PROMOSI TERHEBAT SEMPENA 100 DAYS NEW MALAYSIA SUNDAY BUFFET LUNCH DI FLAMINGO BY THE BEACH, PENANG.

by - 10:37


PROMOSI TERHEBAT SEMPENA 100 DAYS NEW MALAYSIA SUNDAY BUFFET LUNCH DI FLAMINGO BY THE BEACH, PENANG | Promosi apa yang terhebat sangat tu dan berbaloi kah Jom aku jawab persoalan hampa di sini. Sebelum tu bagi salam dulu Assalamualaikum hai semua. Hujung-hujung minggu selalu makan di mana?

Nak tak hujung minggu ni hampa cuba dekat satu hotel ni untuk buffet lunch depa. Mereka menyediakan buffet yang murah-murah dan promosi ini hanya berlangsung selama 100 hari sahaja bersempena 100 Days New Malaysia. Rugilah kalau korang tak cuba kerana ada lagi promosi beli 1 percuma 1 iaitu hampa hanya bayar RM48 dan boleh bawa seorang lagi pasangan dengan percuma. Jadi kalau nak bawa kawan atau suami/isteri ka sangat berbaloi la. Bayaran tu dah murah siap ada percuma lagi dan makanan-makanan dia memang banyak sangat pilihan. Kalau hampa datang bawa anak dan anak hampa itu dikira pasangan hampa bukan dikira harga kanak. Sekiranya hampa datang sebagai suami isteri dan anak seorang, makanya bayaran itu jadi RM48nett dan RM25nett untuk kanak-kanak. Murah la tu kan dah jimat untuk bayaran seorang dewasa dekat sini. 

Kalau hampa nak tau aku memang suka gila dengan Flamingo Hotel ni yang terletak di Tanjung Bungah, Penang. Kalau tak tahu hampa buka gps, waze, maps segala bagai applikasi tu pasti akan jumpa sebab senang sangat dia tepi jalan dan nak parking pun senang. Lokasi hotel yang terletak di tepi pantai dengan pemandangan atau suasana hotel yang santai dan best. Sekali sekala nak berehat dan meluangkan bersama dengan insan teristimewa apa salahnya kan. Aku dah kerap datang sini dan masuk ni mungkin dah 5 kali macam tu aku ke sini. Tak percaya juga hotel ni aku kata cantik dan makanan banyak pilihan.Ok mai tengok bawah ni sedikit perkongsian pengalaman aku sendiri di sana. 



Cantikkan pemandangan dia dan dekat belakang aku ni ada pantai dan korang nak bergambar ka apa boleh la turun ikut laluan yang disediakan. Sekarang aku nak kongsi menu yang ada untuk sunday buffet lunch pula. 

PEMBUKA SELERA

Roasted chicken platter with crispy shallot and sesame, Penang "gado-gado" with peanuts sauce, chinese cold cut platter with seafood chili sauce, nyonya "kerabu" black fungus, "sotong kang kong" platter, sweet potatoes & baby carrot with curry leaf salad, ulam-ulaman basket with sambal belacan, assoorted fish crackers, prawn crackers and papadom.




MENU UTAMA

Fragrant briyani rice, steamed white rice, kurma chicken, crab and sweet corn kennel, japanese tofu stick with & shimeji mushroom, boiled egg with spiced and soy, salted fish bone curry with bean puff cockles, stir fried crispy buttered chicken with salted eggs, special marinated char siew fresh potatoes wedges, stir fried clam with black paper and curry leaf & stir fried seafood 

















ACTION DISH & STALL

Claypot seafood "Hor Fun & Shang Mee" with garden green sauce, mee goreng dan mee rebus, roti canai, pondok panggang, hokien mee, crispy fried fritter station, percik "ayam golek", steamed yam cake, pulut cendol, ais krim goyang.










ANEKA SUP & BUAH-BUAHAN

Chicken sup with spiced and condiments (sup ayam madura), crab and sweet corn kennel with peas soup, indian bread, bread roll & butter, buah-buahan.



DESSERTS




MINUMAN PANAS


Sekiranya hampa perasan menu-menu diatas semuanya terdiri daripada masakan melayu, cina dan india yang mana ia melambangkan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan semua jenis bangsa boleh merasai dan yang mana hampa belum pernah cuba disinilah tempatnya. Jadi tunggu apa lagi dengan kadar harga RM48nett untuk dewasa dan RM25nett untuk kanak-kanak anda dah boleh makan sepuas hati. Waktu untuk buffet ini ialah dari pukul 12.30 tengahari sehingga pukul 2.30 petang setiap hari ahad yang telahpun bermula dari 17 Juan 2018.

Jadi hampa tunggu apa lagi cepat-cepat buat tempahan dan sekiranya inginkan maklumat lanjut hampa boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah dan aku pasti hampa tak akan menyesal datang ke sini. Pasti akan repeat nak datang lebih kerap lagi. 

Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, 
11200, Tanjong Bungah, 
Pulau Pinang, 
Malaysia

04-8927167





You May Also Like

2 Comments