NIKMATI SAJIAN LAUT, SELERA KAMPUNG NELAYAN DI RAMADAN BUFFET DINNER | LEXIS SUITES HOTEL, PENANG


Lexis Suites Hotel yang terletak di Teluk Kumbar ini telah menyediakan lebih dari 100 jenis makanan tempatan dan juga international untuk Ramadan Buffet Dinner bagi tahun 2018 ini. Konsep tertutup kali ini diadakan di ruangan Roselle Coffe House, berbanding tahun sebelumnya mereka mengetengahkan konsep terbuka. Ramadan Buffet Dinner yang bertemakan "Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan" ini telah menjanjikan menu-menu yang sedap dengan chef yang berpengalaman dalam setiap menu yang disajikan. 


Baru-baru ini zya serta beberapa rakan telah dijemput untuk membuat liputan bagi menu-menu yang bakal di sajikan sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. Sekiranya korang berminat dan bercadang untuk membawa kaum keluarga serta rakan-rakan bolehlah cuba datang ke sini dan korang boleh dapat harga diskaun sekiranya menempah dengan lebih awal. Kalau nak tahu macam mana korang kena ikuti entri ini sampai habis ya. Untuk pengetahuan semua ini adalah kali pertama zya menjejakkan kaki dan merasai menu bagi Ramadan Buffet di sini dan signature main dish dia adalah gulai udang galah, ayam percik, siput sedut, masak lemak cili padi, daging kuzi daun pudina, ikan tenggiri gulai kampung, paru-paru masak berlada dan banyak lagi yang disediakan. Dibawah adalah beberapa menu yang disajikan dan sempat kami menikmatinya. 



Gulai Udang Galah Kawah Abang Hari


Gulai Ayam Kentang Muda


Beef Rendang Dendang Sayang
Negeri Sembilan Ayam Percik Serai Wangi
Ekor Masak Merah
Ikan Tenggiri Gulai Kampung
Nasi Hujan Panas
Nasi Putih

Hong Kong Kailan Berbawang Putih dan Ikan Masin
Go Po Sotong
Udang Nestum
Sweet & Sour Fish
Sayur Lodeh
Ketam Masak Lemak

Terdapat juga di satu sudut menyediakan pelbagai jenis seperti sup gearbox, seafood, bubur lambuk, kambing golek, shawarma (kebab ayam) dan juga makanan tempatan seperti laksa, mee goreng mamak, serta koey teow goreng. Bagi sesetengah menu ini akan dimasak secara live dihadapan kita dan disediakan sendiri oleh mereka depan kita. 


Harian Sup Istimewa (Sup Gearbox)

Sup Seafood

Bubur Lambuk Kampung Melayu


Kambing Golek Beratoq Panjang







Shawarma (Kebab Ayam)




Char Koey Teow 


Laksa






Mee Ketam

Selain dari itu terdapat juga ulam-ulaman serta herba kampung, pelbagai aneka kerabu, rojak bambo dan juga makanan melayu seperti pulut kuning, ketupat, dan lemang.



Ulam-ulaman

Beraneka sambal


Kerabu Sotong



Kerabu Ikan Bilis Tempe



Kerabu Ayam 



Kerabu Ikan Kembung



Rojak Bambo






Serunding Ayam
Serunding Daging
Ketupat Palas
Pulut Kuning
Pulut Balik Pulau dan Nasi Impit
Sate Ayam & Daging
Kuah Kacang

Di samping itu, Ramadan Buffet di sini turut menyediakan pelbagai jenis kuih tradisional melayu, keropok, kuih raya, pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai jenis kek dan terdapat juga buah-buahan. Banyak pilihan makanan di sini yang korang boleh pilih mengikut citarasa masing-masing.

Aneka Kuih Muih






Bakul Nenek Corner


Keropok Sayur-sayuran
Keropok Udang
Pisang Goreng
Cekodok Goreng
Ais Krim Malaysia







Pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri dari kek dan puding pelbagai perisa yang enak dan zya paling suka coklat mouse tu. Korang kalau datang sini mesti cuba tau dessert dia memang superb sedap.


Kuih Raya



Chocolate Fountain


 Warung Buah-buahan Dusun





Jeruk-jerukkan Semenanjung Kampung Pickles


Ice Lemon Tea
Lemonade Juice
Orange Syrup Juice
Air Suam


Air kosong
Teh Ais
Bandung
Nescafe Ais




Ais Kacang 

Harga buffet dinner ini ialah RM98nett untuk Dewasa dan RM70nett bagi kanak-kanak serta RM50nett bagi warga emas. Tetapi sekiranya korang membuat tempahan dan pembelian awal korang boleh dapatkan harga yang lebih rendah dari ini mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut dan juga korang berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Jadi jangan lepaskan peluang ini mana tahu korang pemenang bertuah yang dicari nanti.

Early Bird - RM70nett (Adult)
Valid dari 17 May - 30 May 2018

Early Bird - RM78nett (Adult)
Valid dari 31 May - 14 June 2018



Zya bersama rakan-rakan yang lain sewaktu food review ramadan buffet dinner di Lexis Suites Hotel ini. Sekian sahaja entri zya untuk Ramadan Buffet Dinner di Lexis Suites Hotel dan terima kasih atas layanan semua staff dan pihak pengurusan yang sangat memuaskan. Oh ya sebelum terlupa setiap RM2 yang telah dibayar akan didermakan kepada rumah anak yatim yang terpilih. Sekian dulu jumpa lagi di next entri. 







This entry was posted in

4 comments:

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...