BURGER PENGGANTI KEK DI HARI JADI | MARVELS CAFE, PERLIS


Happy birthday to you..... Happy birthday to you.... Happy birthday to youuuuu.. yyeeeaahhh dah masuk umur baru sekarang. hehehe eh eh eh jangan salah anggap bukan birthday zya yer tapi kawan zya. Hari tu kami ada buat rancangan untuk menyambut birthday party untuk bff kami dan kami tak nak beli kek sebab kerap sangat asal birthday jer mesti beli kek. Kesudahannya kek tu tak habis pun. Jadi kami terpikir untuk buat lain dari yang lain iaitu burger yang siap ada gambar kami berempat. Puas mencari sana sini dan akhirnya zya terjumpa Marvels Cafe dan terus pm owner cafe (kak wani) zya terang apa yang kami nak dan terus set date untuk buat surprise birtday party tu. Senang sangat bekerjasama dengan kak wani yang ramah dan memang mesra pelanggan. Jom kita tengok apa kesudahan suprise birthday party kami nie.


Muka ketawa bahagia sebelum bertukar tragis dan suram.hahaha dia tak tau lagi masa nie masih blurr.hahahaha



Ha bila burger dah sampai mata dah mula berair sampai tak tahan sebak.hihihi touching la tu kan dia ingat kami lupa birthday dia.hihihihi. Siap dapat hadiah birthday hasil kreativiti kami bertiga sehari suntuk buat box nie.hehehehe



Cara nak buat box nie korang boleh tengok dekat youtube jer.


Sampai nak potong burger pun sebak lagi.hahhaha 


Dah bahagi muka masing-masing tapi sayang pula nak makan muka sendiri nie.hahaha Sampai berkerut-kerut muka tu ha.hihihihi




Cafe ala hipster yang tengah menjadi tranding sekarang memang selalu di cari oleh pelanggan pada zaman sekarang dan sekiranya korang berminat boleh la datang ke sini. Sebab cafe ini juga ada menyediakan pelbagai menu lain seperti 


Cheezy Chicken Grill


Marvels Lamb Chop


Meatballs


Hulky Nasi Lemak


 Nasi Goreng


Spaghetti Aglio Olio Seafood


Batman Coffee


Bandung 3 layer


Marvels detox


Marvels Durian Shake


Mocha Mokieee


Kalau korang tak nak burger bergambar pun boleh.Korang boleh order burger macam nie ikut warna yang korang suka tapi pastikan korang order awal yer.Bukan esok nak hari nie baru order kesian nanti dekat owner nie. Selain itu, menu yang paling special dekat sini adalah 


Hulk Platter dan hidangan ni boleh dimakan untuk empat orang dan harga termasuk sekalii dengan air empat gelas.


Sekiranya korang berminat untuk membuat sebarang majlis sama ada birthday part, anniversary atau sebagainya boleh kunjung ke Marvels Cafe di Perlis ini dan lokasi dia terletak di Beseri, Perlis jalan menghala ke Padang Besar dan cafe nie betul tepi jalan sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk maklumat di bawah ini 

Alamat: No 53-A3, KM 8.5 Beseri, Perlis, Malaysia

Hubungi:  011-1470 0733

Facebook page : Marvels Cafe

Facebook owner : Wani Homemade


Terima Kasih kak Wani menyempurnakan suprise birthday party seperti yang kami inginkan. Sekian sahaja entri zya mengenai Marvels Cafe dan harap maaf gambar over dari cerita sebab excited tengok menu dia semua sedap-sedap tau.hihihi Akhir kata "Jom semua orang Perlis kita serbu ke Marvels Cafe ini".







Sekian






This entry was posted in

KENAPA PERLU MEMILIKI MINYAK YUU YEE CAP LIMAU INI?

Sedang leka study untuk final exam tetiba tengok housemate sorang nie berkerut-kerut dahi sambil menahan sakit di perut. Sekejap bangun sekejap duduk sekejap terbaring, zya tengok pun tak senang nak study. Lalu terus tanya "kau dah kenapa macam kucing nak beranak aku tengok nie". Jawab dia pendek saja "aku sakit senggugut la wei". Masalah untuk orang perempuan lagi-lagi yang remaja ni, sakit senggugut memang tak boleh dipisahkan setiap bulan. Zya pun dengan pantas pergi capai stock Minyak Yuu Yee Cap Limau yang ada lalu suruh dia sapu. 


