KELEMBUTAN DAN KECANTIKKAN KULIT TERSERLAH DENGAN ID.AZ DERMASTIC CLAY MASK

by - 12:08


KELEMBUTAN DAN KECANTIKKAN KULIT KEMBALI DENGAN ID.AZ DERMASTIC CLAY MASK | Kecantikan kulit bermula dengan rutin penjagaan yang baik dan setiap wanita sangat menitikberatkan soal kecantikkan wajah supaya sentiasa sihat dan berseri. Lagi satu siapa yang tidak mahu sekiranya kulit wajah mereka kembali lembut dan bersih ibarat kulit bayi kan. Jadi untuk mahu kekalkan kesemua itu ada yang setiap bulan berulang-alik ke pusat kecantikkan dan membuat pelbagai rawatan bagi mendapatkan kulit yang cantik walaupun terpaksa membelanjakan ratusan ringgit. 

Tapi Tahukah Anda?

Kita juga mampu untuk merawat sendiri wajah kita dengan cara yang jimat dan penjagaan yang baik. Antaranya memilih set penjagaan wajah yang bersesuaian dengan masalah kulit kita serta digalakkan juga untuk memakai masker pada wajah. Masker juga sebenarnya banyak membantu kita untuk memulihkan kulit kita dan mampu membuang segala kekotoran yang masih berada di wajah. Di sini aku nak kongsi satu clay mask yang aku pakai yang mana clay mask ini terdapat dalam empat jenis warna. Warna pada clay mask ini menunjukkan perbezaan dan setiap jenis masalah yang korang alami. Clay Mask yang aku maksudkan ini namanya ID.AZ Dermastic dan ianya boleh didapati di Watson yang berdekatan dengan korang pada kadar harga RM59 sahaja setiap satu.

Mengenai ID.AZ Dermastic

ID.AZ Dermastic clay mask ini sebenarnya dihasilkan dari sebuah hospital yang pakar dalam bidang kecantikkan di Korea dan hospital tersebut adalah ID Hospital dan AZ itu pula membawa masuk apa-sahaja merangkumi dari A sehinggalah Z. Jadinya clay mask ini mampu merawat semua jenis masalah kulit dari A sehingga Z. ID Hospital ini juga turut bantu dan fokus dalam enam jenis perkara ini. Ianya adalah seperti berikut:
  • Orthognathic surgery centre
  • Anesthesiology pain management center
  • Facial contouring center
  • Anti-aging, lifting center
  • Eyes, nose surgery center
  • Breast surgery center
Empat Jenis CLay Mask

DERMASTIC BRIGHENING CLAY MASK (150g) RM59.00


Clay mask ini fungsinya adalah untuk mendapatkan efek muka yang cerah, bersih dan juga memberi tona kulit serata. Antara bahan yang digunakan adalah Amazonian White Clay + Calamine + Vitamin C (Ascorbyl Glucoside). Amazonian White Clay ini dapat membantu merangsang kulit dan memberi kesan mencerahkan.

DERMASTIC PORE CLEAN CLAY MASK (150g) RM59.00 


Fungsi bagi clay mask ini adalah untuk merawat kulit yang sensitif semasa pembersihan, serta mengecilkan liang pori dan kulit muka yang mengelupas. Antara bahan yang digunakan ialah Hawaiian Sea Silt Fermented Clay+AHA/BHA+Charcoal. Hawaii Clay ini memberi fungsi merawat masalah kulit menjadikan ianya segar dan licin.


DERMASTIC OIL CONTROL CLAY MASK (150g) RM59.00


Clay mask ini berfungsi untuk merawat kulit wajah yang berminyak dan ia adalah merawat dan menyeimbangkan T-Zone agar bebas berminyak,segar dan sentiasa sihat. Bahan yang digunakannya adalah Canadian Glacier Clay+Calamine+Avocado. Canada Glacier Clay ini sebenarnya adalah untuk menyegarkan kulit dan menghilangkan dan mengawal minyak yang berlebihan.
DERMASTIC MOROCCAN LAVA CLAY MASK (HYDRATING) (150g) RM59.00





Clay mask ini pula ialah untuk memelihari kulit dari hidrasi dan memberi tenaga dan kesegaran yang berpanjangan. Ianya juga dapat bertindak sebagai pelembap pada kulit wajah anda. Bahan yang digunakan adalah Moroccan Lava Clay + Calamine + Calamine + Pomegranate. Moroccan Lava Clay ini dapat membantu melegakan masalah kulit anda dan membuatkan kulit anda menjadi lembap.

Cara Penggunaan

  1. Calit sedikit clay mask dan ratakan pada wajah mengikut masalah kulit yang korang hadapi.
  2. Setelah itu biarkan ianya selama 5 minit sahaja tidak perlu tunggu lama-lama.
  3. Setelah itu korang boleh bilas dengan air suam dan seeloknya gunakan span dan basahkan dengan air supaya memudahkan cucian kita. 
  4. Kemudian lap dengan tuala yang bersih.
Clay mask ini boleh digunakan sekali atau dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang terbaik dan bukan sahaja wanita tetapi lelaki pun boleh menggunakan clay mask ini tanpa perlu rasa ragu-ragu kerana aku sendiri sudah mengguna clay mask ini dan jelas ternyata kulit terasa lembut, segar, cerah dan bersih. Aku sangat berpuas hati dan harga juga sangat berpatutan serta ianya mudah didapati kerana korang boleh mendapatkan di Watson yang berdekatan dengan anda sahaja. Korang tak perlu membuang masa dan wang ringgit untuk mendapatkan kesan yang cantik kerana dengan cara ini korang boleh merawat sendiri dan boleh melihat hasilnya dengan penggunaan yang konsisten. Produk yang diyakini selamat untuk digunakan serta kulit sensitif juga mampu dirawat dan pulih tanpa sebarang masalah yang lain. Lihatlah hasilnya setelah aku menggunakan secara konsisten kulit aku sendiri makin bersih, sihat dan yang best adalah bebas minyak serta menjadi segar. 


Dengan hanya RM59.00 korang mampu menjimatkan kos dan masa anda untuk mengekalkan kecantikkan wajah. Tunggu apa lagi cepat-cepat ke Watson dan grab satu dua untuk mendapatkan kesan alami yang menakjubkan. 




You May Also Like

3 comments

  1. nanti nk tggu stok mask kat umah ni abis, nak try jenama ni pulak aih..

    ReplyDelete
  2. nak try brand ni lah, tengok ramai dh guna mana tau kena dengan muka sha

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe