MAHA 2016 MENCAPAI KEJAYAAN YANG LUAR BIASA


Sebut saja pasal MAHA pasti ramai usahawan-usahawan dan orang ramai ingin menyertai dan berpusu-pusu ke sana. Pameran MAHA ini diadakan dua tahun sekali jadi bagi MAHA untuk tahun 2016 ini telah pun diadakan bermula pada 1 Disember dan melabuhkan tirainya pada 11 Disember yang lalu. Namun bahangnya masih terasa kerana sehingga kini orang masih menyebut mengenainya. Pada masa inilah semua peniaga-peniaga mahu memperkenalkan produk terbaru mereka kepada orang ramai dan bagi pengunjung pula di sini tempat untuk mereka mendapatkan pelbagai jenis barang yang jarang mereka temui.



Selain itu MAHA 2016 yang dijalankan pada musim cuti sekolah adalah amat sesuai untuk pengunjung meluangkan masa bersama keluarga.Di pameran MAHA telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk setiap peringkat umur, tak kira kecik, besar tua muda jadi setiap pengungjung yang datang akan sentiasa di sajikan dengan aktiviti yang menarik dan tidak membosankan. Walaupun zya tidak pernah lagi menjejakkan kaki kesana kerana setiap kali diadakan MAHA ini mesti zya tengah sibuk dengan final exam jadi zya dengar pengalaman dari rakan-rakan zya sahaja. Salah seorang rakan zya dah menyertai pameran MAHA ini sejak 2014 sampai la ke MAHA 2016 ini untuk memperkenalkan produknya. Alhamdulillah murah rezeki rakan zya itu serta usahawan-usahawan yang lain. 



Pada MAHA 2016 ini tidak dijangka dengan penglibatan daripada pelbagai agensi, syarikat dan para peniaga semasa pameran ini dijalankan ianya telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 3.7 juta orang. Jumlah ini adalah melepasi sasaran yang mana mereka menganggarkan seramai 3 juta orang pengunjung sepertimana pada tahun 2014 dahulu. Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan dan ada antara pengunjung yang datang menyarankan agar MAHA pada akan datang dilanjutkan lebih panjang lagi tempohnya. Dari situ kita mendapati bahawa orang ramai sangat berminat dengan aktiviti pameran sebegini di Malaysia. 











Lihat sahaja dari gambar-gambar ini kemeriahan aktiviti yang terdapat di MAHA 2016. Zya berharap pada MAHA yang akan datang zya datang pergi menyertai serta alami sendiri pengalaman di pamera MAHA MEAPS Serdang ini. Sekalung ucapan Tahniah atas pencaipan jumlah pengunjung yang memberansangkan buat MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism) 2016, MAEPS Serdang.  


MINYAK YU YEE CAP LIMAU PILIHAN GENERASI ZAMAN BERZAMAN



Hai semua pernahkan anda dengar mengenai Minyak Yu Yee Cap Limau ini? Para ibu bapa pasti kenal dan menggunakan produk ini kerana ia amat sesuai untuk bayi yang kembung perut. Tetapi ianya bukan sahaja untuk bayi, orang dewasa pun menggunakannya. Ini termasuklah zya yang telah menggunakan Minyak Yu Yee nie sejak diperkenalkan oleh kawan zya semasa zaman diploma dulu. Sewaktu itu, zya tengah sakit senggugut dan Hana( kawan zya) mencadangkan zya untuk menggunakan minyak ini.Memang selesa sangat dan sehingga sekarang zya menggunakannya dan wajib dibawa kemana sahaja bersama zya kerana keadaan fizikal botol yang comel itu amat memudahkan untuk diselitkan di dalam beg tangan.

Antara kegunaan lain yang boleh digunakan dengan Minyak Yu Yee ini adalah ianya dapat membantu meredakan nyeri sendi, sakit perut, perut kembung, rasa mual dan juga hidung tersumbat kerana flu. Minyak ini tidak panas kerana dia berangin jadi amat sesuai untuk disapukan kepada kanak-kanak. Tertapi minyak ini hanya untuk pemakaian di luar badan sahaja dan perlu dihindari dari mata. Perlu dijauhkan dari kanak-kanak serta jangan digunakan pada luka yang terbuka atau luka yang melecet. 


