NEW BABY FROM ALTHEA | ALTHEA ABLOOM

by - 09:46


Muka ada senyum lepas dapat parcel pink dari abang kurier baru-baru ini. Untuk peminat barang Althea ni memang sentiasa ternanti-nanti produk terbaru dari mereka. Kali ini aku dan juga semua Althea Angel yang terpilih telah menerima satu produk terbaru fresh dari ladang Althea khusus buat peminat setianya. Kalau korang tengok dalam gambar di atas korang pasti sudah dapat meneka apa produk yang aku telah terima tempoh hari. Jom aku kongsi dengan korang setiap satu kelebihan produk ini. 

Antara produk yang terdapat dalam kotak pink ini ialah:-
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Giant & Baby Meringue Puff
Produk-produk dari Althea ni semua comel-comel sangat dan apa yang penting ianya sangat murah dan berpatutan serta sangat berkualiti. Sebab itu ramai sekarang memilih untuk membeli dari website Althea kerana terdapat pelbagai pilihan serta penghantaran juga percuma untuk dua barang dan keatas. Jom kita tengok satu persatu produk yang aku dapat ini untuk pengetahuan korang semua. Mana tahu lepas baca kelebihan setiap produk korang jadi berminat nak mencuba kan. 

ABLOOM FRUIT MASK 


Dekat tangan aku ni ada 4 jenis mask sheet yang mengandungi pelbagai perisa untuk setiap masalah kulit korang. Setiap satu itu mengandungi pelbagai kelebihan yang mampu merawat dan mengawal masalah kulit yang korang alami. 4 Jenis mask sheet ini terdiri daripada watermalon (moisturizing), avocado (nourishing), lemon line (brightening) dan juga peach (anti blemish). Masyarakat Korea memang terkenal dengan mask ini kerana bagi mereka produk ini mampu memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit mereka sepanjang hari. Mask sheet ini juga sesuai digunakan di Malaysia kerana cuaca kita yang kadang kala panas yang mampu mengeringkan kulit muka kita. Jadi dengan mengamalkan mask sheet ini kita mampu memberi kelembapan dan menegangkan kulit wajah kita. 

Face mask ini sangat mudah dan selamat digunakan walaupun korang mempunyai kulit wajah yang sensitif. Bahan-bahan yang digunakan juga 100% natural dan kulit menjadi sihat. Cara penggunaanya juga sangat mudah iaitu korang hanya perlu mencuci wajah terlebih dahulu, kemudian apply toner pada kulit. Setelah itu amik face mask sheet ini dan lekatkan pada wajah dan biarkan ianya selama 10 sehingga 20 minit. Sambil-sambil menunggu tu korang boleh mengurut wajah korang secara perlahan-lahan dengan gerakkan menaik untuk mendapat kesan kulit yang tegang dan lebih anjal. Abloom fruit mask sheet ini boleh didapati dengan harga RM2.00 untuk sekeping dan ianya sangat murah kan serta mampu milik. 

RM16.00 


Okay ni salah satu produk yang aku sangat suka sebabnya aku memang menghadapi masalah blackhead dan whitehead yang membiak-biak di kawasan hidung dan bila tahu dapat produk ni terus jadi excited nak guna. Sebabnya produk ini mampu membuang segala blackhead dan whitehead dengan sangat mudah tanpa meninggalkan kesan sakit pada kulit wajah korang. Selalu kita lihat produk sejenis yang peel off kan tapi kali ini produknya didatangkan dalam bentuk stick dan baunya juga sangat best dan nyaman sahaja. Dengan hanya 1 minit ia mampu bertindak dengan cepat dan membersihkan segala kekotoran serta mampu mengawal kulit korang dari breakout. 


Di samping itu ianya juga bukan untuk kulit wajah sahaja tetapi ianya boleh juga digunakan sebagai body scrub terutama sekali di kawasan siku dan kaki korang. 



Antara bahan utama yang digunakan dalam Blackhead Blaster ini ialah :- 

  • White willow
  • Charcoal
  • Apricot seed
  • Tea tree leaf oil

Cara penggunaanya adalah korang perlu membuang mekap dan mencuci muka terlebih dahulu dengan pencuci wajah yang korang guna setiap hari. Kemudian korang apply Blackhead Blaster ini secara membulat pada kawasan yang mempunya blackhead dan whitehead. Setelah itu, korang bolehlah cuci dan bilas dengan bersih. Korang boleh lihat kesannya setelah berapa kali penggunaan bergantung kepada jenis kulit masing-masing. 

RM8.00 & RM11.00


Produk yang terakhir adalah beauty tool iaitu span foundation yang super duper cute ini sebabnya ia didatangkan dalam bentuk giant yang besar dan baby untuk yang kecik-kecik. Comel sangat dan aku sememangnya pengumpul span mekap yang tegar dan banyak sudah koleksi span mekap yang aku sudah kumpul dan ini adalah koleksi terbaru aku yang sangat best kerana teksturnya yang lembut dan ringan ini sangat memudahkan urusan mekap aku dan mekap pun nampak smooth dan serata elok. 


Meringue puff ini boleh mengembang lebih besar dari bentuk asal sekiranya dibasahkan dengan air. Setelah itu, jika memakai foundation menggunakan meringue puff keadaan wajah akan menjadi serata elok dan ia menutupi sepenuhnya dari kita menggunakan jari. Diperbuat daripada bahan yang selamat dan dijamin tidak akan merosakkan kulit dengan penjagaan dan pembersihan yang baik selepas menggunakannya. Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat dapatkan di website Althea memandangkan raya pun semakin hampir tiba dan boleh cantik-cantik dengan set penjagaan dan kecantikan dari Althea.

Sekiranya korang beminat, korang boleh klik link di setiap nama produk yang bertanda merah dan ia akan membawa korang terus kepada setiap produk tersebut dan siapa yang belum mendaftar korang boleh daftar dahulu dan boleh kumpul point untuk setiap pembelian di website Althea Malaysia. 




You May Also Like

1 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe