanjaan dan juga pembiayaan yuran yang diperlukan. Jadi pilihlah bidang pendidikan yang boleh membawa faedah pada masa depan anda jangan terlalu mengejar minat sehinggakan anda tidak mempunyai masa depan kerana salah memilih bidang pengajian di Universiti. 

Kepada adik-adik yang masih tertanya-tanay bidang pengajian apa yang sesuai disini akak zya nak kongsi dengan adik-adik 10 jenis ijazah yang boleh diterima dan mudah untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia. 

Jadi jom semak dulu senarai 10 ijazah yang paling mudah dapat pekerjaan di Malaysia :-

1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)


Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

2. Sains Veterinar (85.3%)

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.


Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seperti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.


Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.


Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

6. Sains komputer (59.1%)
Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.


Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

7. Pendidikan (59.1%)

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.


Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

8. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.


Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

9. Sains matematik (47.1%)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.


Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

10. Pengajian sosial (44.9%)

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Image result for kerjaya pengajian sosial
Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.





Sekian!!!!


Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Dunia Zumal
AUTHOR
10 April 2016 at 01:41 delete

Dulu macam salah ambil course ja. Huhu...

Reply
avatar
10 April 2016 at 01:57 delete

hahaha.. salah ambik course.. klu tau awal2 vet ni besh.. mmg awal2 ambik vet.. xla jadi cmni.. level pembantu je.. ahahaha

Reply
avatar
Eeca Shyaa
AUTHOR
10 April 2016 at 04:04 delete

mahalnya yang first sekali tu. harap2 yg nak sambung study tak tersalah pilih course. kena cari yg senang cari kerja

Reply
avatar
husna zahidi
AUTHOR
11 April 2016 at 17:32 delete

husna no8 tp bahagian operation..:)

tp belajar apa pon kalau xdak usaha nak majukan diri tak guna jugak..:)

Reply
avatar
CikSiti
AUTHOR
12 April 2016 at 00:17 delete

saya no 5..tapi sekarang kerja human resource he he dan marketing

Reply
avatar
Rafie YS
AUTHOR
12 April 2016 at 03:04 delete

alamak.. cam takde dalam senarai je..

nway salam kenal dari Rafie #245

jom baca info batuk kat sini http://sihatcun-rafie.blogspot.my/2016/04/batuk-tanda-sistem-pertahanan-badan.html

Reply
avatar
Asa Loan
AUTHOR
14 March 2017 at 09:55 delete

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Reply
avatar

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe EmoticonEmoticon