Lepas sahaja dah sapu terus elok dia terbaring tak ada lagi macam kucing nak beranak tadi.hahaha. Zya cuba tanya "apa kau rasa lepas dah sapu tu?" Katanya perut terasa sejuka dan berangin serta selesa sahaja. Rasa sakit tu pun dah semakin berkurang. Alhamdulillah lega zya dengar kalau tak sampai kesudah kawan zya tu tak boleh nak fokus study. Lepas pada peristiwa nie makin kerap dia minta minyak Yuu Yee Cap Limau dari zya, nasib baik stock zya banyak jadi tak kisah sangat nak berkongsi dengan kawan-kawan nie. 


Tengok tu dah tinggal hujung-hujung minyak nie sebab memang berguna zya sentiasa bawa dalam handbeg sebab kadang makan terlebih sampai rasa kembung sangat perut nie lalu sapu saja minyak yuu yee ni terus rasa nyaman dan selesa. Selain itu, minyak yuu yee nie juga boleh digunakan untuk yang rasa mual-mual, selesema dan untuk bayi yang kembung perut kerana minyak ini tidak panas dan selesa untuk digunakan. Kalau korang belum cuba pergi cepat beli dan boleh di dapati di, watson, guardian atau kedai-kedai yang menjual Minyak Yuu Yee Cap Limau ini. 



This entry was posted in

i-SIHAT | REVOLUSI BARU SUSU KAMBING


Korang masih tercari-cari produk yang paling “trending” sekarang ni? Tercari-cari produk yang sesuai untuk seisi keluarga, sedap, lazat dan berkhasiat? I-sihat lah jawapannya! i-sihat mengeluarkan tiga jenis produk yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa. Ia telah diiktiraf serta diyakini kesedapan serta khasiatnya oleh pelbagai lapisan pengguna VVIP, dan sedang meningkat popularitinya di kalangan masyarakat awam kerana keunikan dan kesan positif penggunaannya.

I-sihat yang terkenal dengan tagline “Hadiah Terbaik Buat Diri mu” dan “I-SIHAT, You SIHAT, Semua SIHAT” merupakan syarikat milikan penuh orang Islam dan Bumiputera. Proses pengilangan kami juga berteraskan aturan Islam dan Halal 100% serta suci tanpa ragu-ragu. Kepakaran kami di i-sihat ini adalah dalam merevolusikan susu kambing dan makanan sunnah ke tahap citarasa VVIP yang bertaraf antarabangsa dan dirumuskan secara sainstifik. Bahkan kami juga mendapat nasihat dan perundingan dari Doktor Perubatan dalam menghasilkan formulasi I-sihat.

Revolusi baru susu kambing yang dibawa I-sihat ini, kini semakin dikenali ramai serta mendapat permintaan tinggi dari VVIP, golongan profesional, ahli sukan, belia, gadis muda, ibu hamil dan ibu menyusukan anak, kanak-kanak dan bayi seawal usia 6 bulan. Selain itu, produk ini juga menjadi pilihan utama warga emas, dan ia sebenarnya sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan jantina. I-sihat adalah produk yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang mesra pengguna serta sangat berkhasiat dan sungguh sedap.

I-sihat mempunya 3 jenis produk iaitu terdiri daripada 3 jenis perisa yang berlainan. Produk yang direvolusikan oleh Isihat ialah:-

