RAWATAN ELAK OBESITI (DIET, SENAMAN)

ASSALAMUALAIKUM

Hye mesti uolss ternanti-nantikan sambungan kepada entry zya pasalobesiti sebelum ni kan KLIK SINI. So sekarang zya nak cerita pula pasal rawatan untuk mengelakkan obesiti dengan mengamalkan tip-tip ini. Insyallah dengan izinnya dapat kita kekalkan kesihatan dalam badan kita serta kehidupn kita. Jom kita terjah apakah yang perlu kita amalkan.
1. DIET

Kaedah ini diletakkan sebagai yang terpenting dalam proses merawat obesiti. Walaubagaimanapun, diet tidak bermakna anda menyekat untuk makan tetapi kaedah ini perlu dilakukan secara berjadual dan mengikut kualiti pengambilan makanan yang betul dan tepat. Pandangan daripada pakar pemakanan dan pakar diet adalah penting dalam melalui proses ini. Antara yang perlu anda bberikan perhatian ialah:-

a) Elakkan makanan yang tinggi kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan mengambil makanan yang bergoreng dan lebihkan makanan yang dibakar, direbus atau dipanggang. 

b) Jika ingin menyediakan kopi, milo atau teh, elakkan penggunaan susu pekat manis. Gantikannya dengan susu rendah lemak atau gula palsweet. 

c) Sebaik-baiknya, kurangkan kandungan gula dalam semua jenis makanan anda. Elakkan terus makanan yang manis-manis seperti pengat, durian, minuman berkarbohidrat dan kuih-muih. 
d) Makan secara berjadual dan mengikut disiplin. Buat sementara waktu, lupakan snek dan masa makan selingan. Tumpukan pada sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam (sebaiknya diambil sebelum pukul 7 malam dan menunya ringan sahaja).
 e) Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan. Maksudnya, jangan kunyak makanan terlalu laju untuk memberi laluan kepada makananyang lain.Telanlah makanan dengan sempurna dan bertentangan semasa makan.







2. SENAMAN 
Senaman secara knsisten adalah pulangan kepada kesihatan yang baik. Tiga perkara yang perlu anda tahu ialah:-
 a) Lakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Ia bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Untuk permulaan, lakukan aktiviti yang ringan dalam masa yang singkat. Apabila tubuh sudah boleh menerimanya, tingkatkan bentuk senaman dan tambahkan masa.
 b) Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. 
c) Antara bentuk senaman yang disarankan ialah berjoging, berbasikal, bermain gym, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya. 

Jadi itulah serba sedikit tip yang zya dapat kongsikan. Harap maaf kalau ada kekurangan atau kesilapan, zya hanya mendapat sedikit tip dan ianya diamalkan sendiri olh adik kandung a.k.a adik kesayangan hakak okey. Jom kita lihat gambar dan bukti yang menyatakan tip ini adalah amat berkesan. Tapi satu zya nak pesan kat sini kita kena disiplin dan jangan malas-malas ok. Sila buang ayat pantang tengok makanan, hahaha ayat ni sebenarnya zya yang selalu gunakan. hihihihi. Dah2 jom terjah dulu...
SEBELUM






FASA PERTAMA



FASA KEDUA








SELEPAS



SEKIAN, BYE





This entry was posted in

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe