JOVIAN MANDAGIE RAYA BUAT SEMUA ORANG RAMBANG MATA.

JOVIAN MANDAGIE RAYA BUAT SEMUA ORANG RAMBANG MATA | Hah dah kenapa semua orang jadi rambang mata selepas melihat koleksi Jovian Mandagie ni? 

Apakah yang telah dia buat?

Apakah koleksi beliau lain dari yang lain? Jom kita sama-sama ikuti sendiri perkongsian yang bakal zya cerita di sini sampai habis. 

Image result for jovian mandagie

Korang tahu siapa itu Jovian Mandagie? Ada dikalangan korang yang pernah dengar dan ada juga yang masih tidak kenal dan mungkin juga tidak tahu apa yang menariknya seorang Jovian Mandagie ini. Sebenarnya nama Jovian Mandagie ini tidak asing dikalangan peminat fesyen di Malaysia serta serantau Asean kerana koleksi beliau yang sangat cantik, kreatif, menarik. Beliau yang berasal dari Indonesia dan telah dibesarkan dan menetap di Malaysia merupakan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan di Universiti Lim Kok Wing. Disebabkan minat beliau yang mendalam bidang ini menyebabkan beliau sentiasa mempunyai idea dan membuat pelbagai rekaan yang sangat kreatif serta banyak mencipta kelainan dalam setiap pakaian yang dikelaurkan oleh Jovian Mandagie. jadi tidak hairanlah kenapa koleksi dan hasil sentuhan idea kreatifnya ini sentiasa menjadi pilihan artis-artis serta peminatnya di Malaysia ini. 

Bagi korang yang ingin mencuba atau melihat sendiri pelbagai koleksi dari Jovian Mandagie bolehlah terus ke Jovian Mandagie Raya. Memandangkan lagi beberapa bulan dari sekarang kita bakal menyambut Hari Raya Aildilfitri maka disinilah tempatnya untuk kita mencuci mata sambil membuat persediaan sebelum semuanya habis stock. Sekarang dah ramai tukang jahit yang sudah tutup tempahan membuat baju untuk hari raya nanti. Jadi korang buka sahaja laman web ini dan search Jovian Mandagie ataupun klik sahaja link SINI ianya akan terus membawa korang melihat koleksi-koleksi hasil sentuhan kreatif Jovian Mandagie. 

Jovian Mandagie Raya kini sudah mempunyai pelbagai design menarik. Pelbagai jenis material kain yang digunakan ini akan membuatkan korang tertarik dan disebabkan inilah setiap orang terutamanya kaum wanita yang melihatnya akan rambang mata. Tidak disangkal lagi zya sendiri pun sudah tertarik dengan beberapa design Jovian Mandagie bagi koleksi Jovian Mandagie Raya 2018 ini. 

Korang boleh terus masuk ke laman web ini dan terus register masukkan beberapa detail dan ikut arahan seperti yang dikehendaki dan jika korang nak register menggunakan akaun facebook korang pun boleh lagi memudahkan korang. Boleh rujuk gambar dibawah untuk register ke akaun ini.



Dah selesai register dan log in masuk bolehlah korang mencuci mata dengan koleksi Jovian Mandagie Raya 2018. Tidak salah sekiranya korang membuat persediaan awal agar korang boleh memilih pelbagai koleksi dari korang membuat persediaan di saat-saat menjelang hari raya. Sudah pasti banyak koleksi yang sudah habis terjual dan akhirnya korang kena pasrah dengan saki baki yang tinggal sahaja. Jom kita lihat antara koleksi Jovian Mandagie Raya 2018 sekarang ini dan zya dah ada beberapa pilihan yang telah menawan hati zya dan tengah scan lagi mana tahu ada yang lebih menarik kan. hehehe 






Gambar diatas adalah beberapa koleksi yang terbaru dari Jovian Mandagie Raya dan semuanya nampak cantik, unik dan yang pasti pilihan warnanya yang sangat lembut dan tidak garang ini melambangkan keperibadian wanita asia yang penuh dengan sifat kesopanan. Sekiranya korang mengenakan koleksian Jovian Mandagie pada hari raya nanti pasti terserlah kecantikan dan membuat semua orang pandang memandang gitu. hehehe Zya dah buat pilihan bagaimana pula dengan korang? Cepat-cepat pergi usha dan dapatkan koleksi Jovian Mandagie Raya dan bergaya sakan untuk tahun 2018 ini agar korang nampak kelihatan lain dari yang lain. Sekian sahaja perkongsian zya untuk kali ini dan nantikan lagi perkongsian seterusnya dia blog zya. Terima kasih semua.


SELAMAT MENCUCI MATA SEMUA





This entry was posted in

3 comments:

  1. selalu gak usyar tapi dari jauh je lah...
    boleh tahan gak harga nya..hehhehe

    ReplyDelete
  2. cantik tapi hm tak mampu, mampu scroll ja ahaha

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...