TOP 10 PRODUK ALTHEA YANG INGIN DIMILIKI | ALTHEA CHRISTMAS WISH LIST

by - 22:30




TOP 10 PRODUK ALTHEA YANG INGIN DIMILIKI | Akhir-akhir ni kerap pula nama Althea yang berkeliaran di sosial media dan aku ni spesies yang mudah terpengaruh. Memandangkan aku sememangnya suka beli barang dari website Althea jadi aku nak kongsi la sikit dengan korang hari ni. Althea ini adalah satu platform yang mana korang boleh membeli secara atas talian dengan mudah, jimat masa dan kos penghantaran pun percuma. Free Shipping wei sapa yang tak suka kan. Borong banyak mana pun tak kisah pasal berapa berat produk yang korang beli tu. Di samping itu aku suka sangat kumpul kotak-kotak pink dia yang comel tu. Lagipun Althea ni menyediakan barangan kecantikan dari Korea dan sebab itu pembungkusan dia pun comel macam orang Korea juga. 

Sekarang kan dah jadi trend semua suka menggunakan produk Korea untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, jadi di Althea la kita boleh dapatkannya. Sebelum-sebelum ni pun kalau korang perasan aku ada ja kongsi beberapa entri pasal produk yang dari Althea ni so nanti aku kongsi dekat akhir entri ini ok. Sekarang ni aku tengah gila dok belek-belek satu persatu produk dia. Rambang mata lepas tu dah tu berkenan la dengan beberapa produk yang masih belum pernah aku cuba lagi. Antara 10 produk yang masih belum aku beli lagi adalah seperti berikut:- 

RM96.00


Produk ini menjadi wish list aku yang pertama kerana aku berkenan bila melihat fungsi dia yang sangat bagus untuk kulit berminyak, yang mengalami masalah whitehead and blackhead dan juga untuk mengalami kulit muka mengelupas. Memandangkan aku mempunyai masalah yang sama dan dengan yakin aku ingin mencubanya. Kerana melalui feedbck yang diberi oleh pengguna ianya sangat berkesan lagi-lagi untuk masalah blackhead dan whitehead. Ianya mampu membuang segala kotoran pada wajah kita.


RM140.00

Memandangkan produk skincare aku dah banyak dan aku dah pernah beli dari Althea jadi kali ni wish list aku lebihkan kepada produk yang selain dari skincare. Ini menjadi produk pilihan aku yang kedua kerana ianya dikatakan produk yang sangat special dan limited edition pada musim holiday sahaja ada. Tambahan pula produk ini didatangkan sekali eye shadow dan juga blusher yang mana ia akan memudahkan korang yang mana sukakan pergi bercuti. Boleh jimatkan ruang dan sebab dia dalam satu pallete sahaja. Sejak-sejak kerap tengok mua bella mekap ni semakin rajin nak mekap sekarang. hehehe

RM61.00


Sebelum ini aku selalu guna foundation jenis krim dan teringin juga nak guna yang jenis liquid ini memandangkan foundation yang aku pilih ni jenis yang long lasting dan sesuai untuk semua jenis kulit. Daripada feedback pengguna yang guna rata-rata semuanya beri feedback yang positif dan cakap bagus. So, boleh kita cuba dan sekali sekala beralih arah mencuba foundation jenis liquid pula apa salahnya kan. 

RM110.00



Lipstik dengan aku memang tak boleh dipisahkan dah sebab aku memang suka buat koleksi lipstik. Tambahan pula bila nampak satu produk ini yang limited edition sempena musim holiday sahaja yang ada. Terdapat 10 jenis lipstik dalam satu bekas dan terus jadi berkenan kerana ia memudahkan aku untuk pergi bercuti dimana-mana nanti. Hanya perlu bawa satu bekas ini dan boleh bertukar-tukar warna ikut citarasa dan mood. So, sebab itu aku masukkan ini dalam wish list aku juga dan packaging dia pun agak cantik dan menarik. 


RM39.00


Blusher jenis cream stick ini nampak menarik dengan warna pink rose dia buatkan aku tertarik untuk mencubanya. Apa yang pasti ia jenis yang krim dan mungkin akan jadi tahan lebih lama pada kulit bila kita apply. Daripada feedback mengatakan ianya ada sedikit glitter jadi tidak perlulah aku memakai highlitter lagi dan ini sudah dapat menjimatkan masa dan wang.hehehe  So, perlu dimasukkan juga dalam wish list aku kali ini. 