Kandungan bahan yang digunakan dalam Minyak Yu Yee Cap Limau ini

Peppermint Oil 36.0%
Clove Oil 2.6%
Menthol 1.6%
Nutmeg Oil 0.6%
Borneol 1.0%
Cortex Cinnamomi 1.0%
Resina Calamus Draco 1.0%
Light Liquid Paraffin q.s 100%



Korang yang masih tidak tahu Minyak Yu Yee ini sebenarnya telah disahkan Halal oleh pihak JAKIM jadi tidak perlulah ragu lagi untuk digunakan bagi seisi keluarga. Minyak ini perlulah disimpan di tempat yang kering dan hindari dari terkena sinaran matahari. Korang boleh dapatkan Minyak Yu Yee Cap Limau ini di pasaraya atau kedai yang berdekatan dengan korang mengikut saiz yang ada iaitu dari 10 ml, 22 ml dan 48 ml.


This entry was posted in

LOKASI PERCUTIAN IDAMANKU | #MyTravelokaEscapade

Bahagianya kalau dapat meluangkan masa pergi bercuti kan. Memandangkan tahun 2016 ini zya terlalu sibuk tak sempat nak pergi bercuti mana-mana pun. Setakat berulang-alik ke kampung dari Perlis dan Penang saja dan bukan kata nak bercuti nak makan pun boleh sampai terlupa ini dah kes sibuk teruk ini. Jadi zya bercadang tahun depan nak bercuti untuk tenangkan fikiran bila memikirkan tahun depan dah tahun akhir pengajian. Jadi inilah peluang zya untuk berjalan-jalan nanti sudah masuk alam pekerjaan dah payah untuk pergi bercuti. 

Lokasi mana menjadi idaman zya jika traveloka bagi pilihan ?


Jawapan zya semestinya Sabah kerana dah lama zya ingin melawat pulau-pulau di Sabah yang cantik tu. Pulau yang zya teringin sangat pergi tu ialah Pulau Mabul yang mana pemandangan dia sangat memukau. Tapi kalau dapat pergi pulau lain selain dari Pulau Mabul pun zya dah tak kisah janji dapat melancong ke Sabah.


Pulau Mabul 


Rindu si mek ct bertudung kuning yang menetap di Sabah.

Selain itu, zya boleh berjumpa dengan kawan serumah masa belajar di Shah Alam dulu yang tinggal di Sabah. Dah lama sangat tak berjumpa dengan dia memandangkan jarak kami yang sangat jauh untuk bertemu. Diharap jika diberi peluang oleh #MyTravelokaEscapade kepada zya dapatlah zya memenuhi percutian idaman dan impian zya ini melalui khidmat traveloka.

Tahukah anda dengan traveloka ini kita dapat mengetahui hotel, chalet, dan juga tiket penerbangan dengan harga yang murah. Kita boleh mencari dan membandingkan harga mana yang kita mahu mengikut kemampuan bajet yang kita ada. Jadi ini memudahkan kita untuk melancong ke destinasi idaman dengan kadar bajet yang kita ada. Menarik sangat zya sendiri pun dah teruja nak tunggu untuk pergi bercuti ni korang tunggu apa lagi jom ke www.traveloka.com.my dan teroka setiap inci yang ada dalam website ini.


Sekarang traveloka tengah buat contest dan kalau ada rezeki dapatlah zya pergi bercuti ke Sabah dan dapatlah zya berkongsi dengan korang semua. Doakan zya berpeluang memenangi percutian idaman zya ini okay.hehehe









Giveaway 12-12 by SharkBurn Malaysia


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dibawakan oleh @Sharkburnmy dengan kerjasama Mohd Noor Shawal's Blog

Tamat: 13 January 2017

LAZADA ONLINE REVOLUTION 2016



Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia

MALAYSIA, 3 November 2016 – Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.

“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujar En. Ressel di hujung kata.

Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.  Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.



Apa itu “Online Revolution” Lazada?

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari. “Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Apa itu Lazada Group?

Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.



This entry was posted in

MELENTIKKAN BULU MATA ANDA DENGAN PSK PANORAMIC MASKARA by BFF



MELENTIKKAN BULU MATA ANDA DENGAN PANORAMIC MASKARA | Zaman sekarang semua orang nak kelihatan cantik lagi-lagi di bahagian mata yang sangat memainkan peranan peting untuk kelihatan lain dari yang lain. Apabila mata itu disolek dengan cantik akan menampakkan keserian di wajah seseorang itu. Maskara adalah salah satu alat solek yang penting dan pemilihan maskara mestilah dititikberatkan supaya maskara tersebut tahan lama dan tidak akan menampakkan kecacatan pada solekan pada bulu mata kita. 


