ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK MEMBERI KECERAHAN DAN ANTI PENUAAN.

by - 09:14

Tahun baru makanya umur pun baru tapu baru meningkat tua la nampaknya. Berapa tu biarlah rahsia sebab tak sanggup tengok umur zya dah sampai ke angka tersebut. Terasa diri ni masih belia muda remaja lagi.(dasar tak sedar diri) hahahah. Bila dah semakin meningkat umur ini penjagaan wajah sangat penting supaya kita kelihatan muda belia remaja gitu. Zya pun sangat mementingkan penjagaan wajah selain kita mencuci muka, memakai toner, serum ada lagi penjagaan lain yang kita boleh amalkan antaranya adalah seperti satu produk ini. Zya diperkenalkan dengan produk terbaru dari ID.AZ Face Fit Cu-V Tensioning Sleeping Mask yang mana sebelum ini zya memang dah guna clay mask depa memang best produk dari korea ni. Kalau korang pernah terbaca entri zya dulu mesti korang tahu pasal produk ini. Kalay belum korang boleh baca di SINI.

Seperti yang Korea sedia maklum produk ini dari Korea dan melalui entri zya yang lepas zya ada beritahu bahawa ID itu membawa maksud ID Hospital dan AZ pula bermaksud produk ini merangkumi A sehingga Z. Pendek kata mereka ini sangat menitikberatkan penjagaan kulit wajah kita dari pelbagai jenis masalah A sampailah Z dapat diselesaikan. A hingga Z ini dijadikan sebagai trademark mereka dan pada pembungkusan kotak produk ini juga ada dinyatakan "I design, small face A to Z". Jadi memang kena sangat trademark dengan semua produk yang dikeluarkan oleh mereka. 

ID.AZ Face Fit Cu-V Tensioning Sleeping Pack


Apakah Kelebihan Id.az face fit ini?

Antara kelebihannya adalah:-
  • Memperbaiki keanjalan kulit
  • Memperbaiki kulit muka yang kendur
  • Menegangkan kulit korang.
  • Membantu mendapatkan V-Shape pada wajah korang.
  • Anti-penuaan

Apakah Kandungan Bahannya?

Bahan yang terkandung dalam Id.az face fit ini ialah:-

Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance.


Zya dah cuba selama beberapa hari setiap malam sebelum tidur zya akan pakai dulu id.az face fit ni dan bila korang bangun pagi kulit muka korang akan rasa tegang, lembut dan tidak berminyak langsung malah ia memberi kelembapan pada kulit. Selalunya kulit muka zya ni bila bangun pagi mesti berminyak dan rasanya minyak tu siap boleh buat goreng ikan lagi tau.hahaha tapi sekarang tidak lagi sebab apa selepas korang sapu produk ini pada kulit muka ia terus meresap masuk dengan cepat tanpa ada rasa melekit sikit pun. Kalau korang tak percaya korang boleh tengok video yang zya rakamkan dibawah ini. Disamping itu produk ini juga mampu memberi V-shape pada muka korang untuk kelihatan runcing dan dapat la menutup wajah korang nampak bulat dan tembam itu. 


Bagaimana Cara Penggunaannya?

Cara penggunaanya:-
Id.az face fit ini diambil pada waktu malam dah nama pun sleeping pack so kan.hehehe Ok setelah korang cuci muka dan pakai segala mak nenek rutin harian korang tu korang boleh guna id.az face fit ini. Korang ambil beberapa calit mengikut kelebaran muka korang la yer. Besar muka korang maka banyak la jumlah calitnya tu.hihihihi (gurau ja). Setelah itu korang sapu pada kulit muka serta ratakan dan urut perlahan-lahan pada kulit muka korang sehingga ianya meresap masuk ke dalam kulit. Teksturnya yang lembut, mudah meresap dan berbau wangi itu akan memberi ketenangan pada kulit muka korang sebelum tidur. Bangun pagi korang akan terasa kelainan pada kulit muka korang. Korang gunakan secara konsisten setiap hari sebelum tidur dan korang pasti rasai kesan pada kulit seperti tegang, kulit semakin cerah dan sebagainya. Korang boleh lihat rajah dibawah yang menunjukkan beberapa test yang telah dijalankan ke atas id.az face fit ini.


Produk ini didatangkan dalam bekas yang sangat exclusive dan zya berkenan dengan warna silver bekas dia tu nampak mewah sangat dan kotak dia pun tebal sekiranya korang beli online produk korang dijamin sampai dengan selamat dan tidak rosak atau pecah. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan produk ini korang boleh dapatkan di watson berdekatan dengan anda atau korang boleh beli di watson online. Korang boleh klik dekat watson online di bawah untuk membeli dengan harga RM199. 

Instagram: idplacosmetics

Promotion price: check it out at Watsons outlets OR Watsons online store




You May Also Like

4 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe