SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.


“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.


Related image

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya.

Anti Dandruff

Hitam Menawan

Itch Kontrol

Kawalan Rambut Rosak

Licin Terurus

Penyegar Kulit Kepala

Untuk Wanita Bertudung

Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI. 


Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube Safi dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI  , laman Instagram SAFI dan laman web SAFI www.safi.com.my
This entry was posted in

Lirik Lagu OST Drama Mencintaimu Mr. Photographer | Jampi by Hael Husaini

Image result for mencintaimu mr photographer

Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah


Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selama Kau milik ku

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Dan Bila
Ternyata Kau yang aku cintai


This entry was posted in

RASAI BUFFET RAMADHAN SEWAKTU BERBUKA PUASA DI FLAMINGO BY THE BEACH, PENANG


Assalamualaikum, hi semua pembaca harap belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Seperti biasa bila tiba bulan ramadhan aku akan tetap berada diperantaun dan hanya beberapa hari sahaja sempat berbuka bersama keluarga serta kawan-kawan. Tapi ada juga yang menjadi kelainan tahun ini apabila aku dijemput untuk berbuka puasa di Flamingo Hotel By the Beach, Penang. 


Berbuka puasa di hotel menu yang ditawarkan mestilah semuanya yang menarik dan pelbagai pilihan sama ada dari segi kuih-muih, lauk-pauk, air yang bermacam jenis air dan lain-lain lagilah. Aku tak mau bebel banyak apa kata jom kita terjah tengok antara menu yang disajikan oleh pihak Flamingo Hotel ini pada bulan puasa. 

Bagi yang suka selera kampung disini juga ada disediakan pembuka selera seperti ulam-ulaman dengan sambal belacan (ulam raja, pegaga, daun selum, kacang kelisa, tomato, kacang panjang, timun dan sebagainya).

Pembuka selera

Sotong kangkung
Gado-gado berkuah kacang
Ayam pandan goreng
Samosa ubi goreng





 Ulam-ulaman

Sambal

 Cencaluk
Sambal belacan
Sambal tempoyak
sambal nyor
Budu
Sambal kicap dengan bawang

Setelah seharian berpuasa tu mestilah kita nak isi perut dengan makanan yang berat seperti nasi bersama dengan lauk-pauk yang menyelerakan. Jadi Flamingo Hotel turut menyediakan lauk seperti ayam kurma berkentang, ketam masak masam pedas, pais ikan daun pisang, gulai kawah daging, udang masam masam manis, nangka muda masak kari dengan ikan biis, dalca kambing, telur soseg, nasi beriyani, nasi putih dan juga bubur lambuk daging.

Nasi beserta lauk pauk


Nasi Beriani 


Telur soseg


Ketam masak masam pedas


Udang masam masam manis

Sekarang jom kita menjenguk pula bahagian kuih muih yang mana terdapat pelbagai aneka kuih-muih melayu, puding mangga, puding santan, sagu gula Melaka, agar-agar pandan, pengat pisang, jeli buah-buahan, buah kurma dan juga buah-buahan tempatan sebagai pencuci mulut. 

Aneka Kuih Muih 






Antara beberapa kuih tradisional yang menjadi tarikan aku masa ni. Bulan puasa saja yang kita senang nak dapat kuih-muih yang susah untuk kita dapat pada hari biasa nantikan. 




 Buah-buahan


Selain menu diatas terdapat juga menu sampingan yang seperti Laksa Kedah istimewa, lemang dan ketupat kukus yang dimakan bersama dengan daging dan serunding daging, tandoori ayam golek dengan bawang jeruk, raita dan sambal pudina, daging ala Mongolian bbq dan juga ais kacang. Serius semua makanan yang disediakan disini sedap dan aku sangat suka daging ala mongolian bbq tu. 

Lain-lain









Buffet Ramadan 2017 ini adalah berharga RM75 untuk hari biasa dan hari minggu (Fri ~ Sun) adalah RM85 termasuk sekali ada kambing sekoq tau.memandangkan aku pergi pada hari biasa jadinya tidaklah dapat merasa kambing sekoq.Ha korang janganlah lepaskan peluang ni cepat-cepat pergi tempah meja dah sekiranya korang nak beli vaucher korang boleh dapat pada harga RM55 & RM65




Sekiranya korang berminat dan ingin mencuba sendiri pengalaman berbuka puasa di Flamingo By the Beach Penang korang bolehlah rujuk maklumat di bawah ini.


Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, 
11200, Tanjong Bungah, 
Pulau Pinang, 
Malaysia

04-8927167




This entry was posted in

PERTAMA KALI-SHA


Akhir-akhir nie kerap betul lagu nie berkumandang di radio dan dari situ la aku mula dok layan ja lagu nie sampai jadi lagu wajib dengar sebelum nak tidur tu. Errmmm entah kenapa akhir-akhir nie aku rasa down sangat. Apa pun jom kita layan lagu nie korang dengarlah sendiri bagi aku best tapi korang tak tahulah sebab citarasa nie lain-lain kan.


Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum

Pertama Kali
Ku Rapat denganmu
Baruku tahu kau
Amat bermakna padaku

Aku tahu kau sudah berpunya
Tapi Ku sanggup menunggu selamanya
Hingga kini aku menanti
Mengapa Sikit engkau tidak mengerti

Mengapa Kini engkau berbagi
Aku Disini tetap akan menanti
Puasku Rayu puas memujuk
Kau Tetap dengan egomu untuk meninggalkan ku

Waktu Kau rapuh aku yang kau tuju
Bila Ku merindu kau pergi menjauh
Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu

Betapa Indahnya
Bila Kau senyum
Aku Tahu ku bukan pilihanmu
Tapi Ku tahu ku hanya cinta kamu

Pertama Kali
Ku Dilukai


This entry was posted in

ECO-FRIENDLY RACK



Assalamualaikum hai semua pembaca blog zya lama kan tak update entri kalau dulu selalu jap kerap buat entri. Sekarang tengah sibuk siapkan final year projek tu blog pun agak terabai sikit tapi insyaallah lepas habis selesai semua ini aku akan kembali bergiat aktif. Di sini aku nak kongsi dengan korang produk yang aku pilih untuk business plan nanti.

Produk ni sebenarnya rak pinggan yang ada dwi fungi dimana boleh menyimpan pinggan selepas di basuh dan air yang mengalir dari pinggan boleh terus menitik kebawah dan seterusnya disalurkan kepada pokok tersebut. Jadinya air tu tak la membazir ke mana-mana dan rak pinggan korang pun pasti bersih tak kotor dan berlumut. Kalau tak nanti penuh jentik-jentik membiak. 

Kalau aku pasarkan produk ni ada tak yang nak membeli yer? hehehe Jom kita tengok dengan lebih lanjut produk tersebut.









SEKIAN





This entry was posted in

THE LAWN CAFE MENJADI KAWASAN PHOTOSHOOT TERBARU DAN TERCANTIK DI PENANG

Sumber gambar diatas adalah dari carian google

THE LAWN CAFE MENJADI KAWASAN PHOTOSHOOT TERBARU DAN TERCANTIK DI PENANG | Hai semua pernah tak korang tengok dekat facebook atau instagram mengenai tempat yang cantik untuk bergambar ini? Bagi korang yang memang minat bergambar ini pasti korang tercari-cari akan tempat seperti ini kan. Jadi meh sini aku nak kongsi dengan korang dimana tempat menarik ini. Kawasan ini sangat sesuai untuk membuat sebarang photooshoot, lagi-lagi untuk photoshoot gambar wedding kan perghh mesti cantik la. 

