PENJAGAAN KULIT WAJAH DENGAN SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE

by - 07:11



PENJAGAAN KULIT WAJAH DENGAN SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE | Wanita dan kecantikkan memang sukar untuk dipisahkan lagi. Sebut sahaja pasal produk kecantikkan sudah pasti mereka akan mudah teruja dan ini termasuklah zya sendiri. Kita seringkali dengar pelbagai lambakan produk yang ada di pasaran pada masa ini akan tetapi tidak semua produk itu sesuai untuk kulit kita. Ini adalah kerana kesan ke atas kulit seseorang itu adalah berbeza dan disini zya nak kongsi dengan korang satu produk yang zya cuba sendiri dan berkesan. Sebenarnya kita kena kenali dulu produk dan tahu apa kandungannnya baru kita yakin untuk guna. Jadi produk yang zya guna ni zya dan kaji dahulu dan lihat bahan-bahan yang digunakan jadi zya berpuas hati. Nak tahu mengenai produk ini jom zya nak kongsi dengan korang. Benda bagus lebih baik kita kongsi bersama-sama kan supaya semua boleh mendapat manfaat dan cantik walaupun sudah lanjut usia.


Apa itu SHO? 

SHO adalah singkatan kepada Special Homecare Origin yang mana ia adalah produk dari South Korea yang menggabungkan rawatan kecantikan dan juga sains. Produk ini disediakan kerana untuk membantu wanita pada zaman sekarang untuk membuat rawatan wajah sendiri dirumah  kerana kesibukan urusan seharian sangat membataskan mereka untuk pergi ke spa. Produk yang dihasilkan oleh mereka adalah daripada pengeluar kosmetik yang terbaik di Korea yang mana ia di bawah kualiti yang baik dan mengikut ISO di seluruh dunia. Kesemua produk keluaran SHO ini adalah selamat digunakan dan ia terhindar dari ramuan dan bahan yang berbahaya seperti Triethanolamine, Benzophenone, Mineral oil, Sulfate, Paraben and Acrylamide, dan ia juga selamat untuk ibu yang mengandung. SHO ini datang dengan pelbagai jenis produk yang mana ia disasarkan khusus mengikut masalah-masalah kulit yang berbeza. Antaranya adalah seperti berikut:- 



Dalam banyak-banyak produk ini zya memilih SHO Wrinkle Lift Peptide kerana zya ingin hilangkan masalah kedutan pada wajah yang semakin jelas muncul sejak dan berusia ni. Rasa takut pula kalau tidak dijaga dari awal kan. Jadi zya memilih SHO Wrinkle  Lift Peptide Ampoule dan juga SHO Wrinkle  Lift Peptide Ampoule Mask. Hasil gabungan kedua-dua ini yang akan memberi lebih cepat keberkesanan pada wajah korang. 

SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule


Ianya mempunyai kandungan peptide yang mampu memberi keanjalan, melindungi kulit dan memberi kelembapan pada kulit wajah korang. Untuk pengetahuan semua ampoule ni sebenarnya memberi kesan yang lebih baik dari serum kerana ampoule ni sedikit pekat dan mempunyai bahan aktif yang tinggi dari serum dan digunakan dalam tempoh masa yang tertentu sahaja. Pendek kata ampoule ni lebih baik dari serum dan keberkesanan dia pun lagi cepat kekal, mudah menyerap pada kulit, tidak melekit dan juga membantu memberi keseimbangan pada kulit. Antara bahan yang digunakannya adalah seperti Marine originated collagen, Adenosin, Portulaca oleracea, Elastin dan juga Hyaluronic acid.

Kelebihannya:-
  • Mengurangkan garis penuaan 
  • Memberi keanjalan pada kulit
  • Melembutkan strukutur kulit
  • Membantu mengekalkan keanjalan pada kulit
  • Membaiki kulit dan memulihkan kulit


Cara penggunaanya:-
Selepas cuci muka dan memakai toner, jadi ambik sedikit ampoule ini dah apply pada wajah anda dengan lembut dan biarkan sehingga ia meresap pada kulit selepas itu korang boleh sambung rutin harian anda seperti mekap dan sebagainya. 



SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule Mask


Produk ini sangat digalakkan untuk digunakan sekali dengan SHO wrinkle lift peptide ampoule kerana keberkesanan dia semakin cepat. Mask ini seolah-olah seperti rawatan muka kita di spa tetapi disebabkan kesuntukan masa jadi kita gantikan dengan mask yang mana ia perlu dipakai dua kali dalam seminggu. 

Kandungan bahan serta kelebihannya:-
  • Peptide adalah ramuan yang paling berkesan untuk keanjalan kulit.
  • Marine originated collagen composite membantu untuk melembapkan kulit , 
  • Acetyl Hexapeptide-8 dan the Adenosine berkesan membantu untuk anti penuaan, membuatkan kulit anda lebih sihat dan kelihatan lebih muda. 
  • Glycosaminoglycans and Lecithin ini membantu untuk menganjalkan kulit serta melembapkan kulit wajah korang.

Cara penggunaanya:-
  1. Cuci muka dengan pencuci wajah
  2. Sapukan toner serata wajah
  3. Pakaikan mask 
  4. Tanggalkan mask selepas 15 - 20 minit

Setelah zya menggunakan kedua-dua produk ini serentak kulit zya terasa tegang dan tekstur kulit juga jadi snagat lembut. Zya suka SHO Wrinkle  Lift Peptide Ampoule ini kerana ianya tidak berminyak dan melekit serta ia cepat meresap dan menjadikan mekap zya jadi baik tidak bercapuk. Bagi mask pula ianya sangat mudah dipakai dan sangat sejuk dan selesa bila dipakaikan pada wajah. Produk ini memang bagus dan kepada siapa yang nak kekal cantik walau usia sudah semakin menginjak tua zya sarankan korang patut cuba. Zya siap kongsi lagi dengan mak zya katanya dia pun nak kelihatan cantik macam orang muda juga. Sekiranya berminat korang boleh dapatkan produk ini di 50 outlet Sasa di seluruh Malaysia atau pun boleh juga dibeli secara online di sini:-

UYA Asia: www.uyaasia.com
Facebook:  SHO Malaysia
Instagram: shomalaysia




You May Also Like

3 Comments