Rangkain Wangian & Produk Penjagaan Badan Terbaru dari Enchanteur - Enchanteur Stunning.


"Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian" begitulah perumpamaan yang diberikan oleh pengarang C.Joybell C ini. Sebagai seorang wanita yang mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan. Jadi disebabkan itu semua wanita di dunia ini suka akan wangi-wangian ini dan ini termasuklah aku yang sememangnya pengumpul benda alah macam ini. Sebenarnya dari zaman sekolah lagi aku memang peminat tegar enchanteur ini. Bermula dari deodorant terus beralih kepada produk losyen, minyak wangi dan sebagainya. 


Terbaru aku dapat tahu enchanteur ada mengeluarkan satu haruman baharu yang diberi nama Stunning dan jom ikuti cerita aku selajutnya mengenai beberapa jenis produk Enchanteur yang baharu ini.

ENCHANTEUR merupakan jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


 Eau de Toilette

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


Perfumed Body Lotion


Perfumed Deo Roll On


Perfumed Talcum


Perfumed Deo Mist

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


ENCHANTEUR Eau De Toilette ini korang boleh dapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke 
atau lawati laman Facebook


Sekian sahaja penerangan mengenai produk terbaru dari Enchanteur iaitu Enchanteur Stunning yang sememangnya sangat wangi dan aku betul-betul tertarik dengan botol Eu De Toilet diaorang tu comel sangat. So lepas nie boleh repeat beli untuk kumpul dijadikan sebagai koleksi perhiasan kat bilik aku. Sapa yang belum cuba lagi jom cepat pergi beli dan dapatkan di pasaraya berdekatan anda sekarang dan rasai serta alami sendiri kemharuman wangian dari Enchanteur Stunning ini.







This entry was posted in

3 comments:

  1. tertarik dengan background misszya! semuanya cantik2!!

    ReplyDelete
  2. Kita pun suka product Enchanteur. Shower gel dia wangi macam mandi perfume.

    ReplyDelete
  3. bunga tu memang datang dengan kotak eh ? hehe..

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe