KEMANA SAHAJA BERSAMA MINYAK YU YEE CAP LIMAU

by - 06:19

Assalamualaikum hai semua pembaca blog miss zya roses apa khabar? Sekarang ni musim angin timur orang kata jadi angin kuat, cuaca pun tidak menentu. Makanya penyakit pun senang saja berjangkit apatah lagi penyakit 3 serangkai iaitu demam, batuk dan selesema. Ha jadi berjaga-jaga yer korang jaga kesihatan sebaik-baiknya.Banyakkan minum air kosong okay. Zya pun baru sahaja baik dari demam nie sejak balik dari bercuti ke pulau terus badan rasa semacam dan lepas tu apa lagi demam la jawabnya. Mungkin ini kesan perubahan cuaca kot maklumlah cuaca dekat tengah pulau dengan darat ni kan lain. Cewah buat macam bercuti ke oversea, padahal hang p Pulau Langkawi saja pun.hihihihi. 

sampai ke puncak Gunung Mat Cincang zya bawa tau.hehehehe

Jadi sepanjang zya selesema dan batuk Minyak Yu Yee Cap Limau nie saja la yang menjadi peneman zya.Malah bukan itu saja, sepanjang zya pergi bercuti pun Minyak Yu Yee nie sentiasa zya bawa bersama kerana Minyak Yu Yee nie bukan sahaja untuk selesema, batuk dan kembung perut tetapi terbukti ia mampu merawat gatal-gatal di badan. Bila kita dah pergi bercuti ker pulau mestilah mandi laut semua kan. Oleh kerana, kulit yang agak sensitif nie senang sahaja jadi bintik-bintik kadang jadi kemerahan. Jadi sebelum tido zya akan sapu pada tempat yang gatal dan kulit terasa segar dan berangin, bangun pagi terus hilang rasa gatal-gatal tu. 

Kawan-kawan zya yang pergi bercuti sekali dengan zya pun dah terjebak sama sebelum tido akan sapu Minyak Yu Yee pada hidung katanya terasa nyaman nak tido bila berbuat sedemikian. Dorang pun bila rasa gatal-gatal dekat badan akan minta Minyak Yu Yee Cap Limau dekat zya. Jadi sapa kata minyak ini hanya untuk bayi yang baru lahir dan kembung perut sahaja. Sebenarnya banyak lagi kegunaan lain yang boleh digunakan sebagai rawatan. 

Didatangkan dengan pelbagai saiz dan zya memilih untuk menggunakan botol 10ml ini kerana mudah untuk dibawa dalam beg tangan zya. 


Korang cubalah dulu, baru korang tahu keberkesanan produk Minyak Yu Yee Cap Limau ini yang sememangnya sudah lama berada di pasaran sejak turun temurun lagi. Selamat mencuba semua.



You May Also Like

2 Comments