Di sini zya nak kongsi dengan korang satu maskara dari jenama BFF yang diberi nama PSK Panoramic Mascara. Maskara ini best sangat pakai sebab berus dia tu tidak terlalu panjang dan agak gemuk di depannya sesuai untuk membentuk dan membentuk bagi orang yang mempunyai bulu mata nipis yang macam zya ini. Jadi senang untuk zya pakai dan tidaklah comot sana sini. Banding dengan maskara lain yang zya pakai mesti akan jadi comot sebab susah untuk kenakan dengan bulu mata zya yang nipis ini. Pertama kali zya dapat produk ini terus zya jatuh hati sangat bila tengok fizikal dia seperti yang zya kehendaki. Sudah lama zya tercari maskara yang sesuai dengan bulu mata zya ini. Harga untuk Panoramic Mascara ini ialah RM68.00 dan tahan lama serta mudah untuk korang bawa dan letak dalam handbeg korang tu. 

Zya cadangkan korang patut mencuba satu untuk mengetahui akan kelebihan dan keistimewaannya. Harganya berpatutan dan tahan lama. Maskara ini juga direka untuk menghasilkan bulu mata yang menakjubkan. Selain itu, maskara ini juga adalah jenis yang kalis air dan anti kotor dan membuatkan ia lebih sesuai untuk dipakai apabila ada aktiviti luar. Maskara ini adalah jenama baru yang eksklusif dan kesannya adalah tahan lebih lama dari maskara yang biasa zya gunakan. 



Jadi apa tunggu jom ke sini untuk memiliki satu Panoramc Maskara ini di BFF.com atau klik di SINI . BFF.com bukan setakat menjual maskara tetapi turut menjual pelbagai mekup, skincare, produk untuk rambut dan juga penjagaan badan dari berpuluh jenama yang terkenal.Jadi korang boleh membuat banyak pilihan disini dengan hanya dihujung jari sahaja dan barang tersebut akan sampai ke depan pintu rumah anda. 

Jangan lupa klik SINI yer untuk dapatkan pelbagai produk kecantikan dan sebagainya dengan BFF.com.







Sekian.




This entry was posted in

6 WEBSITE YANG WAJIB KITA LAWATI.





Assalamualaikum hai semua hari ini zya berkelapangan untuk berkongsi satu entri yang sangat berguna untuk semua. Zya nak kongsi beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. Zaman sekarang sudah terlalu banyak website yang berkembang bagaikan cendawan selepas hujan. Pada tahun 2014 sahaja sudah mencatatkan lebih kurang 1 billion website dan blog yang telah digunakan. Pasti and semua terkejut bukan? Ini kerana 1 billion bersamaan denga 1000 juta dan dalam sejuta terdapat sebanyak seribu kali. Telalu banyak website sehinggakan kita tidak tahu yang manakah wajib berguna untuk kita ataupun bukan. Jadi di sini zya kongsikan website yang telah memberi manfaat kepada ramai orang.

Related image

Jawatan kosong 

Laman web nie sesuai bagi korang yang sedang atau ingin mencari peluang pekerjaan. Website ini juga snagat berguna untuk zya kerana memandangkan zya sekarang sudah berada di tahun akhir pengajian jadi sudah tiba masa untuk mengintai dan mencari peluang-peluang pekerjaan. Government.my ini menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.

Jawatan kosong kerajaan 

Laman web JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x sebab kita ni kerja blogger je.

Kerja Kosong

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.

Saps Ibu Bapa 

Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.

APDM 

Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.


Hrmis2 

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Sekian sedikit maklumat yang sempat zya kongsi dengan korang dan diharapkan perkongsian zya kali ini dapat membantu korang dalam mencari beberapa maklumat yang berguna. Selain itu, ianya dapat memberi pengetahuan kepada korang ataupun rakan-rakan yang bertanya akan beberapa website yang boleh menjadi rujukan apabila diperlukan, 







Sekian.
This entry was posted in

WANGIAN TERBARU SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE


Assalamualaikum tahukah anda bahawasanya Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia baru-baru ini iaitu Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.

Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

Haute Couture 

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
Femme Chic 

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
Celebrite

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.


Glam Star 

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasi hanya untuk acara-acara istimewa.















Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.














This entry was posted in