WAU RAMADHAN BUFFET DI FLAMINGO BY THE BEACH, PENANG.


Ramadhan datang lagi dan alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk kita merasai ramadhan 2018 yang barakah ini. Saban tahun kita sentiasa ternanti-nanti bulan ramadhan kerana selain dapat membuat amal ibadah dan mengawal mulut lidah dari makan dan bercakap benda tidak elok, kita juga akan menyediakan juadah berbuka puasa dengan pelbagai menu yang mana kadang jarang untuk kita hidangkan pada seisi keluarga. Ada yang mengambil peluang untuk berbuka bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sama ada di rumah mahupun di restoran dan juga hotel. Tahun ini seperti biasa tempat wajib zya dan rakan-rakan berbuka adalah di Flamingo Hotel, Tanjung Bungah. Zya sangat suka hotel ini kerana pemandangan yang cantik tepi pantai serta terdapat juga tempat makan tepi  kolam yang mana bagi zya sangat cantik dan bercirikan romantik. 



Saban tahun zya tak pernah skip datang sini tau sebab menu dia yang pelbagai jenis dan apa yang penting kambing bakar dia yang sentiasa ditunggu-tunggu tu. Jom kita tengok apa sahaja sajian yang disediakan untuk Buffet Ramadhan bagi tahun 2018 ini yang bertemakan "Wau Ramadhan Buffet". Kita mulakan dahulu dengan lauk-pauk, sajian pembuka selera dan diikuti pula dengan pelbagai jenis kerabu,sambal, setor layan diri dan pelbagai lagi sajian yang melazatkan.

LAUK


Nasi Putih


Nasi Pelangi


Kerutuk Telur


Kurma Kambing


Ketam Masak Tiga Rasa


Ketupat Sotong Masak Lemak


Ikan Paprik


Gulai Daging Ubi Sengkuang


Sayur Bayam Masak Lemak


Ayam Berlada Hitam


SUP


Sup Daging Berempah


Sup Ayam Masam Manis


Roti dan Mentega

PEMBUKA SELERA




Tauhu Sumbat

SAMBAL 


KERABU 


Kerabu Taugeh dengan Kerang


Bangkok Soseg Salad


Kerabu Perut


Acar Timun


Anak Ikan Gelama Masin


Telur Masin


Keropok Lekor


Keropok Ikan, Papadom, dan Sos

JERUK BUAH-BUAHAN


SUDUT SETOR


Ais Cendol Pulut


Sosej dan Ayam Goreng Bertepung


Kambing Bakar Sos BBQ dan Pudina (Setiap hari jumaat, sabtu dan ahad)


Durian atau Cempedak Goreng

SETOR LAYAN DIRI


Lemang


Ketupat


Rendang Daging


Serunding


Rojak Buah


Mee Udang


Ais Krim

KUIH MUIH





Kuih-muih melayu, kek dan puding jagung


Jeli Buah-Buahan, puding dan agar-agar


Bubur Pulut Hitam


 Sagu Gula Melaka



Buah-buahan

MINUMAN


4 Jenis Minuman sejuk pelbagai perisa


2 Jenis Minuman Panas

Itu sedikit perkongsian zya mengenai buffet ramadan di Flamingo Hotel, Penang dan agak menarik dan menu yang zya suka di sini ialah sup ayam masam manis, kambing bakar sos bbq, puding jagung, lemang, serunding, rendang dan juga menu yang pertama kali zya cuba seumur hidup iaitu durian goreng yang bila di makan panas-panas memangs sedap. Korang patut datang sini dan cuba menu-menu yang zya cadangkan serta yang lain. 



Durian goreng macam cempedak goreng

Sekiranya korang berminat dan ingin membawa keluarga serta rakan-rakan berbuka di sini korang boleh rujuk maklumat di bawah atau terus ke lokasi yang dinyatakan untuk membuat tempahan. Harga untuk buffet ramadan ini adalah seperti yang tertera di dalam gambar dibawah dan kadar harganya adalah sedikit berbeza untuk weekdays dan juga weekend.

Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, 
11200, Tanjong Bungah, 
Pulau Pinang, 
Malaysia

04-8927167






Buffet ramadan di Flamingo Hotel juga telah mendapat liputan dari pihak Harian Metro pada 17 Mei yang lalu dan memang pasti sajian di sini ini adalah terbaik dan menyelerakan bagi anda jadikan sebagai destinasi untuk berbuka puasa pada tahun ini Selain itu pihak Flamingi Hotel juga turut menyediakan buffet bagi hari raya aidilfitri nanti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini, korang pasti tidak akan menyesal. Sekian dan terima kasih pihak Flamingo Hotel, Encik Zack di atas layanan dan jemputan ini terhadap kami.



This entry was posted in

3 comments:

  1. nampak sedap je semua...

    ----------
    Korang ada akaun Instagram dan nak menang hadiah perfume?
    Jom join giveaway kami di Instagram.
    Syarat simple je. Follow kam, like gambar giveaway & tag 3 orang rakan.

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  3. tahun ni xde pun berbuka buffet kat mana2. akak semua dok rumah masak hahahah..

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...