Rasai Keunikan Nasi Lemak di Projek Nasi Lemak Box, Penang


Hai korang semua malam-malam korang selalu makan kat mana? Kalau pening cari tempat makan meh sini aku nak kongsi dengan korang satu tempat makan best punya terbaik di Penang dekat area padang kota sahaja. Sambil makan sambil berhibur ambik angin pantai dan kedengaran bunyi kicauan burung sangat menenangkan. Projek Nasi Lemak nie terletak berdekatan dengan pintu Fort Cornwallis dan suasana di sini sangat romentik dan sesuai untuk korang bawa pasangan korang makan di sini.


Sebelum makanan sampai sempat la possing sat


Dapur diaorang nie diperbuat dari kontena dan diubah suai menjadi menarik dan unik. Sebelum nie aku tak pernah lagi nampak kedai atau cafe yang menggunakan kontena. Nampak style and hipster sangat dan sesuai bagi sesiapa yang berminat tempat makan gaya hipster. Nampak hipster tapi makanan yang disajikan tetap ciri tradisional lagi dan masih menerapkan lagi ciri-ciri keaslian nasi lemak. 


Kawasan persekitaran Projek Nasi Lemak Box

Projek Nasi Lemak Box ini semestinya menyajikan menu nasi lemak sebagai menu utamanya tapi di samping itu terdapat juga menu lain seperti meggi goreng dan sebagainya. Jom kita terjah antara beberapa menu yang terdapat di Projek Nasi Lemak Box ini yang sempat aku, mak su dan adik aku rasai. 


Ini adalah Nasi Lemak bersama Ayam Goreng yang disajikan bersama dengan sambil ikan bilis, telur rebus, timun, kacang goreng serta sambal belacan. Nasi Lemak ini berwarna kelabu kerana mereka inginkan menimbulkan kelainan untuk nasi lemak mereka jadi mereka menggunakan charcoal untuk menjadikan ia berwarna hitam. Tak rasa pelik pun sebab rasanya sama seperti nasi lemak lain cuma ia berwarna kelabu sahaja dan pekena pula dengan sambal ikan bilis dia memang sedap. Ikan bilis pun tidak liat dan rangup elok serta ayam goreng yang menggunakan resepi sendiri dalam campuran tepungnya menjadian nasi lemak ayam goreng ini menjadi sedap. Korang patut cuba sebab ia menjadi menu paling laris jika pengunjung datang ke sini.


Ok ini menu yang menjadi santapan mak su aku, dia nie spesies tak suka makan nasi dan megi nie memang makan kesukaan dia. Sempat juga aku merasa megi goreng ini, nampak luaran dia biasa tapi bila korang dah rasa sedap wei. Serius aku tak tipu memang sedap cukup rasa sempurna dengan dihidangkan panas-panas menambahkan lagi selera kami ni. 



Seterusnya adalah Nasi Lemak bersama sotong goreng gergasi menjadi santapan adik aku memandangkan dia spesies yang makan banyak jadi dia memilih hidangan ini. Nasi lemak dia sama seperti hidangan aku cuma digantikan bersama dengan sotong goreng ini. Memang besar sotong ini dan mereka menyediakan gunting untuk memudahkan kita. Sedap sotong rangup dan rencah dia pun ada cukup bahan perasa yang memang korang wajib cuba jika datang sini. 

Seterusnya adalah hidangan air yang menjadi pilihan pelanggan yang datang ke sini. Kami pun tidak mahu melepaskan peluang dengan mencuba beberapa jenis air seperti Coconut Shake, Volcano Bandung dan juga Volcano Teh Hijau. Air dia cukup-cukup rasa tidak manis sangat dan tidak tawar sangat dan memandangkan aku nie peminat coconut shake, maka air ini telah berjaya disedut olehku sampai licin. Hahahaha kesian mak su dan adik aku tak sempat pun nak merasa coconut shake. Tidak mengapa bila ada masa lapang nanti kita repeat datang sini lagi ok. 


Coconut Shake


 Volcano Teh Hijau


 Volcano Bandung


Adik aku bersama dengan menunya nasi lemak sotong giant dan juga volcano bandung.


Mak su aku bersama dengan menu pilihannya iaitu megi goreng ayam dan juga air volcano teh hijau.



Mereka-mereka yang sanggup menemaniku untuk rasai menu-menu menarik di Projek Nasi Lemak ini. Korang kalau datang pada hari jumaat, sabtu dan ahad akan nampak meriah kerana disekeliling terdapat pasar malam. Lepas makan tu boleh la korang mencuci mata di situ dan terdapat juga taman permainan untuk korang yang datang bawa anak-anak, jadi sambil makan tak ada la anak-anak korang akan meragam nanti. Kalau korang tak suka kepada suasana hujung minggu yang mungkin akan agak bising korang boleh datang pada hari biasa dan pada waktu ini memang akan kedengaran bunyi muzik dan kicauan burung sahaja. 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut korang boleh hubungi number ini  018-393-8018. Jadi pada yang berada berdekatan dan pada korang yang mengunjungi Penang boleh cuba datang ke sini pasti tidak akan mengecewakan dengan menu-menu yang mengiurkan serta sedap. 

Projek Nasi Lemak Box ini dibuka pada

Isnin sehingga Khamis 6.00 pm-1.00 am
Jumaat dan Sabtu 5.00 pm - 2.00 am
Ahad 5.00 pm - 1.00 am






3 comments:

  1. ada nampk waktu g padang kota ritu..mmg hipstur kedainya~

    ReplyDelete
  2. Adoilah... Mengancam betul menu-menu dia.. Jauh je..

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...