MAJLIS PELANCARAN PRODUK NEXGLO UV PHYSICAL DI PARK AVENUE HOTEL,SG PETANI.

by - 11:18



MAJLIS PELANCARAN PRODUK NEXGLO UV PHYSICAL DI PARK AVENUE HOTEL,SG PETANI | Baru-baru ini zya telah dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk terbaru iaitu Nexglo UV Physical di Hotel Park Avenue, Sungai Petani Kedah. Majlis pelancaran ini adakan untuk memperkenalkan produk Nexglo yang telah pun hangat di pasaran serta memperkenalkan beberapa produk baru yang bakal dikeluarkan oleh mereka. Tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pada majlis tersebut zya dapat tahu terdapat tetamu jemputan yang terdiri daripada MUA (makeup artist), pengguna produk, blogger dan orang ramai. Majlis yang dimulakan dengan ketibaan VIP (team Nexglo) dan upacara pembukaan dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan dari pengasan produk Nexglo ini sendiri. 


Tetamu yang hadir


 Bacaan doa bagi merahmati majlis pada hari pelancaran.


Ucapan dan juga perasmian produk daripada pengasas produk Nexglo ini sendiri. 



Launching Gimik 

Sebelum ini zya tidak tahu apa itu produk Nexglo sehinggalah zya berada sendiri dalam majlis dan mendengar setiap inci penerangan mengenai produk daripada pengasas Nexglo iaitu Puan Nurul. Mari kita ketahui apa itu Nexglo UV Physical secara lebih mendalam.

Apa itu Nexglo UV Physical?

Nexglo UV Physical ini ialah satu-satunya produk Sunscreen pertama menghasilkan perlindungan yang lengkap dengan Broad Spectrum UVA/UVB serta mengandungi SPF 45. Terhasilnya produk seperti ini yang mampu menghalang wajah korang dari sinar UV serta pancaran matahari yang terik. Dengan sentuhan dari Nexglo ini juga mampu menyembunyikan semua bintik-bintik hitam dan kerosakan pada kulit wajah korang. Selain dari itu, ianya mampu melindungi kulit dengan lebih sempurna serta berseri. Wanita yang hanya serius dalam penjagaan wajah secara sihat dan selamat pasti akan tertarik dengan produk seperti ini. Produk yang dijamin selamat dan berkesan ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT180105930K) serta produk yang berstatus GMP.

Produk ini adalah juga adalah setanding dengan produk antarabangsa kerana ianya menggunakan inovasi teknologi terbaru dari France. Ianya sangat mudah untuk disapu pada kulit, sangat cepat serta menjimatkan masa dan korang tidak perlu membuang masa untuk menghadap cermin lama-lama. Produk ini tahan lama iaitu selama 4 bulan dan dapat menjimatkan kos kerana tidka memerlukan perbelanjaan yang banyak pun. Jadi korang tak perlu ragu-ragu lagi untuk menggunakannya dan ia sesuai untuk wanita yang sentiasa menjaga ketrampilan diri. Terbukti berkesan dengan hanya pertama kali calitan sahaja kewajah korang.


Kenapa korang memerlukan Nexglo ini?
  • Formulasi dari France
  • Sesuai Untuk Semua Jenis kulit (Normal / Kering / Berminyak / Sensitive) 
  • Boleh dipakai dengan foundation / bedak
  • Boleh dijadikan sebagai Primer 
  • Texture Yang Sangat lembut
  • Tidak Berminyak
  • Tidak Melekit
  • Tidak Bercapok
  • Solekan Tahan Lama
  • Tidak Menyekat Liang Pori
  • Perlindungan dari UVA / UVB 
  • SPF 45
  • Mencegah Dari Kanser Kulit Akibat Pancar 
  • Matahari
  • Tidak Mengandungi Bahan Kimia Merbahaya
  • Bertindak sebagai Mineral Base
  • Anti Kedutan / Penuaan
  • Anti Jeragat
  • Mengecilkan Liang Pori
  • Kulit Akan Sentiasa Segar 
  • Kulit Wajah Semakin Glowing

Demikian penerangan mengenai produk Nexglo serta kelebihannya yang sangat berguna dan bermanfaat sekali untuk digunakan. Selain itu, pada majlis tersebut juga diadakan perkongsian mengenai pengalaman pengguna yang telah menggunakan Nexglo. Sebenarnya produk ini telah terjual beberapa bulan sebelum dilancarkan dan rata-ratanya memberikan maklum balas yang sangat memberangsangkan. Tiga orang pengguna produk Nexglo telah dijemput dan telah berkongsi pengalaman masing-masing. 


Mereka sangat berpuas hati dengan hasil memakai Nexglo yang bertindak sebagai suncreen dan yang lebih menakjubkan salah seorang pengguna ini menceritakan pengalaman beliau bercuti di Pulau Langkawi bersama dengan Nexglo. Seperti yang kita semua makluma sekiranya bercuti di pulau kulit kita akan jadi sunburn atau mudah terbakar. Tetapi hasil penggunaan Nexglo sepanjang berada di sana menunjukkan kulitnya bebas dari sunburn dan mekapnya juga tidak menjadi bercapuk walaupun berada seharian di luar. Hebat produk ini dan korang yang jenis banyak melakukan aktiviti disarankan untuk menggunakan produk Nexglo sama ada digunakan sebagai alas mekap atau memakai Nexglo sahaja. Seterusnya, kami diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi produk Nexglo yang sebenar serta beberapa produk yang bakal dikeluarkan kelak. Kami juga berpeluang menggunakan produk tersebut pada wajah. 


Sesi penerangan daripada team Nexglo.


Produk terbaru mereka yang belum dikeluarkan lagi di pasaran.


Mencuba sendiri semburan pada wajah dan rasa sejuk sangat. Terus jatuh hati tak sabar untuk grab satu nanti bila dan berada di pasaran.

Selain itu, pada majlis pelancaran ini juga turut diadakan penampilan istimewa mekap live dari MUA (makeup artist) Haya dengan menggunakan produk Nexglo hasil mekapnya menjadi cantik dan tidak bercapuk. MUA Haya didatangkan khas bagi memeriahkan lagi majlis sambil itu tetamu yang hadir boleh bertanya dan mengajukan soalan mengenai cara yang betul mengenakan makeup dan berkongsi beberapa tips mekap yang betul. 





Hasil sentuhan MUA Haya dan menggunakan produk Nexglo UV Physical.

Sebelum majlis berakhir telah diadakan acara cabutan bertuah dan terdapat beberapa hadiah istimewa telah disediakan untuk tetamu yang bertuah. Hadiah pertama dan utamanya adalah sebuah Vanity mirror ataupun cermin mekap yang berlampu. Jom kita tengok siapa pemenang bertuah mendapat hadiah ini.


Pemenang tempat pertama Vanity Mirror ni jatuh kepada penari yang membuat persembahan pada majlis ini. Makan hati la tetamu wanita yang hadir kerana tidak berpeluang memiliki cermin ini termasuklah zya. Tapi walau tak menang tempat pertama zya dapat tempat kedua untuk cabutan bertuah ini. Wah macam tak percaya nombor zya bertuah kali ini selalunya tak pernah nak bertuah pun.hehehe Jom tengok apa yang zya dapat.





 Dapat hadiah sejadah Nealofa dan cantik sangat sejadah ni tau. Terima Kasih Nexglo.

Selfie satu dah macam baru lepas shopping jer penuh tangan tu.hehehe


Sebelum majlis bersurai sempat bergambar dulu dengan pengasas Nexglo iaitu Puan Nurul dan juga seperti biasa Liyana merangkap penemanku ke mana jua. hehehe


Seterusnya gambar bersama Kak Farah Wahida yang mana kakak kepada pengasas Nexglo ini.Terima kasih kak Farah Wahida kerana menjemput kami.

Gambar beramai-ramai bersama team Nexglo dan juga tetamu yang hadir.

Sekarang zya ni jadi satu rutin harian zya sebelum mekap pasti akan memakai sunscreen Nexglo UV Physical ini dulu baru diletakkan mekap yang lain. Mekap zya jadi tahan lama, tidak bercapuk, nampak flawless. Ramai yang dah tegur eh pakai apa dekat muka nampak elok sekarang. Jawapannya sudah semestilah Nexglo UV Physical yang mempunya SPF 45 ini. Sebelum ini tak pernah orang tegur apa yang zya pakai tapi sekarang ramai tegur jadi maknanya ada nampak la perubahan la mekap dulu dengan sekarang. Ha korang tak teringin ker nak cuba produk yang terlajak laku dan menjadi viral sekarang di seluruh Malaysia. Artis pun ada yang dah pakai produk ini tau ha korang bila lagi. Cuba scroll lagi ke bawah tengok artis mana yang pakai produk Nexglo ini.


Hasil sekarang bila selalu mengenakan produk sunscreen NExglo UV Physical.


Jeng jeng jeng artis tersebut ialah Deeja Moss. Beliau pun dah berminat terhadap produk ini jom semua lindungi kulit supaya kelihatan sihat dan cantik berseri. Sekian sahaja perkongsian zya untuk kali ini dan sekiranya korang berminat dengan produk Nexglo ini korang boleh rujuk maklumat dibawah.



IG Official : nexglomalaysiaofficial
Contact: 019- 3270737












You May Also Like

5 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe