SUSU KAMBING ELLVITA SEMAKIN MENJADI PILIHAN RAMAI

by - 00:30


Hai semua korang pernah tak minum susu kambing tak kisah yang original ataupun yang dijual paket-paket di pasaran. Mesti ada beza kan bagi korang yang pernah minum susu kambing original bau dia tu sangat menyengat dan zya sendiri tak boleh nak telan. Jadi zya akan cari susu kambing yang diperbaharui formulanya dan yang pasti tiada langsung bau. Malah ianya lagi bertambah sedap dan boleh digunakan seisi keluarga. 

Sebelum nie zya ada kongsi dengan korang info mengenai Susu Kambing Ellvita di SINI. Ha dah pernah baca ke belum kalau belum pernah boleh klik sini dekat atas tu. Pertama kali zya diperkenalkan dengan Susu Kambing Ellvita nie zya jadi sangat teruja. Korang nak tahu kenapa zya teruja? Ha sila tengok gambar dekat bawah ni.


Susu Kambing Premium Berry perisa strawberi yang didatangkan dengan bungkusan berwarna pink dah sememang warna kegemaran zya telah menjadi pilihan hati. Setelah diperkenalkan dengan Susu Kambing Ellvita Premium Berry nie terus zya berminat dan jatuh hati dengan rasa dia memang sedap. Langsung tiada bau dan memang kena sangat dengan anak tekak zya rasa macam minum sepeket tak cukup sahaja. hahaha. Perisa ini didatangkan dengan campuran buah-buahan seperti strawberi, buah beri, delima, za'fran, kurma, madu, buah tin, kismis, habbatus sauda, badam, ekstrak sakura, applephenon, astaxathin, kolagen, dan juga susu kambing. Semua ini dicampur sekali dan menghasilkan Premium Berry yang sangat sedap. 

Zya sendiri dah mencuba selama sebulan dan kesannya dapat dilihat dari segi kulit terasa lembut dan apabila pergi kelas badan tidak cepat rasa letih serta sentiasa bertenaga sahaja sepanjang hari. Selain itu, masalah sembelit dan sakit kepala zya dan semakin beransur hilang. Macam tak percaya sahaja dulu kerap juga sembelit tapi bila dipikir balik haah dah lama tak alami masalah sembelit nie, Di samping itu, Premium Berry nie sesuai untuk wanita yang suka menjaga penampilan diri serta kulit wajah mahupun badan. InsyaAllah dengan izin Allah jika diamalkan selalu korang pasti dapat hasil yang diinginkan. Selain itu, Susu Kambing Ellvita juga ada menyediakan perisa coklat dan perisa asli.



Perisa coklat yang menjadi perisa kegemaran mak zya. Suka betul dia dengan Susu Kambing nie katanya langsung tiada rasa bau. Dah suka sangat la tu sebab mak zya kalau apa-apa sahaja yang berkaitan coklat nie semua dia suka. Kalau dah berulang kali cakap sedap maknanya dia dah berkenan sangat tu. hehehehe


Susu Kambing perisa asli ataupun original ini zya bagi dekat abah untuk minum. Abah jenis yang tak suka ada perisa-perisa nie. Katanya lebih suka kepada yang basic ataupun asli sebab katanya lebih sedap. Ewah kemain dia hehehe tekak masing-masing kan mana boleh nak disamakan. Kita pun layan jer dah dia suka perisa yang asli ini. Yang best tu sampai jer barang dekat rumah terus capai paket-paket ni sampaikan zya nak snap gambar pun tak menyempat dah.hahahaha. Untuk ibu yang hamil dan korang yang ada anak-anak kecik boleh la beri diaorang susu kambing ini sama ada yang asli ataupun yang coklat. Tapi kanak-kanak bila bagi yang coklat pasti diaorang suka kan. Zya bagi dekat mak dan abah sebab tak ada kanak-kanak di rumah.hehehe.

Disamping tiga produk di atas terdapat satu lagi produk baru yang diberi nama G-Storm yang mana ia masih baru dikeluarkan tetapi yang mengejutkan produk ini telah menjadi panas macam pisang goreng panas yang sangat laris. Zya juga dikhabarkan produk ini tengah menunggu stock baru masuk kerana fenomena tsunami yang ramai pengguna berpuas hati ingin mencubanya. Antara kelebihan produk tersebut ialah baik untuk menghilangkan gastrik dalam masa seminggu. Rasa sedap dan tak bau hamis tambahan pula ianya diperkaya dengan 22 makanan beralkali tinggi yang bagus untuk perut. Khasiat G-Storm 360 dapat membantu memulihkan pedih ulu hati, kerap sendawa, badan lemah, pening & muntah dan juga gastrik. Walaupun produk ini masih baru tapi ia telah mendapat feedback yang bagus dari para pengguna. Zya masih belum cuba dan sudah pasti akan mencubanya dan tunggu review penuh zya mengenai produk G-Strom ini nanti yer.


Selain itu, korang boleh lihat sendiri beberapa testimoni yang telah berjaya dan berpuas hati dengan Susu Kambing Ellvita ini.















Itu serba sedikit testimoni pengguna yang suka dan berpuas hati dengan Susu Kambing Ellvita ini. Bersemangat zya baca semua testimoni nie best sangat sebab produk melayu dan tengok pula ramai yang suka jadi kita sokong produk bumiputra nie. Seorang pelajar juga telah membuktikan bahawa dengan mengamalkan susu kambing Ellvita ini membawa kejayaan dan membantu dalam pengajian dia.


Jadi yang belum pernah mencuba jom kita pakat-pakat mencuba produk Susu Kambing Ellvita yang terdapat dalam 3 perisa berlainan ini dan produk terbaru mereka. Korang pasti berpuas hati dan rasa berbaloi sangat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Ellvita ini atau untuk membuat urusan pembelian boleh rujuk maklumat di bawah:-


Website : www.ellvita.com


Hotline : 019 2020 911

Instagram : ellvita_susukambing_official

Entri sebelumnya 

ELLVITA | REVOLUSI BARU SUSU KAMBING




You May Also Like

6 Comments