MAGNUM CAFE KINI DI PENANG | PERSONAL REVIEW



MAGNUM CAFE KINI DI GURNEY PARAGON MALL, PENANG | Kepada semua warga Penang dan sewaktu dengannya boleh la datang ke sini kerana Magnum Cafe sudah membuka cawangan ketiganya di Penang. Sebelum ini Magnum Cafe hanya berada di Mid Valley tetapi sekarang orang utara pun dah boleh merasai pengalaman ini. Apa yang menariknya tentang magnum di cafe ini dengan magnum di kedai biasa. Ha ini yang zya nak berkongsi dengan korang, sebenarnya magnum di kedai biasa tu kita hanya ada satu topping sahaja untu satu ais krim. Tetapi di Magnum Cafe korang boleh pilih sendiri tiga topping untuk satu ais krim mengikut citarasa korang. 



Ehem ehem ada awek comel jaga kaunter la hehehe. Ok mula-mula korang buat bayaran dan di sini dia kira satu kepala dalam RM9.90. Dengan harga ini korang boleh pilih perisa apa yang korang suka seperti coklat atau vanila. Selepas itu, korang boleh membuat pilihan tiga topping seperti di dalam gambar diatas. Ada banyak topping di sini, zya sendiri tertoleh kiri kanan rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya nampak sedap. Jadi setelah memilih ais krim dan topping korang boleh pilih nak first layer untuk ais krim tu dicelup coklat, vanila atau dark coklat. 


Magnum pilihan zya dah tersedia depan mata nyumy nyumy memang sedap. Zya pilih ais krim coklat dan topping pula zya pilih almond, hazelnut dan mashmallow serta disalut dengan white coklat dan dihiasi dengan sedikit lorekan coklat di atasnya. Maka terhasillah seperti di dalam gambar ini. Suasana cafe yang terbuka di tengah-tengah ruang shopping mall itu buatkan kita terasa santai untuk lepak dan berbual-bual dengan rakan-rakan. 



Masa zya denga rakan-rakan pergi ini waktu orang bekerja so tak ramai orang jadi rasa selesa sikit boleh bergelak ketawa sesuka hati hahaha. Rancangnya nak tengok wayang tapi bila semua tengok tajuk cerita yang ditayangkan macam tak menarik terus kami lepak sini sahaja sampai kenyang perut. Dekat magnum cafe ini juga ada menyediakan air pelbagai perisa jadi korang yang tidak gemar ais krim tapi teringin lepak dekat sini boleh mencuba pelbagai aneka air yang disediakan mereka. Oleh kerana sorang rakan kami tu demam dan sakit tekak makanya hanya kami bertiga yang menikmati keenakan ais krim ini. Tak apa next time kita datang lagi okay kawan-kawanku.hehehe



Sesiapa yang peminat ais krim magnum dan masih belum mencuba di Magnum cafe boleh pergi mencubanya sekarang. Di bawah zya sediakan lokasi terletaknya Mgnum Cafe ini dan ia betul-betul di ground floor bawah berhadapan dengan Victoria Secret. Sambil makan tu bleh juga mencuci mata di sana kan.hehehe Sekian sahaja disini, selamat menjamu selera semua.

Address: 
L1. P5, Ground Floor, 
Gurney Paragon Mall, 
Persiaran Gurney, 10250, 
Georgetown, Penang.

Business Hours: 
10 am to 10 pm. Opens Daily.







This entry was posted in

3 comments:

  1. fuhhh....memang best....meanrik ja nampak...tapi berapa seketul aiskrim tu...

    ReplyDelete
  2. layna ishak makan aiskrim habis tak hahaha

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe