THE HABITAT PENANG HILL ADALAH TARIKAN TERBARU BAGI PENGGEMAR ALAM SEMULAJADI.

by - 07:49


THE HABITAT PENANG HILL ADALAH TARIKAN TERBARU BAGI PENGGEMAR ALAM SEMULAJADI | Penang Hill atau lebih dikenali lagi sebagai Bukit Bendera bukanlah asing lagi dan ia telah menjadi tarikan utama sekiranya datang melancong ke Penang ini. Semakin hari Bukit Bendera sudah semakin banyak pembaharuan dan terdapat banyak tarikannya tersendiri dan yang terbaru bagi yang suka dan gemarkan alam semulajadi korang bolehlah datang berkunjung ke The Habitat yang mana ia terletak di atas puncak Bukit Bendera (GPS: 5.42557, 100.26802). Ia adalah sebuah hutan lipur dan juga merupakan ekopelancongan terbaru di Penang dan terdapat banyak aktiviti di dalamnya yang korang boleh lakukan baik bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Tinggal sebentar kesibukan di kota dengan menyedut udara segar, nyaman dan tenangkan diri dengan bunyian cengkerik seolah anda berada di dalam hutan yang sebenar. Ketenangan bila berada di sini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana diri seolah rasa tenang dan lapang sangat.


Apa yang zya cakap ni bukan cerita kosong kerana zya sendiri dah pergi hampir 2 kali ke sini dan setiap pengalaman itu zya abadikan di sini. Jom lihat apa yang menariknya The Habitat di Penang Hill ini. Cara untuk ke The Habitat ini seperti biasa korang dikehendaki menaiki kereta api untuk naik keatas dan sekiranya korang inginkan harga tiket murah korang boleh datang sebelum pukul 9 pagi kerana tiket masa itu adalah RM3 untuk seorang dan setelah pukul 9 pagi ketas harga sudah menjadi RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak 4-12 tahun adalah RM5. Jadi kena pergi cepat la yer dapat jimat banyak dah dekat situ boleh buat makan ais krim dekat atas Bukit Bendera nanti.

Pastikan korang bawa kad pengenalan yer untuk mendapatkan harga ini kalau tidak anda dikira warga asing. hehehe Setelah membuat bayaran dan mujur masa zya sampai ini orang masih tidak ramai lagi jadi tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Dan setelah itu kita menunggu kereta api sampai dan membawa kita terus ke puncak Bukit Bendera. 



Dah selamat sampai di atas dan masa ni masih berkabus lagi dan korang boleh dapatkan kaunter tiket berhadapan dengan astaka ni. Setelah itu, korang akan dibawa naik kereta sama ada kereta 4x4 ataupun kereta golf tu (lupa nama kereta tu apa). Jika bertuah korang dapat naik kedua-duanya sekali untuk pergi dan balik. Zya lebih suka naik kereta golf tu maklumlah jarang-jarang dapat naik kan. Nanti korang tengok dekat video pada last entri ini okay. Kereta yang korang naik tu nanti dia akan terus bawa sampai depan pintu masuk ke The Habitat dan korang boleh dapatkan tiket dan perlu scan untuk masuk ke sana dan pastikan korang simpan elok-elok sampai balik sebab kalau hilang nanti macam mana korang nak scan keluar pula kan. Jawapannya tidur la korang dalam tu dengan binatang-binatang tu semua. hehehe (gurau jer).


Tiket masuk untuk setiap seorang (jaga elok-elok jangan bagi hilang)


Scan di sini untuk masuk dan keluar.

Sekarang bermulalah penggembaraan kita dalam The Habitat ini dengan bunyi cengkerik dan ungas di hutan memang terasa tenang nyaman macam zya cakap tadi. Nasib zya baik masa datang ke sini cuca elok walaupun pada malam tu hujan lebat risau juga aktiviti hari ini tergendala tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Bila masuk ke sini korang boleh pilih sama ada inginkan tour guide sepanjang anda di dalam ini ataupun korang boleh jelajah sendiri. Tapi zya lebih suka ada tour guide kerana kita boleh tahu serba sedikit cerita sejarah Bukit Bendera dan juga beberapa maklumat pasal binatang dan pokok tumbuhan yang berada disekitarnya. 






Di sini kami di beri penerangan mengenai sejarah Bukit Bendera dan juga bagaimana jalan-jalan di sini wujud. Ini adalah kerana pada zaman dulu jalan yang bertar ini adalah jalan tanah merah yang digunakan oleh penduduk zaman dahulu sebagai jalan yang menghubungkan ke bawah. Banyak lagi sejarah yang diceritakan oleh brother Nasrul ini. Sebenarnya sebelum ini zya pernah datang dan dia juga yang jadi tour guide dan penerangan dia best memang banyak info yang kami dapat dan yang tak tahu boleh jadi tahu. Seterusnya kita ke aktiviti-aktiviti yang ada di sepanjang perjalanan The Habitat ini.

Climbing Tree







Sapa yang berani bolehlah cuba aktiviti ini tinggi dan boleh cabar keberanian anda di sini. Sejenis zya ni takut gayat jadi mampu lihat dari bawah sahaja. hehehe. Jom kita sambung perjalanan kita yang seterusnya dengan melihat pelbagai jenis binatang yang mungkin akan anda dapat lihat. Sekiranya anda bertuah anda dapat melihat monyet, spiderman, ular, pelbagai spesies rama-rama, burung dan lain-lain lagi.


Binatang yang mungkin korang akan jumpa di sepanjang laluan


Teruskan perjalanan kita


Pokok yang menjalar di sepanjang laluan



Beberapa spesies bunga orkid yang akan korang jumpa di sini



Di sini korang boleh mencuba untuk DIY sendiri tanaman dan ia termasuk dalam pakej untuk family sekiranya korang ingin mendapatkannya.


Hasil pokok yang telah dibuat (DIY) sendiri tadi.







Kawasan tanaman pokok orkid (sumber gambar google)




Di sini terdapatnya sarang spiderman dan jika bernasib baik korang dapat melihatnya.


Jika penat korang boleh berehat di setiap hentian yang disediakan di sepanjang perjalanan.


Berehat selfie sat dulu lenguh kaki dah



Di sini korang dapat melihat beberapa spesies rama-rama yang berterbangan di persekitaran The Habitat ini.


 Sumber gambar (google)


Terdapat juga tanaman yang mana bunganya seakan berbentuk seekor rama-rama.



Pokok ni semut suka hinggap dekat dia dan bila kita letak jari cepat-cepat semua hitam tu akan serang tempat yang dipegang tu.



Pokok periuk kera pun ada ditemui di sini

Langur Way Canopy Walk



sumber gambar (google)


Laluan ke hatiku cia cia cia. hahhaha. Canopy Walk ni best tak rasa goyang langsung pun memang kukuh la.


sumber gambar (google)


 Yeeaah dah selamat menyeberang Canopy Walk 

Giant Swing


 Di dalam The Habitat ini terdapat tiga Giant Swing tapi pemandangan yang paling cantik dekat zya bergambar ni



Konon nak gambar candid tapi tak jadi ja dok senyum dekat orang sebelah plak. hahaha

Gambar di bawah yang berbaju serba putih ini adalah gamabr semasa pertama kali zya jejak ke sini disebabkan gambar-gambar ini nampak cantik lagi izinkan zya kongsi dengan korang.hehehe (cantikkah) jadi la puji diri sendiri dah orang nak puji.hahaha






Curtist Crest Tree Top Walk

Aktiviti yang terakhir ada di sini ialah Tree Top Walk ni yang mana korang perlu mendaki anak tangga sehingga ke atas bagi mendapatkan pemandangan yang cantik. Bila berada di atas ini korang akan nampak pemandangan seluruh Pulau Pinang.


sumber gambar (google)


Sis gayat la walaupun dah kali kedua naik atas ni. Sebab bila angin kuat dia terasa bergoyang terutama bila berada di tengah-tengah laluan ni.Tapi best boleh cabar diri korang yang takut gayat tu. Tapi ok dari yang mula dulu zya naik tangan menggigil hahaha



Possing dulu


Ok selfie satu sebelum turun ke bawah sebab kawan-kawan dah tinggal zya sorang-sorang kat atas ni. Saat akhir ni tetiba berani pula kan.hahaha


Ok ni gambar masa mula p dulu. staff The Habitat yang tolong amikkan cantik so zya kongsi di sini ya. Nampak tak ketinggian dia yang korang kena panjat tu. Zya cadangkan korang nak masuk sini bawa la air mineral sebab nanti dahaga. Lagi satu jangan korang risau jika tetiba dekat dalam korang memerlukan tandas sebab berhampiran dengan Tree Top Walk ni ada satu toilet berhampiran dengan khemah atau kem di situ.




Kemudahan Tandas Awam


Kemudahan Tong Sampah







Kemudahan kerusi untuk berehat

Sebelum balik korang boleh singgah dulu beli beberapa cenderamata yang terdapat di pintu masuk atau keluar The Habitat ini.









Harga tiket adalah seperti berikut dan dimaklumkan pada hari Ahad minggu keempat korang akan dapat harga diskaun sebanyak 50% dari harga asal tiket untuk seorang. Ha korang nak jimat boleh datang pada waktu ini dan seeloknya datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan kereta api. Korang juga boleh membuat tempahan secara online.


Dibuka setiap hari dari 9:00am to 8:00pm (Last admission at 7:00pm)

Termasuk weekends dan juga cuti umum. 

Bagi maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan korang boleh rujuk link dibawah ini.

Instagram: thehabitatph

Jom saksikan dahulu sedikit video sepanjang kami meneroka The Habitat ini. 







You May Also Like

2 comments

  1. Cantiknya tempat dia.. Seronok beriadah nie..

    ReplyDelete
  2. Bestttnya.... Nk naik hbitat ni hari tu, husband xmau

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe