KEKAL BERTENAGA DAN SIHAT DENGAN MILAGRO COFFEE PATAWALI

Bancuh jer kopi pergghhh bau dia harum semerbak, kalau duk dalam office tu semua pakat angkat kepala dari buat kerja. Bauan dari kopi boleh buat semua orang hilang fokus dan tolak kerusi pergi ke pantry buat air kopi. hahahaha Tapi rasa kopi korang mesti tak sama macam Milagro Coffee ni kan. Hah kenapa pula tak sama? Apa yang menariknya Milagro Coffee? Okay sekarang zya nak kongsi dengan korangpasal kopi yang istimewa ini kerana sambil minum sambil menjaga kesihatan kita. Wah hebat kan 2 in 1 bagi peminat kopi tu mesti peluang macam nie yang korang akan cari kan. 


Milagro Coffee Patawali adalah produk kopi terbaru dipasaran Malaysia dan ia adalah produk minuman kesihatan. Produk ini mempunyai pra-campuran 7 dalam 1 dari kopi arabika serta robusta dan diperkayakan dengan herba terpilih seperti herba patawali, lada hitam serta ekstrak halia yang mana ia mampu mengawal pelbagai penyakit serta meningkatkan sistem imun dalam badan kita.

Herba Patawali atau nama saintifiknya ialah tinospora crispa atau dikenali juga sebagai akar seruntun ialah sejenis pokok yang menjalar dan ia mudah ditemui di kawasan kampung . Pokok ini mudah tumbuh dan kebiasaannya dibiarkan menjalar di pagar-pagar rumah atau juga melilit pada pokok yang lain. Pokoknya yang berjurai-jurai kadangkala nampak cantik apabila dijadikan tanaman hiasan. Manakala batangnya yang berbintil-bintil (berkerutu) memang pada pandangan kita tidak cantik tetapi sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat. 


Digunakan untuk merawat penyakit seperti:
  • Tekanan darah tinggi 
  • Kencing manis
  • Merawat penyakit kelamin
  • Sakit perut
  • Demam biasa atau demam malaria
  • Menurunkan suhu badan yang panas
  • Sakit pinggang
  • Sengal-sengal 
  • Masalah cacing bagi kanak-kanak.
Oleh sebab itu herba patawali atau akar seruntun ini digunakan dalam menghasilkan Milagro Coffee ini dan dicampur dengan herba terpilih yang lain. Kopi ini sesuai diminum oleh semua peringkat umur dan yang paling penting ianya adalah sesuai untuk: 
  • Penghidap kencing manis
  • Penghidap darah tinggi 
  • Demam Malaria
  • Mempunyai masalah sakit sendi, senggugut dan keradangan
  • Ibu mengandung dan juga ibu dalam pantang.

Zya sendiri dah mencuba Milagro Coffee ini dah rasanya mmmm memang sedap sangat dan rasa bertenaga saja sepanjang hari. Korang hanya perlu minum 1 sachet untuk 1 gelas bagi mendapatkan tenaga yang cergas dan pelajar juga digalakkan untuk minum kopi ini. Memandangkan zya masih bergelar pelajar jadi kopi ini menjadi pilihan zya untuk diamalkan di waktu pagi sebelum ke dewan kuliah supaya tubuh badan zya akan terasa segar sepanjang hari. Selain itu, Milagro Coffee ini tidak mengandungi kaffein dan ia sesuai untuk sesiapa yang mempunyai sakit kepala ataupun migrain. Antara khasiat yang terkandung dalam Milagro Coffee ini ialah ianya tinggi dengan antioksida serta menguatkan saraf dan sistem pertahanan tubuh badan kita serta mengembalikan tenaga dengan segera.

Testimoni 

Jom kita lihat beberapa testimoni pelanggan yang telah mengamalkan produk Milagro Coffee ini dan semuanya menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan.







Harga Milagro Coffee ini ialah RM55 postage RM8, Sabah sarawak pula RM60 postage RM10 dan sekotak mempunyai 20 sachet. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Milagro Coffee ini korang boleh rujuk maklumat di bawah ini dan hubungi talian yang tertera di situ.


Instagram : milagro_coffee


Hubungi : 019-2619291

Milagro Coffee juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menambahkan pendapat dengan menjadi agen dan stokist mereka.Terdapat bonus yang menarik serta 3x seminar untuk facebook, instagram dan pemasaran percuma di hotel setiap tahun dan bonus yang lain ialah pakej umrah.

Berminat cepat-cepat dapatkan dengan kadar segera Milagro Coffee Mmm....Sedap ek......


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Kak Sue
AUTHOR
6 February 2017 at 03:09 delete

Kak Sue pun dah cuba Milagro Coffee nie,sedap tak manis sangat..

Reply
avatar
Dunia Zumal
AUTHOR
12 February 2017 at 18:17 delete

Rasa teringin pulak nak cuba

Reply
avatar

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe EmoticonEmoticon