PENCARIANKU KINI TELAH BERAKHIR




PENCARIANKU KINI TELAH BERAKHIR | Alhamdulillah setelah berminggu-minggu bertapa dan kini kembali dengan tajuk entry Pencarianku Kini Telah Berakhir. Apakah yang berakhir itu? Adakah pencarian jodoh ? bakal imam ? bakal suami ? Oh tidak sama sekali, sebab masih terlalu panjang perjalanan hidup untuk ditempuhi. 

Sebenarnya pencarian yang berakhir itu pencarian tempat praktikal untuk cuti semester akan datang.hehehehe saja zya buat suspens sikit letak gambar macam tu. Ha baru korang terkejut kan.hehehe. Pernah tak korang baca entry zya yang bertajuk "BERMULANYA SEMESTER BARU | PENCARIAN UNTUK "INCUBATOR PROGRAMME". Entry nie sambungan daripada entry tu.

Akhirnya segala penat lelah bertungkus lumus cari, call antar resume sana sini membuahkan hasil. Syukur sangat zya dapat tempat praktikal dekat dengan keluarga jadi tak risau sangat nak balik raya jauh-jauh. Apa yang seronoknya praktikal kali ni zya dan dua orang housemate dapat tempat yang sama. Sebelum ni masa diploma pernah juga praktikal tapi seorang diri tak kenal sapa-sapa pun. Tapi kali nie jauh berbeza sebab syarikat tu pilih kami bertiga. 

Alhamdulillah rezeki sebab ada juga pelajar lain minta secara berkumpulan dekat sini tapi yang terpilih adalah kami bertiga. Jangan ingat syarikat nie terus pilih kami macam tu saja yer. Kami juga dipilih melalui interview dan yang uniknya interview tu dibuat melalui telefon sahaja. Nasib baiklah dapat jawab semua soalan dia dengan baik dan jayanya. Soalan yang paling zya suka dengar dia kata kalau nanti kena travel pergi luar boleh tak pergi. Ha dengan laju zya kata boleh. Travel kan sapa yang tak suka kena pergi travel.hehehe


Surat maklum balas dari pihak syarikat dan tiga senarai nama yang teratas itu adalah kami. Yeeeaahhh tak sabar sebenarnya nak mula praktikal di tempat baru dengan dunia dan pengalaman  yang baru. Syarikat tempat kami praktikal tu bawah Kedah Halal Park namanya Secret Barn SDN BHD dekat Sungai Petani, Kedah jer. Terima kasih kepada pihak syarikat Secret Barn sudi terima kami dan terima kasih juga kepada koordinator kami Sir Juraij sebab terima pilihan kami di sini. Korang doakan zya dan kawan zya dapat membuat yang terbaik melalui ilmu yang kami ada di syarikat ini dan nantikan entry zya pasal syarikat dan pengalaman praktikal nanti pada bulan 6 nie.


Zya bersama dengan housemate zya kecoh kalau ada kami bertiga nie. Jangan bergegar satu office tu dengan gelak tawa kami dah la.hahahaha Ok setakat nie dulu sekarang fokus untuk final exam 2 minggu lagi dari sekarang. Wish me luck ;-)










SEKIAN!!!!!







10 comments:

  1. congrats! n selamat berpraktikal yer

    ReplyDelete
  2. bukan main seronok dia ya dapat segeng! hahaha jangan buat onar. kang runtuh opis dengan gelak hampa. hahaha good luck dan tahniah zya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha mestilah seronok.hik3 btw terima kasih eyja.

      Delete
  3. tajuk ciplak.. x aci.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xperasan mungkin suratan kebetulan tapi yg pasti pencarian 2 bukan gadis bertdung biru ok.hahahha

      Delete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe