HUAWEI NOVA 2 LITE MULA DILANCARKAN DENGAN HARGA MAMPU MILIK.

by - 08:50


HUAWEI NOVA 2 LITE MULA DILANCARKAN DENGAN HARGA MAMPU MILIK | Adakah anda tercari telefon pintar untuk diri sendiri mahupun untuk dihadiahkan buat insan tersayang? Kini M Store ada jawapannya kerana korang boleh dapatkan telefon pintar keluaran Huawei yang terbaru di sini. Huawei adalah jenama telefon pintar yang tidak asing lagi di Malaysia dan kini semakin menjadi kegilaan ramai dengan setiap keluarannya kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Terbaru Huawei telah mengeluarkan satu model terbarunya iaitu Huawei Nova 2 Lite dengan harga yang mampu milik. Kenapa zya cakap mampu milik? Ha kalau nak tahu kenapa korang kena la baca sampai habis perkongsian zya kali ini ok.


Kali ini Huawei mengeluarkan modelnya dengan harga RM799 dimana harganya dibawah seribu ringgit dan sangat mampu milik bagi kita. Huawei mengeluarkan model terbarunya yang lengkap dengan ciri-ciri yang mengikut peredaran masa sekarang. Huawei sentiasa menjaga dan mengeluarkan produk mengikut citarasa pengguna pada zaman ini.  Sekarang ini Huawei tengah buat Pre Order untuk model keluaran ini di seluruh kedai Huawei di Malaysia. Manakala untuk warga Penang semua korang boleh dapatkan di M Store dengan membuat pesanan bermula dari hari ini dan dapatkan telefon pintar Huawei ini pada 23 March 2018 di Perangin Mall, Penang. Jika korang membuat pembelian sekarang korang bakal menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM10,000 dan acara penyampaian tersebut akan dibuat pada 25 March 2018 ini. Selain itu, korang juga akan mendapat hadiah seperti baucer KFC dan juga beg Huawei. 


Sekarang kita lihat apa spesifikasi dan keistimewaan telefon pintar Huawei Nova 2 Lite ini. Huawei Nova 2 Lite ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan juga biru dengan saiz ukurannya adalah 158.3 x 76.7 x 7.8mm serta beratnya 155g. Reka bentuk yang cantik, moden dan nampak macam telefon pintar yang mahal dan mewah bila memakainya. Selain itu, apa yang buat zya tertarik dengan telefon pintar ini adalah paparan skrinnya yang boleh di split kepada dua bahagian. Jadi dalan satu masa korang boleh menonton cerita di youtube sambil membalas whatsapp dan sebagainya. Jadi tidaklah korang bergaduh dengan orang tersayang sekiranya korang lambat membalas whatsapp. Ini adalah telefon biasa korang kena minimize dahulu dan buka stau persatu dan ini membuatkan video korang terpaksa pause (berhenti) seketika dan lepas tu perlu menunggu untuk loading semula. Jadi Huawei Nova 2 Lite ini telah memudahkan kerja anda dan orang ramai dengan memperkenalkan kaedah canggih seperti ini. 


Selain itu, terdapat beberapa ciri lain lagi yang korang boleh lihat di bawah ini untuk rujukan korang.

General
  • Available Status: Available. Released 2018, March
  • Network Bands: 2G & 3G & 4G
  • SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
  • Dimension: 158.3 x 76.7 x 7.8 mm
  • Weight: 164 g (5.78 oz)
  • OS: Android 8.0 (Oreo)
  • CPU: Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 430
  • GPU: Adreno 505
  • Internal: 32 GB, 3 GB RAM
  • External Memory: microSD, up to 256 GB (dedicated slot)
  • Battery: Non-removable Li-Ion 3000 mAh battery
  • Colors: Black, Red, Gold, Blue
Connectivity
  • GPRS: Yes
  • EDGE: Yes
  • 3G/4G Speed: HSPA, LTE
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, hotspot
  • Bluetooth: 4.2, A2DP, LE
  • USB: microUSB 2.0

Entertainment & Features
  • Sensor: Fingerprint (rear-mounted), accelerometer, proximity, compass
  • GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS, BDS
  • Messaging: SMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
  • Radio: No
  • Browser: HTML5
  • Java:- MP4/H.264 player, MP3/eAAC+/WAV/Flac player, Document viewer, Photo/video editor

Camera & Video
  • Primary: Dual: 13 MP + 2 MP, phase detection autofocus, LED flash
  • Secondary: 8 MP, LED flash
  • Video: 1080p@30fps
  • Feature: Geo-tagging, touch focus, face detection, HDR, panorama

Screen
  • IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
  • 5.99 inches, 92.6 cm2 (~76.3% screen-to-body ratio)
  • 720 x 1440 pixels, 18:9 ratio (~269 ppi density)
  • Multi Touch: Yes
  • - EMUI 8.0

Sound & Music
  • Alert Types: Vibration; MP3, WAV ringtones
  • Loud Speaker: Yes
  • 3.5mm jack: Yes
  • - Active noise cancellation with dedicated mic
  • Radio: No

Pelakon terkenal Hanna Delisha telah dilantik untuk menjadi model Huawei Nova 2 Lite ini. Jadi spesifikasi ini pun memang terbaik dan tip top cantik macam modelnya juga. Apa lagi korang tunggu cepat-cepat ke  M Store dan buat tempahan dan pembelian segera supaya korang boleh menyertai cabutan bertuah dan memenangi beberapa hadiah percuma untuk sesi promosi perkenalan dan pelancaran Huawei Nova 2 Lite ini. 



M Store Prangin Mall, Penang

Sekian sahaja perkongsian zya dengan korang kali ini jom ramai-ramain kita berkunjung ke M Store dan melihat lebih dekat lagi telefon pintar Huawei Nova 2 Lite ini. Zya dah teringin ini memandangkan telefon sekarang pun macam tengah buat ragam. Jom shopping ramai-ramai :-)


Facebook : M Store




You May Also Like

0 Comments