MAHA 2016 MENCAPAI KEJAYAAN YANG LUAR BIASA


Sebut saja pasal MAHA pasti ramai usahawan-usahawan dan orang ramai ingin menyertai dan berpusu-pusu ke sana. Pameran MAHA ini diadakan dua tahun sekali jadi bagi MAHA untuk tahun 2016 ini telah pun diadakan bermula pada 1 Disember dan melabuhkan tirainya pada 11 Disember yang lalu. Namun bahangnya masih terasa kerana sehingga kini orang masih menyebut mengenainya. Pada masa inilah semua peniaga-peniaga mahu memperkenalkan produk terbaru mereka kepada orang ramai dan bagi pengunjung pula di sini tempat untuk mereka mendapatkan pelbagai jenis barang yang jarang mereka temui.



Selain itu MAHA 2016 yang dijalankan pada musim cuti sekolah adalah amat sesuai untuk pengunjung meluangkan masa bersama keluarga.Di pameran MAHA telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk setiap peringkat umur, tak kira kecik, besar tua muda jadi setiap pengungjung yang datang akan sentiasa di sajikan dengan aktiviti yang menarik dan tidak membosankan. Walaupun zya tidak pernah lagi menjejakkan kaki kesana kerana setiap kali diadakan MAHA ini mesti zya tengah sibuk dengan final exam jadi zya dengar pengalaman dari rakan-rakan zya sahaja. Salah seorang rakan zya dah menyertai pameran MAHA ini sejak 2014 sampai la ke MAHA 2016 ini untuk memperkenalkan produknya. Alhamdulillah murah rezeki rakan zya itu serta usahawan-usahawan yang lain. 



Pada MAHA 2016 ini tidak dijangka dengan penglibatan daripada pelbagai agensi, syarikat dan para peniaga semasa pameran ini dijalankan ianya telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 3.7 juta orang. Jumlah ini adalah melepasi sasaran yang mana mereka menganggarkan seramai 3 juta orang pengunjung sepertimana pada tahun 2014 dahulu. Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan dan ada antara pengunjung yang datang menyarankan agar MAHA pada akan datang dilanjutkan lebih panjang lagi tempohnya. Dari situ kita mendapati bahawa orang ramai sangat berminat dengan aktiviti pameran sebegini di Malaysia. 











Lihat sahaja dari gambar-gambar ini kemeriahan aktiviti yang terdapat di MAHA 2016. Zya berharap pada MAHA yang akan datang zya datang pergi menyertai serta alami sendiri pengalaman di pamera MAHA MEAPS Serdang ini. Sekalung ucapan Tahniah atas pencaipan jumlah pengunjung yang memberansangkan buat MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism) 2016, MAEPS Serdang.  


3 comments:

  1. Wow!! Memang ohsem betul MAHA kali nie..

    ReplyDelete
  2. Kami sempat pergi kat kwsn luar yg kat lembu sado tu je..anak2 dh ngamuk last2 mkn terus balik hihi

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe