Bahagiakan Insan Tersayang Anda Dengan Printcious Gift Di Printcious.com

by - 12:33

Hai bila tiba birthday insan tersayang ni mesti pening pikir hadiah apa yang nak diberi. Setiap tahun tak kan kita nak bagi hadiah yang sama kan dan tiba-tiba kali ni aku terjumpa satu laman web yang kita sendiri boleh cipta hadiah mengikut citarasa kita. Nama laman web tersebut ialah Printcious  dan apa itu Printcious? Korang pernah dengar tak ? Ha ada yang pernah dan ada yang tak pernah dengar kan. So jom aku nak cerita pasal laman web nie.



Sebenarnya printcious ni adalah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan percetakan yang mana korang boleh mencipta sendiri hadiah korang seperti T-shirt, mug, phone casing, beg, bantal, mousepad, dan banyak lagi yang sesuai untuk dibuat hadiah untuk harijadi, wedding, graduation, anniversary, corporate event dan boleh juga untuk dibuat sebagai koleksi sendiri. Korang boleh terus pergi ke laman web nie



Setelah itu korang perlu daftar dulu untuk memudahkan urusan nanti dan jangan risau pendaftaran nie percuma saja ok. Selepas dah daftar korang boleh la mencuci mata apa yang korang inginkan tu dan ikut langkah-langkah seperti yang disediakan. Pertama sekali korang pilih dulu jenis hadiah yang korang inginkan dan setelah itu korang boleh pilih design dan letak gambar sendiri atau gambar orang yang korang ingin hadiahkan itu. Setelah selesai sesi pemilihan korang boleh ke langkah seterusnya iaitu edit dengan meletakkan nama atau pun ayat-ayat romantis atau ayat yang bersesuaian dengan hadiah yang anda ingin berikan itu. Selepas itu korang boleh proceed ke bahagian order dan membuat pembayaran.

Owhh ya sebelum aku terlupa kos untuk penghantaran barang bagi semenanjung Malaysia ialah RM10 (3 ke 6 hari bekerja) manakala untuk Sabah dan Sarawak pula ialah RM15 (4 ke 7 hari bekerja). Kalau korang rasa tak nak dikenakan kos penghantaran tu korang bolehlah membuat pembelian RM70 dan keatas. Maka kos penghantaran tidak akan dikenakan kepada pembelian sebanyak itu dan number tracking akan diberikan kepada anda melalui emel masing-masing.



Okay dalam aku dok buka laman web pi mai pi mai bak kata orang utara ni dah buatkan aku terjebak beli sama beberapa barang yang menarik. Mata nie bukan boleh nampak barang comel-comel sikit mesti nak order punya. Korang nak tahu hadiah apa yang aku order ha tu dekat atas tu ada hadiah yang menjadi pilihanku dan nak tahu hasil terakhirnya korang tunggu next entri aku nanti. Disebab kan semuanya nampak menarik jadi lepas habis entri nie aku nak sambung cuci mata lagi. Apa kata korang pun p cuci mata sama mana tahu dalam dok cuci mata tu boleh bagi korang idea untuk dijadikan sebagai hadiah dan cenderamata. Korang boleh lawati laman web di sini 

Facebook Page: Printcious Gift ( Jangan lupa like sekali)
Email: ask@printcious.com (Untuk sebarang pertanyaan)

 “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”







You May Also Like

7 Comments