RM38.00

Sebelum ini aku banyak menggunakan produk skincare dari Althea jadi sekali-sekala teringin juga untuk aku menggunakan produk untuk merawat rambut. Penjagaan rambut itu sangat penting walaupun kita bertudung, sekiranya tidak dijaga dengan baik maka ia mudah berbau busuk, rosak dan sebagainya. Aku ini sejenis yang agak cerewet dan sangat menitikberatkan penjagaan rambut maka aku teringin nak guna beberapa produk dari penjagaan rambut dari Althea. Salah satunya adalah syampu ini yang berasaskan dari minyak argan yang diekstrak. Syampu ini mampu membersihkan rambut serta memberi kelembapan. Daripada feedback pengguna, ada yang berkata tidak perlu pakai conditioner dah kerana ia syampu ini sendiri terbaik dan mampu juga menjadi conditioner. Ramai yang memuji akan kebaikan dan keberkesanan produk ini. 


RM31.00



Antara wish list produk yang aku nak sangat guna adalah conditioner dari CP-1 ini. Walaupun syampu diatas telah menyatakan tidak memerlukan conditioner tapi aku tetap juga nak cuba yang ini. Antara sebab aku nak sangat sebab produk ini dari ekstrak rasberry dan semestinya dapat jangka ianya pasti wangi harum semerbak, selain dia dapat melembutkan rambut terutama sekali bagi korang yang berambut panjang.  Selain itu, satu botol ini mampu bertahan selama 2 atau 3 bulan dengan harga yang berpatutan itu sangat sesuailah untuk aku miliki. 


RM27.00


Ini pula adalah salah satu produk penjagaan rambut yang aku teringin nak guna sebab ia mampu mengembalikan dan memulih rambut yang rosak mungkin akibat gaya rambut yang kita buat, ada yang suka mewarna rambut juga akan buat ianya mudha rosak. Jadi produk ini bagus untuk melembutkan kulit, memberi kelembapan serta memberi rambut korang bersinar kembali dan sihat. Jadi aku teringin nak cuba dan alami bagaimana ia bertindak dan ingin tahu tahap keberkesanan produk ini.


RM26.00



Serum bukan sahaja diperlukan untuk muka tetapi rambut juga memerlukan serum. Sekiranya rambut jenis yang cepat kering maka dengan serumlah dapat melembapkan kembali serta mampu melembut dan menguatkan rambut. Serum ini jenis yang mudah menyerap, tidak berminyak serta sangat ringan bila di gunakan pada rambut. Memandangkan rambut jenis yang kering dan memang aku sangat memerlukan serum. Tambahan pula, serum ini mengandungi minyak kelapa, minyak jojoba dan juga minyak argan. Ketiga-tiga bahan sangat perfect bila digabungkan yang bagus untuk menguat serta menyihatkan rambut korang. 

RM26.00


Produk terakhir yang buatkan aku harus miliki ialah semestinya perfume rambut ini kerana ia mampu memberi kesegaran dan haruman yang wangi. Sejenis yang bertudung rambut kena dijaga sentiasa wangi dan aku tertarik untuk cuba produk ini. Bukan setakat hanya syampu sahaja semua rawatan lain juga perlu dibuat dan dijaga dengan baik. Jadi perfume ini menjadi pilihan untuk top 10 aku juga di dalam website Althea. 

Jadi korang tak berkenan ke tengok semua top 10 yang aku senaraikan ini? Kalau berkenan juga korang boleh click dekat setiap nama produk dan dari situ akan terus bawa korang pada produk tersebut. Tapi pastikan korang register dan log in masuk dahulu tau. Kos penghantaran free dari Korea wei tunggu apa lagi. Cepat-cepat pergi grab satu dua tiga sepuluh. eh eh eh lajak plak.hehehe. Ok seperti yang aku dah janjikan pada awal entri tadi untuk kongsi dengan korang list produk Althea yang dah pernah aku guna sebelum ini. 

  • Althea Bare Essentials - SINI
  • Real Fresh Skin Detoxer - SINI
  • Petal Velvet Sunaway Sunscreen & Petal Velvet Powder - SINI
  • Milk Peel Cream Mask - SINI

Website : Althea Korea
Facebook : Althea Korea
Instagram : altheakorea







You May Also Like

4 Comments