RASAI BUFFET RAMADHAN SEWAKTU BERBUKA PUASA DI FLAMINGO BY THE BEACH, PENANG


Assalamualaikum, hi semua pembaca harap belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Seperti biasa bila tiba bulan ramadhan aku akan tetap berada diperantaun dan hanya beberapa hari sahaja sempat berbuka bersama keluarga serta kawan-kawan. Tapi ada juga yang menjadi kelainan tahun ini apabila aku dijemput untuk berbuka puasa di Flamingo Hotel By the Beach, Penang. 


Berbuka puasa di hotel menu yang ditawarkan mestilah semuanya yang menarik dan pelbagai pilihan sama ada dari segi kuih-muih, lauk-pauk, air yang bermacam jenis air dan lain-lain lagilah. Aku tak mau bebel banyak apa kata jom kita terjah tengok antara menu yang disajikan oleh pihak Flamingo Hotel ini pada bulan puasa. 

Bagi yang suka selera kampung disini juga ada disediakan pembuka selera seperti ulam-ulaman dengan sambal belacan (ulam raja, pegaga, daun selum, kacang kelisa, tomato, kacang panjang, timun dan sebagainya).

Pembuka selera

Sotong kangkung
Gado-gado berkuah kacang
Ayam pandan goreng
Samosa ubi goreng





 Ulam-ulaman

Sambal

 Cencaluk
Sambal belacan
Sambal tempoyak
sambal nyor
Budu
Sambal kicap dengan bawang

Setelah seharian berpuasa tu mestilah kita nak isi perut dengan makanan yang berat seperti nasi bersama dengan lauk-pauk yang menyelerakan. Jadi Flamingo Hotel turut menyediakan lauk seperti ayam kurma berkentang, ketam masak masam pedas, pais ikan daun pisang, gulai kawah daging, udang masam masam manis, nangka muda masak kari dengan ikan biis, dalca kambing, telur soseg, nasi beriyani, nasi putih dan juga bubur lambuk daging.

Nasi beserta lauk pauk


Nasi Beriani 


Telur soseg


Ketam masak masam pedas


Udang masam masam manis

Sekarang jom kita menjenguk pula bahagian kuih muih yang mana terdapat pelbagai aneka kuih-muih melayu, puding mangga, puding santan, sagu gula Melaka, agar-agar pandan, pengat pisang, jeli buah-buahan, buah kurma dan juga buah-buahan tempatan sebagai pencuci mulut. 

Aneka Kuih Muih 






Antara beberapa kuih tradisional yang menjadi tarikan aku masa ni. Bulan puasa saja yang kita senang nak dapat kuih-muih yang susah untuk kita dapat pada hari biasa nantikan. 




 Buah-buahan


Selain menu diatas terdapat juga menu sampingan yang seperti Laksa Kedah istimewa, lemang dan ketupat kukus yang dimakan bersama dengan daging dan serunding daging, tandoori ayam golek dengan bawang jeruk, raita dan sambal pudina, daging ala Mongolian bbq dan juga ais kacang. Serius semua makanan yang disediakan disini sedap dan aku sangat suka daging ala mongolian bbq tu. 

Lain-lain









Buffet Ramadan 2017 ini adalah berharga RM75 untuk hari biasa dan hari minggu (Fri ~ Sun) adalah RM85 termasuk sekali ada kambing sekoq tau.memandangkan aku pergi pada hari biasa jadinya tidaklah dapat merasa kambing sekoq.Ha korang janganlah lepaskan peluang ni cepat-cepat pergi tempah meja dah sekiranya korang nak beli vaucher korang boleh dapat pada harga RM55 & RM65




Sekiranya korang berminat dan ingin mencuba sendiri pengalaman berbuka puasa di Flamingo By the Beach Penang korang bolehlah rujuk maklumat di bawah ini.


Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, 
11200, Tanjong Bungah, 
Pulau Pinang, 
Malaysia

04-8927167




Latest
Previous
Next Post »

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe EmoticonEmoticon