1. PREMIUM BERRY 















PREMIUM BERRY adalah satu-satunya produk kesihatan dan kecantikan diformulasi menggunakan susu kambing bersama buah-buahan sunnah dan ekstrak semula jadi buah-buah beri serta dilengkapkan lagi dengan beberapa kandungan bahan aktif semula jadi seperti kolagen, astaxanthin, applephenon dan sakura. Semua bahan yang digunakan ini bermutu tinggi dan mahal, tetapi harga yang ditawarkan kepada pengguna adalah sangat mampu milik dan setaraf produk kesihatan dan kecantikan antarabangsa. Ia boleh digunakan oleh wanita dan juga kaum lelaki yang mempunyai pelbagai fungsi bagi tujuan membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Menariknya PREMIUM BERRY ini adalah kerana semua bahan semula jadi yang digunakan bagi penghasilan produk ini diadunkan bersama susu kambing, yang secara saintifiknya juga merupakan susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu. Rasanya sangat sedap, unik dan tidak berbau hamis seperti kebiasaan produk susu kambing lain. Uniknya juga produk PREMIUM BERRY ini, ia menjadikan susu kambing sebagai asas adunan atau basic ingredient

Menakjubkan, kesan positif yang terjana hasil dari pengambilan produk ini makin terkenal dan menyedarkan dunia bahawa susu kambing serta bahan makanan sunnah jauh lebih hebat dan positif kesannya pada membina tubuh badan yang anggun. Boleh di minum dengan air suam dan dicampurkan ais. Jadinya, produk ini merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang pertama kali diadaptasikan menggunakan susu kambing sebagai asas bersama bahan-bahan makanan sunnah sebagai produk premium bagi kegunaan kesihatan dan kecantikan yang mampu memperbaiki kesihatan dan kecantikan dari dalam badan manusia serta menjelmakan keindahan tubuh badan yang lebih anggun dan memberikan keyakinan pada penggunanya.

2. VACHOC PLUS 10


VACHOC PLUS 10 ini adalah merupakan susu kambing yang di adunkan bersama campuran 10 ekstrak semula jadi dengan adunan ekstrak Vanila dan Coklat yang memberi rasa gabungan vanilla & coklat yang sangat sedap. Susu kambing berkualiti tinggi dari Holland di adunkan bersama campuran sembilan bahan makanan sunnah iaitu Kurma, Kismis, Badam, Safron, Delima, Habbatussauda, Zaiton, Buah Tin, Manna juga ditambah nilai dengan ginkgo biloba, di sedapkan pula bersama gabungan rasa vanilla dan coklat yang memberikan rasa enak serta penuh berkhasiat. Diperkayakan dengan DHA, juga terdapat omega, multi vitamin, mineral serta kalsium, protein, zat besi serta asid folik. Ianya mempunyai multi fungsi yang baik bagi meningkatkan fungsgi organ dan kesihatan manusia dengan rasa yang sedap. Vachoc Plus 10 juga boleh di minum dengan air suam dan dicampurkan ais.

Produk ini diberikan pelbagai pujian kerana ia mengangkat martabat susu kambing dan makanan sunnah setaraf rasa dan keenakan produk yang terdapat di pasaran semasa dan ia sekaligus memberikan kepuasan kepada cita rasa pengguna yang mahukan produk tempatan, produk muslim yang halal tetapi setanding produk di pasaran semasa dari Barat.Pengguna tidak perlu risau, kerana semua produk yang dihasilkan Isihat ini diformulasi dan di uji secara saintifik serta telah mendapat persijilan Halal, Mesti dan merupakan produk yang selamat digunakan seisi keluarga tanpa ragu-ragu. Ianya sangat enak dan tanpa bau hamis.

3. SUSU KAMBING ASLI 


SUSU KAMBING ASLI merupakan satu produk Isihat yang diformulasikan untuk memberikan ketulenan susu kambing sebenar, ia direvolusikan oleh isihat untuk memberikan khasiat susu kambing yang telah diuji secara saintifik dan diiktiraf kebaikannya oleh pelbagai lapisan masyarakat. Boleh di minum dengan air suam dan dicampurkan ais. Susu kambing Asli Isihat ini diperkayakan dengan keperluan asas dan nutrisi manusia seperti DHA dan ALA, juga terdapat Omega 3,6,9 dan diperkayakan dengan multi vitamin, mineral serta kalsium, protein, zat besi serta asid folik. Susu kambing Asli keluaran Isihat ini sangat berkualiti tinggi yang diimport dari Holland serta diformulasikan oleh kepakaran tempatan yang pakar dalam proses penghasilan produk ini secara saintifik. 

Semua bahan utama khasiat yang penting bagi tubuh badan manusia terkandung bersama Susu Kambing ASLI keluaran isihat ini. Ianya tulen, asli dan juga teruji secara saintifik dengan penelitian perkilangan yang mencapai tahap antarabangsa serta diiktiraf Halal, Mesti dan ianya Muslim Produk. Boleh diminum semua lapisan usia tanpa perlu ragu-ragu dengan rasa yang enak.

ADA APA DENGAN i-SIHAT? 

Untuk mengetahui kelebihan dan “X factor” produk I-sihat ini, para pengguna boleh rujuk info di flyers yang disertakan disini. Malah I-sihat kini sedang mengorak langkah maju dan pesat dengan kehadiran ejen I-sihat yang berada di seluruh Malaysia. COD percuma kepada anda melalui ejen yang berdekatan dengan kawasan pengguna.



Kesemua produk I-sihat ini terdapat dalam 2 bentuk packaging iaitu:-
1. Pek Besar
Berat 500 gram dan disertakan sudu atau scoop


2. Pek Sachet
20 sachet x 25 gram 
Berat keseluruhan 500 gram

Keistimewaan I-sihat:-
  • Berat bagi kedua jenis packaging ini adalah sama iaitu 500 gram, dan harganya juga sama bagi dua bentuk packaging ini. 
  • Selalunya di pasaran, pengeluar produk lain memberikan harga yang berbeza antara dua jenis packaging ini. Harga bagi sachet selalunya lebih mahal atau berat di kurangkan berbanding bentuk pek besar. 
  • Istimewanya di I-sihat, pengguna akan dapat harga sama dan berat pun sama walaupun berbeza jenis packaging.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk I-sihat ini atau untuk membuat urusan pembelian boleh rujuk maklumat di bawah:-



Hotline : 019 2020 911


This entry was posted in

HERBA RESDUNG TOK AKI MEMBANTU ANDA MERAWAT RESDUNG DENGAN PANTAS.

Bila semakin meningkat umur ni masalah sakit kepala dan gatal mata tu menjadi-jadi pula. Kadang tertanya juga aku ni ada penyakit migrain kah? Tapi kenapa sakit kepala tu ditengah-tengah dahi antara kening kanan dan kiri. Mata pula, kenapa asyik gatal-gatal selalu sangat dok tenyeh sampai berair la juga. Bila tanya orang jawapan diaorang "alah kau ada resdung tu pergi buang". Tapi zya macam biasa degil keras kepala tak nak percaya. Sehinggalah satu tahap sampai nak belajar pun rasa terganggu terus pergi jumpa doktor dan sahih ini semua berpunca daripada resdung. Tapi biasalah pergi klinik dia cuma diberi ubat untuk hilang sakit sementara sahaja. Lepas itu, sakit kembali menyerang. Jika tidak dibuang lendir itu sampai bila pun ia akan tetap menyerang.
















Sebenarnya ada antara kita tak pernah tahu dia ada resdung dan termasuklah zya yang memang tak sedar pun mengalami resdung. Jadi cara untuk kesan bahawa kita ada resdung ialah:
  • Kita akan sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Kita akan sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata 
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan 
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
Sekiranya korang mengalami simptom-simptom diatas bermakna korang ada resdung dan perlu dirawat dengan segera. Di pasaran terdapat banyak produk resdung yang dikeluarkan tetapi disini zya nak kongsi dengan korang produk Herba Resdung Tok Aki keluaran bumiputra di bawah jenama Herba Tok Aki. Produk ini adalah produk yang berasaskan herba yang digunakan oleh pakar rawatan resdung secara tradisional.Herba warisan turun temurun bagi mengatasi masalah resdung secara semulajadi.

HERBA TOK AKI


Sepantas 5 minit? Yup itu yang terjadi dan zya sendiri dah mencuba. Ternyata ianya bertindak pantas dengan mencairkan lendir-lendir punca alahan sekaligus mencuci kotoran dan kuman yang tersekat dalam rongga hidung kita. Herba Tok Aki ini diperbuat daripada 100% ramuan kayu yang terpilih tanpa sebarang bahan kimia. Kandungan untuk satu bekas itu ialah 5gm dan boleh digunakan sebanyak 30 ke 40 kali penggunaan. Tambahan pula Herba Tok Aki ini mempunyai khasiat seperti:
  • Dapat mengeluarkan lendir yang tersumbat di dalam rongga hidung 
  • Dapat membersihkan kuman dan kotoran penyebab alahan resdung 
  • Dapat mengurangkan gejala bersin, selesema, dan hidung tersumbat 
  • Dapat melegakan ruang pernafasan 
  • Tiada kesan sampingan dan selamat untuk digunakan 
  • Kesan yang sangat pantas dan mudah digunakan 
  • Produk ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas. 


Bagaimana cara menggunakan Herba Tok Aki ini?
  • Korang perlu ambil sedikit serbuk Herba Resdung Tok Aki menggunakan jari kelingking,
  • Kemudian selawat dan letakkan pada bahagian dalam hidung sebelah kanan. 
  • Ulang langkah yang sama untuk sebelah kiri.
  • Duduk dan tundukkan kepala selama 10-20 minit sehingga lendir keluar.
  • Urutkan hidung dari atas ke bawah apabila lendir keluar.
  • Ulang urutan 6-8 kali agar lendir yg keluar tidak putus.
  • Biarkan lendir keluarkan sehingga hidung rasa kosong dan selesa.
  • Kemudian bersihkan dengan air dan lap hingga kering.
  • Gunakan 2 kali sehari pagi dan malam.Amalkan selama 7 hari secara selang seli.
  • Boleh hentikan penggunaan selepas 7 hari dan boleh gunakan semula apabila korang perlu.


Selain itu, Herba Resdung Tok Aki juga mempunyai pelbagai produk lain yang mana mengeluarkan produk sampingan seperti : 

Sabun Herba Tok Aki
Kandungan : 50gram 

Sabun Herba Tok Aki ini mengandungi ramuan susu beras, madu dan kayu manis yang mana dapat membantu membersihkan kulit anda secara lembut dan efektif, bebas dari segala kotoran minyak dan sel kulit mati. 

Khasiat : 
  • Membantu mengurangkan resdung 
  • Mencerahkan kulit 
  • Mengurangkan jerawat dan parut jerawat 
  • Mengurangkan jeragat 
  • Mengatasi masalah kulit 
  • Menghilangkan kotoran diwajah dan badan 
  • Mencegah jangkitan kuman dan kulat 

Kapsul Rahsia Rimba 
Kandungan : 30 kapsul
Mengandungi ekstrak herba tradisional dan ramuan terpilih, Kapsul Resdung Rahsia Rimba mampu mengurangkan maslaah resdung secara efektif dan mencegah gejala resdung secara dalaman. Mudah dibawa dan sesuai untuk seisi keluarga. 

Khasiat: 
  • Mengurangkan masalah resdung secara efektif 
  • Mencegah masalah resdung daripada dalam 
  • Mengurangkan alahan 
  • Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan 
  • Kesan seawal 3 hari penggunaan 
  • Membaikpulih sel kulit dan mengecutkan jerawat 
Cara makan : sehari 2kapsul selepas makan

Jus Campuran Minuman Botani. 

Kandungan untuk sebotol adalah 250ml (untuk 2 minggu)

Jus Campuran Minuman Tok Aki diperkaya dengan khasiat semulajadi buah-buahan terpilih seperti jus buah delima dan ekstrak acai beri, Jus ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya juga dikenali sebagai Jus Mesra Kanak-kanak. Cara pemakanannya ialah 10 ml pagi dan malam setiap hari. Rasa yang lazat dan sesuai untuk seisi keluarga.

 Khasiatnya : 
  • Penuh dengan khasiat semulajadi dari ramuan berkualiti.
  • Selamat dan tiada meniggalkan kesan.
  • Meningkatkan imunisasi dan daya tahan tubuh
  • Membantu mencegah alahan resdung daripada dalaman
  • Penting untuk kanak-kanak membesar dengan sihat 
  • Kesan seawal 1 minggu 

TESTIMONI PELANGGAN YANG TELAH MENGGUNAKAN PRODUK INI






CABUTAN BERTUAH UNTUK DIMENANGI


Korang yang berhasrat nak menggunakan produk nie boleh dapatkan segera kerana dengan pembelian RM100 dan ke atas untuk mana-mana produk Tok Aki, akan berpeluang menyertai Cabutan Bertuah 1 gram Gold Bar. Tiga pemenang akan dipilih daripada jumlah penyertaan dan tarikh tutup penyertaan adalah 31 Januari 2017.

PROMOSI DISKAUN SEHINGGA 20% + FREEGIFT! 

Taip “BR TOK AKI” whatsapp ke 019-3473083


Maklumat lanjut korang boleh rujuk di sini sama ada untuk membuat pembelian atau membuat rujukan mengenai testimoni yang lain.



HQ Instagram : herbaresdungtokaki_hq 

Hotline : 019-3473083 








This entry was posted in

MAGNUM CAFE KINI DI PENANG | PERSONAL REVIEW



MAGNUM CAFE KINI DI GURNEY PARAGON MALL, PENANG | Kepada semua warga Penang dan sewaktu dengannya boleh la datang ke sini kerana Magnum Cafe sudah membuka cawangan ketiganya di Penang. Sebelum ini Magnum Cafe hanya berada di Mid Valley tetapi sekarang orang utara pun dah boleh merasai pengalaman ini. Apa yang menariknya tentang magnum di cafe ini dengan magnum di kedai biasa. Ha ini yang zya nak berkongsi dengan korang, sebenarnya magnum di kedai biasa tu kita hanya ada satu topping sahaja untu satu ais krim. Tetapi di Magnum Cafe korang boleh pilih sendiri tiga topping untuk satu ais krim mengikut citarasa korang. 



Ehem ehem ada awek comel jaga kaunter la hehehe. Ok mula-mula korang buat bayaran dan di sini dia kira satu kepala dalam RM9.90. Dengan harga ini korang boleh pilih perisa apa yang korang suka seperti coklat atau vanila. Selepas itu, korang boleh membuat pilihan tiga topping seperti di dalam gambar diatas. Ada banyak topping di sini, zya sendiri tertoleh kiri kanan rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya nampak sedap. Jadi setelah memilih ais krim dan topping korang boleh pilih nak first layer untuk ais krim tu dicelup coklat, vanila atau dark coklat. 


Magnum pilihan zya dah tersedia depan mata nyumy nyumy memang sedap. Zya pilih ais krim coklat dan topping pula zya pilih almond, hazelnut dan mashmallow serta disalut dengan white coklat dan dihiasi dengan sedikit lorekan coklat di atasnya. Maka terhasillah seperti di dalam gambar ini. Suasana cafe yang terbuka di tengah-tengah ruang shopping mall itu buatkan kita terasa santai untuk lepak dan berbual-bual dengan rakan-rakan. 



Masa zya denga rakan-rakan pergi ini waktu orang bekerja so tak ramai orang jadi rasa selesa sikit boleh bergelak ketawa sesuka hati hahaha. Rancangnya nak tengok wayang tapi bila semua tengok tajuk cerita yang ditayangkan macam tak menarik terus kami lepak sini sahaja sampai kenyang perut. Dekat magnum cafe ini juga ada menyediakan air pelbagai perisa jadi korang yang tidak gemar ais krim tapi teringin lepak dekat sini boleh mencuba pelbagai aneka air yang disediakan mereka. Oleh kerana sorang rakan kami tu demam dan sakit tekak makanya hanya kami bertiga yang menikmati keenakan ais krim ini. Tak apa next time kita datang lagi okay kawan-kawanku.hehehe



Sesiapa yang peminat ais krim magnum dan masih belum mencuba di Magnum cafe boleh pergi mencubanya sekarang. Di bawah zya sediakan lokasi terletaknya Mgnum Cafe ini dan ia betul-betul di ground floor bawah berhadapan dengan Victoria Secret. Sambil makan tu bleh juga mencuci mata di sana kan.hehehe Sekian sahaja disini, selamat menjamu selera semua.

Address: 
L1. P5, Ground Floor, 
Gurney Paragon Mall, 
Persiaran Gurney, 10250, 
Georgetown, Penang.

Business Hours: 
10 am to 10 pm. Opens Daily.







This entry was posted in