Memandangkan aku suka juga bergambar gagah juga p cari tempat ni lepas p makan kat mcd sebelah Penang Times Square tu. Hahaha jauh tak aku p cari mcd tu macam la dekat seberang perai tak ada mcd kan.hahaha puncanya sebab mcd tu ala-ala bangunan lama gitu tu yang tertarik teringin nak p sana. Bangunan mcd tu nanti korang google sendiri la erkkk sebab aku nak fokus dekat The Lawn Cafe ni sebenanrnya.hehehe


Sebenarnya aku tak tau pun tempat ni dekat mana jadi dengan bantuan encik waze la yang membawa kami sampai ke sini.hehehe Korang taip jer The Lawn Cafe, Paya Terubong, Penang. InsyaAllah dia akan bawa korang terus ke sini.Bila dah sampai tu dari jauh korang akan nampak pintu gerbang ini tau. Eh eh nanti dulu bila dah sampai jangan terus masuk dekat pintu gerbang ni. Nanti tak pasal kena marah dengan si pak guard tu.hahaha korang parking jer kenderaan korang dekat area sini dah korang masuk lorong sebelah Ecoworld macam dalam gambar di bawah ni,

 Sumber gambar carian google




Korang cari dulu kawasan ni, ala senang jer sebab perkataan Ecoworld Gallery ni dari jauh dah nampak pun. Ok bila dah jumpa tu bermakna korang berada di temat yang betul So, apa lagi jom kita mula teroka tempat ini. Memandangkan aku pergi pun dah lewat petang dengan cuaca pun redup nka hujan jadi tidak banyak gambar yang sempat diambil. Meh la cuci mata korang tengok gambar yang diambil dengan handphone cokia ja.huhuhu tak mampu guna kameera canggih mangih tu...hihihihi







Korang kena berjalan kaki masuk ke dalam baru jumpa sebuah cafe yang agak sederhana kecil tapi comel nampak hipster gitu.hehehe. Cantik tak cantik tak??? hehehe belum masuk dalam pun dah nampak cantik dengan kehijauan rumput di situ. Sekarang jom kita terjah kawasan dalamnya pula.


Tadaaa dah jumpa dah The Lawn Cafe yang tersergam indah di tengah-tengah taman yang penuh kehijauan ini.hihihi Ambik kau berpuitis pula aku.hahhaha. Masa aku datang ni aku tak masuk pun dalam cafe nie sebab tangki dah penuh makan mcd sebelum tu, So kami datang untuk tinjau kawasan dan ambik gambar sahaja. Jom la tengok serba sedikit gambar yang sempat aku dan si bodyguard tak berbayar ini berposiing sakan.hahaha 


Kekok la tak reti nak possing sejak-sejak dah membesar dengan jayanya ni.hahahhaa


Layankan jer la dah dia nak sangat possing macam nie.hahhaha

 Ni dekat kawasan luar cafe, sekitar dia ada bantal beg macam nie banyak.Korang boleh lepak-lepak sambil menghirup udara di luar.Aku cadangkan korang pergi waktu petang sebab kurang sikit panas tu. Kalau korang pergi waktu tengahari buta dan duduk lepak sini korang cari penyakit dan terbakar kulit tu.Kalau korang jenis tak kisah semua tu, tak apa la kan.hehehe.



Cantik pula gambar style macam ni tapi bila aku suruh dia amik kat aku hasilnya macam nie 


Tak apa la sis redho.hahhaha Paham jer penat kot dia drive nak ke sini jalan agak berliku-liku untuk pemandu yang gagap-gagap macam aku ni memang tak kan sampai dah la.hahaha 



Okay rasanya setakat ini saja perkongsian dari aku untuk korang.Kalau korang nak pergi boleh jer rujuk alamat dekat bawah ini. 


PT2509, Jalan Paya Terubong, 11060 Penang, Malaysia
Waktu Operasi: 10:00pagi - 8:00malam (Setiap hari)

Ciptalah sebuah moment yang terindah dengan sebuah gambar yang mampu membawa seribu juta kenangan yang paling indah dalam kehidupan. 

This entry was posted in